innity

pages

Thursday, April 13, 2017

[KALAH 3-2 LAWAN JDT] Penyokong Kelantan "mengamuk" malam tadi

Sebahagian penyokong pasukan Kelantan yang tidak puas hati dengan pengadil perlawanan menentang pasukan JDT dalam Liga Super 2017 berkumpul di perkarangan Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Perlawanan berkesudahan 3-2 berpihak kepada pasukan JDT. NSTP/IHSAN PEMBACA

KOTA BHARU: Perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV (SSMIV) tegang malam ini apabila kira-kira 1,000 penyokong pasukan Kelantan berkumpul kerana berang dengan keputusan pengadil perlawanan. 

Mereka mendakwa keputusan pengadil, Mohd Nazmi Nasaruddin, berat sebelah yang membawa kepada kekalahan Kelantan di tangan Johor Darul Takzim (JDT) 3-2. 


Kumpulan itu melaung-laung kata tidak puas hati. 

Segelintir penyokong dilihat turut membakar suar dalam perhimpunan itu yang dikawal ketat oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU). 

Tiada insiden buruk berlaku. 

Kemarahan penyokong Kelantan berpunca daripada keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 oleh Gonzalo Gabriel Canbrera. 

Keputusan itu menyebabkan penyokong Kelantan mula membaling objek ke padang. 

Insiden ini menyebabkan penonton lain termasuk penyokong JDT terpaksa menunggu 30 minit dalam stadium sebelum boleh keluar. - BH


4 comments:

  1. perangai dan budaya orang kelantan sejak dulu lg memang begitu..
    apa nak diherankan..

    ReplyDelete
  2. apa daa bola pun nak gaduh ker...kita bersaudara bro2 semua...bola jer tue..

    ReplyDelete
  3. Jdt pun satu hal,,,provo kuat

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya 2 2 bodoh bola asal dari setan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com