innity

pages

Sunday, April 23, 2017

Kafir harbi, munafik liberal takut berbahas dengan Zakir Naik


SAYA pernah melihat dan mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah Islam yang terkenal bernama Dr Zakir Naik secara langsung atau video, dan saya dapati beliau membawa mesej kedamaian serta keharmonian sejagat secara bijaksana dan berhemah untuk kebaikan manusia di dunia ini.
Kepakaran dalam ilmu perubatan, ilmu perbandingan agama, kebijaksanaan dan sikap berhemah dan kepetahan bercakap yang dimilikinya menyebabkan beliau boleh menjawab semua soalan dengan baik, dan mengalahkan hujah-hujah orang kafir, termasuk sami dan paderi yang cuba menafikan kebenaran dibawa agama Islam.
Bahkan, Dr Zakir Naik berjaya mendedahkan pembohongan, pendustaan dan putar belit sami dan paderi yang cuba membuat dakwaan palsu terhadap agama Islam dan umat Islam ketika perbahasan antara mereka dan beliau.
Akibatnya, sebilangan orang kafir telah memeluk agama Islam dalam program dakwah Dr Zakir Naik setelah diberi hidayah oleh Allah, dan kebenaran yang dibawanya telah membuka mata dan minda segolongan orang kafir untuk bersikap positif terhadap agama dan umat Islam.
Maka kita tidak berasa hairan melihat puak kafir harbi dan puak munafik liberal serta media massa mereka mempunyai hasad dengki dan kebencian yang tidak rasional terhadap Dr Zakir Naik dan berusaha memfitnah, memburuk-burukkan, memomok-momokkan dan memusuhi beliau untuk menghapuskan program dakwah Islam kepada umat Islam.
Mereka juga cuba memaksa pihak berkuasa menghalau pendakwah berasal dari India itu keluar dari negara ini dengan menggunakan pelbagai alasan karut, tidak berasas dan tidak masuk akal manusia normal.
Keengganan pemimpin kafir harbi dan pemimpin munafik liberal bersemuka dan berbahas dengan Dr Zakir Naik secara langsung (live) jelas membuktikan mereka adalah pendusta yang bersikap pengecut.
Jika mereka berbahas dengan Dr Zakir Naik secara langsung (live), semua pembohongan dan pendustaan puak kafir harbi dan munafik akan terbongkar di hadapan jutaan penonton di Malaysia. Oleh sebab itu, puak kafir harbi dan munafik liberal ini telah mencipta pelbagai alasan karut yang tidak masuk akal untuk menggelakkan diri daripada berbahas dengan Dr Zakir Naik.
Kejahatan dan kezaliman musuh Islam
Maka, jelaslah puak kafir harbi dan munafik liberal berniat jahat, bersikap biadap, perkauman, cauvinis, pelampau, tidak bermoral dan tidak bertamadun kerana mereka:
(1) Campurtangan dalam hal ehwal agama Islam seperti campurtangan dalam proses membuta fatwa;
(2) Menghina, memfitnah dan memusuhi ajaran Islam, undang-undang syariah, program dakwah Islam, pendakwah Islam, ulama Islam, mufti, Mahkamah Syariah, pihak berkuasa agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan seperti perkara 3(1) dan lain-lain;
(3) Menentang apa sahaja yang berlabel Islam;
(4) Menindas dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini untuk mengamalkan ajaran Islam dan undang-undang syariah;
(5) Menentang dan berusaha melemahkan atau menghapuskan undang-undang syariah seperti pindaan RUU355 dan Mahkamah Syariah, supaya umat Islam bebas melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad tanpa sebarang halangan di negara ini; dan
(6) Menghasut orang ramai membenci dan menentang ajaran Islam, undang-undang syariah, pendakwah Islam, ulama Islam, mufti, Mahkamah Syariah dan lain-lain secara terbuka.
Firman Allah SWT
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (Al-Baqarah 2:120)
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
(Al-Baqarah 2:217)
Tanggungjawab kita sebagai umat Islam
Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan musuh-musuh Islam amat membenci dan memusuhi agama Islam dan umat Islam. Jika musuh-musuh Islam ini berkuasa di negara ini, kita yakin mereka akan menghina dan menindas agama Islam dan umat Islam secara terbuka.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan- pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (Al-Anfaal 8:60)
Marilah kita semua umat Islam kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 supaya parti Islam boleh menubuhkan kerajaan yang ikhlas melindungi dan membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.
Oleh sebab itu, marilah kita semua memulaukan dan menolak semua parti kafir harbi, liberal dan sekular dalam pakatan dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka telah menghina, memfitnah dan memusuhi agama Islam dan umat Islam.
Jika musuh Islam kalah dalam PRU14, musuh Islam akan kehilangan kuasa politik, maka mereka tidak mampu untuk bangkit semula menentang agama Islam dan menindas umat Islam.
Ibnu
Pembaca ismaweb.net

5 comments:

  1. Kalau boleh parti yg dipertandingkan olrh Barisan Nasional tetapi dari mca.. mic atau gerakan dan sekiranya lawan mereka dari PAS maka umat iskam harus undi calon PAS. .. sekiranya BN di wakili oleh UMNO lawan PKR atau PAN atau BERSATU maka orang islam undi calon UMNO... begitulah sebaliknya.... yg oenting calon mesti Islam dan Melayu.... bersediakah kita berubah..?

    ReplyDelete
  2. " Oleh sebab itu, marilah kita semua memulaukan dan menolak semua parti kafir harbi, liberal dan sekular dalam pakatan dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka telah menghina, memfitnah dan memusuhi agama Islam dan umat Islam".

    Setuju dengan stetmen ini tapi parti manakah yang benar-benar memperjuangkan Islam? PAS ke? I don't think so sebab PAS sendiri pun dah semakin pro-UMNO kebelakangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS lah kot? Mana ada parti isle yg lain.Parti yg dulu dok kafir kan sesama Islam dan gemar memaki-hamun orang dalam ceramah

      Delete
  3. Parti Islam yg mana tu Bro? Yg dulu dok galak kafir kan sesama Islam! Tapi la Ni dah bercumbu cumbuan dgn yg dikafirkan Alahai!

    ReplyDelete
  4. HANYA parti Islam PAS yang menjadikan Islam sebagai asas dasar, matlamat dan objektif perjuangan PAS di negara ini. Parti-parti politik lain pula telah menjadikan ideologi buatan manusia manusia yang bertentangan dengan Islam sebagai landasan perjuangan mereka.

    Dan hanya parti Islam PAS yang berusaha gigih untuk memartabatkan dan memperkasakan agama Islam dan membela hak umat Islam di negara ini walaupun parti kafir harbi, liberal dan sekular telah dan sedang mencipta pelbagai bentuk fitnah seperti isu kafir-mengkafir, rasuah RM90 juta, kerjasama PAS dengan UMNO, PAS penasihat UMNO, kerajaan perpaduan (UG) PAS-UMNO , PAS tidak akan membentangkan pindaan RUU355 dll untuk menghasut orang ramai membenci parti Islam PAS. Bahkan puak kafir harbi dan munafik liberal berani menghina undang-undang Islam seperti Hudud secara terbuka.

    Malangnya dari dahulu hingga sekarang semua fitnah tersebut adalah dakwaan yang tidak berasas dan musuh-musuh PAS telah gagal menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka yang tidak berasas terhadap PAS. Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah !

    Isu kafir-mengkafir sengaja direka oleh musuh-musuh PAS supaya orang ramai membenci PAS sedangkan PAS tidak pernah mengkafirkan umat Islam. Hukum murtad sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya bukan oleh PAS. Seseorang itu boleh murtad kerana hatinya, lisannya dan perbuatannya yang mempertikai, menentang atau menafikan ajaran Islam yang berasaskan Al-Qur'an dan Sunnah.

    PAS pernah menyertai Pakatan dan Barisan untuk kebaikan agama Islam dan umat Islam dan rakyat tetapi malangnya parti Islam PAS telah dikhianati dan 'ditikam belakang' oleh PR dan BN. Maka jelaslah terdapat parti dalam Pakatan dan Barisan mahu melemahkan atau menghapuskan parti Islam PAS kerana PAS tetap berpegang kepada ajaran Islam dan lantang membela hak umat Islam.

    Muktamar PAS kali ke 63 yang sedang diadakan dari 29hb April hingga 1hb Mei, 2017 di Kedah jelas membuktikan iltizam PAS dalam memperjuangkan dan membela agama Islam dan hak umat Islam. Bahkan PAS mahu bekerjasama dengan sebarang parti dan NGO dengan syarat kerjasama tersebut memberi faedah dan kebaikan kepada agama Islam dan umat Islam dan rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com