innity

pages

Tuesday, April 11, 2017

Jawatan Hadi, Tuan Ibrahim kekal, menang tanpa bertanding

14 Rejab 1438H, Selasa – Jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kekal, selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan PAS bagi sesi baharu kali ini.
Selain dua pemimpin itu, turut sama menang tanpa bertanding adalah jawatan Pengerusi Tetap yang disandang oleh Hussin Ismail dan timbalannya, Kamal Shaari.
Sementara jawatan Naib Presiden memperlihatkan lima pencalonan dengan dua pencabar baharu iaitu Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Bagaimanapun, tiga penyandang sebelum ini iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad masih tercalon bagi mempertahankan jawatan itu.
Perkara itu diumumkan oleh Takiyuddin dalam satu kenyataan hari ini bersempena Muktamar PAS Pusat ke-63 yang akan diadakan di Kedah pada 29 April hingga 1 Mei ini.
Beliau berkata, seramai 40 orang telah dicalonkan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi dipilih oleh 18 perwakilan.
“Calon-calon yang tersenarai tersebut yang menerima pencalonan dikehendaki menyatakan penerimaan pencalonan tersebut sebelum 17 April 2017.
“Untuk makluman, peraturan pemilihan pada kali ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 pencalonan untuk layak disenaraikan sebagai calon dalam pemilihan pada muktamar PAS kali ini berbanding dengan dua pencalonan sebelum ini,” katanya. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com