innity

pages

Sunday, April 9, 2017

Imbas Kembali Ucapan ALMARHUM NIK AZIZ MENOLAK PINDAAN AKTA 355 pada 1984


Berikut adalah teks ucapan perbahasan oleh Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika membahaskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada 11 Oktober 1984, Jam 4.48 ptg.

Tuan Yang di-Pertua,

Berhubung dengan Rang Undang-undang yang dikemukakan sekarang iaitu Rang Undang-undang Pindaan seksyen 2 Akta 23 tahun 1965, saya ingin menyebut sedikit pendahuluan iaitu bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang dikemukakan oleh Tuhan yang sama dengan Tuhan yang mencipta manusia. Islam itu telah mengadakan kaedah- kaedah untuk menjaga keselamatan kira manusia. 

Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesalah itu adalah dibahagi dua. 

Satu diberi nama "al-hudud", yang kedua diberi nama "al-takzirat",

"Al-hudud" bererti hukuman yang ditetap oleh Allah dan Rasulnya dan dia merupakan perintah tetap yang mesti dipatuhi, tak ada siapa yang boleh berdalih dan berdolak dalik kerana kuasaNya yang mutlak sebagai pencipta ataupun Al-khaliq maka kita sekelian bersama isi alam yang kena jadi dan kena cipta ini tidak ada pilihan lain kecuali terima dan patuh kerana kita menjadi hak kepunyaanNya. Dia berhak menghukum dan memerintah ke atas kita apa sahaja hukuman yang ditentukanNya.

Yang satu lagi yang diberi nama al-takzir iaitu hukuman-hukuman yang Allah berikan kita peluang untuk mengurus dan mengaturnya sendiri asalkan tidak lari dari tujuan mengawal dan menjaga muslihat lima perkara yang telah ditetapkan, iaitu akal fikiran, nasab atau titih barih, harta benda, agama dan maruah atau disebut air muka.

Tuan Yang di-Pertua, 

Saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini. 

Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku. 

Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama. 

Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi.

Tuan Yang di-Pertua, 

Rang pindaan yang kita bahaskan ini walaupun tidak disenaraikan butir-butir jenayah dan kesalahan yang akan dipergunakan Rang ini untuknya tetapi pada hemat saya tentunya terdiri dari hanya denda-denda kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam lingkaran altakzir sahaja, bukan al-hudud yang tidak boleh dipinda-pinda itu sekalipun negara kita masih meminda-mindanya.

Tuan Yang di-Pertua, 

Mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana- mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara "syumul" sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap- penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati.

Lepas itu kalau juga berlaku, bolehlah disebut luar dari ikhtiar kita. Begitu jugalah keadaan kita sekarang, kesalahan khalwat, rogol, mengajar ilmu salah dan sebagainya selagi undang-undang sahaja kita pindakan dan hukuman sahaja yang kita beratberatkan, tetapi punca khalwat dan berdua-duaan secara bebas seperti yang ada semakin ketara wujudnya sekarang melalui perfileman, persuratan, nyanyi-nyanyian yang mengandungi senikata yang menghairah tambahan pula dengan video-video lucah, selagi punca-punca dan sumber-sumber kesalahan ini tidak dipinda selaras dengan pindaan Rang Undang-undang ini maka kejayaan yang diharap-harapkan adalah kabur dan tidak akan sampai ke mana-mana.

Untuk mencegah ajaran-ajaran palsu dan ilmu salah misalnya terdapat negeri-negeri yang tidak membenar langsung pensyarah-pensyarah agama yang bukan sebulu untuk memberi syarahan agama ditempatnya walaupun mereka datang dengan nama kumpulan yang dikenali tidak melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang diragui.

Akhirnya rakyat setempat terpaksa hidup dalam masyarakat terkurung dan dengan sendirinya mereka akan senang sahaja menerima apa sahaja ajaran didedah dan diajarkan kepada mereka walaupun gurunya mendakwa dirinya sebagai "Saidina Ali" atau wali Allah dan sebagainya. 

Saya minta supaya dibebaskan rakyat dari sekatan-sekatan mencari ilmu, berilah peluang kepada mereka mendengar, mengkaji dan bersoal jawab dengan mana-mana pensyarah, mana-mana penceramah yang berlandaskan Quran dan Hadis dengan sepenuhnya kerana itulah sahaja ajaran yang sebenar.

Kalau peluang yang begini masih dikenakan syarat-syarat yang ketat di bawah bermacam-macam nama dan istilah maka kesan dari undang-undang ini bukan sahaja tidak sampai ke mana-mana tetapi tambah menebalkan lagi kurungan dan pemisahan di antara masyarakat dan aktiviti ilmiah yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, 

Akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah- mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja. 

Sekian terima kasih.


Ulasan Blog - Dalam ucapan tersebut dapatlah difahami bahawa asas penolakan Almarhum Nik Aziz terhadap pindaan Akta 355 ketika itu ialah kerana hukuman yang dicadangkan dalam pindaan itu tidak mencapai hukuman yang diperuntukkan dalam Islam.

Soalnya, apakah hukuman yang dicadangkan kali ini sudah menepati kehendak Islam?

Adakah di dalam Islam, misalnya hukuman denda RM100 ribu?

Dalam masa yang sama, jika diperhatikan dalam pembentangan Hadi dan ucapan menyokong oleh Takiyuddin, kedua-duanya juga menyebut bahawa pindaan yang dicadangkan bukan hudud, sebaliknya hanya untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah sahaja.

Jadi, kenapa ada yang kecoh-kecoh dan mengaitkannya dengan rosak iman, gugur akidah, puasa sembahyang tak diterima jika menolaknya Akta 355 itu?

Lagi pun, pastikah juga UMNO akan menyokong dan mengundi usul Hadi itu kerana untuk membentangkannya pun mereka perlu memohon konsensus daripada parti-parti komponen BN terlebih dahulu, apakah untuk mengundi nanti mereka tidak perlu mendapatkan konsensus yang sama? (ShahbudinHusin 08/04/2017).

9 comments:

  1. Saya juga nak tanya kenapa? kenapa ramai yg nak tentang RUU355 kalau ia sekadar perkasakan mahkamah syariah? Kalau hudud garenti ramai yg menentang, Tapi ni, usaha nak perkasakn mahkamah syariah nak ditentang juga?

    Apa sebenarnya musuh-musuh Islam mahu? Kamu tak mahu umat Islam jadi lbh baik dan dijagai undang2 lbh tegas? Kamu mahu umat Islam mengaggungkan undang2 Barat? RUU meningkatkan hukuman terhdp kanak2 dgn mudah kamu semua sokong tapi undang2 utk menambah hukuman terhadp umat Islam kamu halang?

    Aku syak ada tgn ghaib kristian evengelist dan yahudi di belakang mrk2 ni yg dah berjaya melepaskan gas membenci usaha memperkasa undang2 syariah.

    Arjuna perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak setuju tu termasuk Almarhum Tuan Guru Nik Aziz...adakah almarhum musuh Islam gak ker...

      Delete
    2. cer tanya la parti alif tendang wau kenapa diaorg tak nak bawa usul ni kalau ia sekadar perkasakan mahkamah syariah?

      musuh islam terdiri dari org islam sendiri.nak laksanakan hukum islam kena tanya org bukan islam dlm komponen boleh ke tak.syahduuuu...

      Delete
    3. jgn nk selindungkan la arjuna perak.ko ni xnak huraikan perkara sebenar.orang islam bukan x setuju RUU355 diluluskan, tapi orang x setuju bila PAS kata sapa yang x sokong dikira kafir,gugur akidah dn mcm2 takfir lagi..orang islam yang x menyokong tu disebabkan beberapa faktor antaranya,ruu355 masih tidak memenuhi keperluan dan tidak menepati definasi hukuman hudud dalam al quran dan hadith.adakah adil jika orang2 yang nak memperjuangkan hudud yang sebenar ni dikatakan sebagai gugur iman dan kafir kerana tidak menyokong RUU 355?ada juga orang yang x setuju dan menentang RUU 355 kerana berpendapat ini adalah helah dan wayang pas untuk survival politik sahaja dan bukan benar2 kerana nak memperjuangkan islam.sekali lagi, adakah adil jika orang semacam ini dilabelkan sebagi kafir dan gugur imannya? pakai akal lah, jgn asyik nak sokong membabi buta..

      Delete
    4. ko ni pun sama mcm suharli juga..ntah2 orang yang sama x?

      Delete
  2. Jgn jadi bodoh arjuna perak. Saya mendapat didikan dari sekolah mission roman katolik selama tahun. Pernah belajar bible dan lulus cemerlang subjek ini peringkat Overseas Senior Cambridge.

    Sedikit pun tak terjejas akidah saya sebagai melayu muslim malahan lebih senang berdebat dengan penganut kristian baik dari sect mana2 sekalipun.

    Melayu muslim bodoh takut christian evangelist. Kalau akidah kamu kuat, Percaya Allah lah tuhan kita...apa takut. Ilmu tiada sebab itu tak berani berdepan dengan evangelist ini.

    Memokon orang kristian ke atas umat melayu islam adalah bodoh dan tak guna akal Allah bagi. Berraliti, berfakta, berkebenaran....tak takut dengan momokan.

    Masa ini saya takut dimomokan Najib terima derma pak arab, ruu355 kerana saya tak mahu disoal mengapa saya tak halang kemungkaran sedangkan kita berkuasa. Saya tak mahu ersekongkol dengan munafiq baik daripada mana2 parti pun. Saya tak percaya ustaz kerajaan, umno, pas. Bertuhankan Allah bukan wang ringgit dan manusia cash is king....wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:11, dunia tak berlaku semudah yg awak bayangkan. Itu naif namanya. Kalaulah yahudi dan nasrani serta musyrikin penyembah selain Allah bukan bahaya dan ancaman, maka nabi nabi terdahulu tidak akan hadapi bahaya dan umat pengikut nabi tak akan dibunuh, disiksa, dan dimurtadkan semula.

      Maka tugas kita bukan takut pd musuh Allah tetapi berhati2, merancang dan melawan kekufuran, mengalahkan perancang kekufuran dan menyedarkan pelaku kekufuran dan maksiat.

      Kalaulah awak baca Quran dan bible tapi tak tahu adanya musuh yg merancang membunuh nabi jesus dan nabi2 yg lain maka kamu bukanlah pelajar yg baik di sekolah kamu dulu.

      Aku nak tanya kamu yg nampak sgt hebat, Adakah nabi2 bila merancang dan mengajar pengikutnya berhati2 dgn musuhnya iaitu yahudi dan nasrani, itu bermakna nabi takut dan tidak kuat imannya?

      Yahudi dan nasrani tidak akan berhenti memusuhi kamu sehinggalah kamu mengikut mereka.

      Jadi kristian evengelist dan yahudi zionist adalah musuh yg nyata merancang meggunakan bala tenteranya terdiri drpd agen2 yg dilatihnya dlm.NgO NGO hak asasi manuaia, nGO NGO LIBERAL dan parti2 politik seperti DAP, MCA, MIC dan byk lagi.

      Arjuna perak

      Delete
    2. x abis lagi rupanye ko ye arjuna.ok biar aku jawab.kewujudan musuh2 islam memang diakui,malah akan wujud sampai la bila2.mmg islam menyuruh kita berhati2 dengan musuh2 islam ni tapi kita perlu hadapi degan penuh teliti, rapi,berilmu dan cermat serta berfikiran jauh/jangka panjang seperti nabi SAW menghadapi kafirin makkah dalam perjanjian hudaibiyah.dengan cara ini lah kita dapat menghadapi mereka dengan unggul dan terserlah hikmah islam.jadi kita memang perlu berhati2 dengan agenda musuh islam,tapi pada masa yang sama,islam x ajar kita jadi paranoid.menjadi paranoid dan obses kepada konspirasi evengelist n zionist x kan bawa islam ke mana - mana, malah akan menyebabkan lebih banyak salah faham orang non muslim kepada islam.semua hal nak dikaitkan dengan kristian dan yahudi,sampaikan orang yang x sokong RUU355 pun dikatakan agen yahudi.macam yang ditulis oleh AnonymousApril 10, 2017 at 8:06 AM,orang x setuju dengan RUU355 tu disebabkan pelbagai faktor, bukan sebab zionist dan evengelist semata2..kalau semua benda kita kaitkan dengan zionist,maka nampaklah kita ni lemah dan mereka pula yang nampak kuat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com