innity

pages

Tuesday, April 11, 2017

Hj Hadi MENCARUT kata DAP ANAK BUTIR TAHI PAP, [MCA, MIC TOLAK RUU355, PAS ok je]



Dalam salah satu kecaman paling keras pernah dibuat kepada DAP, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap parti berkenaan sebagai "butir tahi" PAP Singapura.

Abdul Hadi berkata, Singapura adalah "bapa DAP" dan di negara berkenaan parti yang memerintah ialah PAP (Parti Tindakan Rakyat).

"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," katanya di majlis ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355)," kata Hadi.

Hadi berkata demikian ketika berucap di Rusila malam tadi.

Video ucapan dimuat naik Terengganukini di Youtube.

Usul persendirian dibawa Abdul Hadi itu dibentang di Dewan Rakyat pada 6 April lalu sebelum Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku speaker menangguhkan perbahasan ke sesi akan datang.

Abdul Hadi membawa usul berkenaan bagi membolehkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - nama lain bagi Akta 355 - mempunyai had hukuman lebih tinggi.

Cadangan itu mendapat tentangan banyak pihak. Selain DAP, parti komponen BN juga tidak bersetuju dan sebahagiannya menganggap rang undang-undang berkenaan akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan usul yang dibawa itu bukan bertujuan untuk melaksanakan hudud di negara ini.

5 comments:

  1. Hadi....

    Saya melayu islam dari malaysia timur, tak sokong ruu355. Saya ada beli rumah rumah di Pulau Pinang. Jauh beza negeri diterajui BN atau PAS jika dibanding dengan DAP.

    I could have bought houses in kelantan but the state has nothing to offer especially pas govt.

    Hadi, you may call yourself a muslim, but your actions and words are totally mismatched.

    I prefer penang island compare to kota bharu where hypocrites lived with close cooperation with kleptocrat PM in KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh beza DAP dgn PAS/BN. Satu anti islam satu lagi islam..

      Delete
  2. AnonymousApril 11, 2017 at 5:01 PM...RUU355 utk semua umat islam..tak kira apa bangsa pun..bkn undang2 br tp penambahbaikan utk kuasa mahkamah syariah..mende yg baik bg islam wajib kene sokong..hatta jika DAP yg bwk RUU355 ni.. pun kita kene sokong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 1984 TGNA bangkang juga..apa hukuknya tu?

      Delete
  3. MENGIMBAS KEMBALI UCAPAN ALMARHUM NIK AZIZ MENOLAK PINDAAN AKTA 355 PADA 1984

    Berikut adalah teks ucapan perbahasan oleh Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika membahaskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada 11 Oktober 1984, Jam 4.48 ptg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com