innity

pages

Monday, April 24, 2017

Dr. Maza MOHON MAAF: Puisi Kontroversi: Hindraf, Modi dan Penganut Hindu di Malaysia


Puisi Kontroversi: Hindraf, Modi dan Penganut Hindu di Malaysia

1. Saya berbicara dengan beberapa rakan non-muslim yang dengan sopan dan santun memberikan respon mereka terhadap puisi saya yang kontroversi itu. Kebanyakan mereka sangat positif dengan segala pandangan saya sebelum ini. Bahkan ada yang menyatakan mereka mendekati Islam disebabkan mengikuti pandangan dan pendapat saya sebelum ini. Mereka rasa puisi itu boleh menimbulkan salah faham tentang maksud saya apatahlagi apabila HINDRAF memainkan peranan mereka.

2. Saya ingin beritahu mereka bahawa seperti yang saya jelaskan puisi itu memang sasarannya ialah tindakan Kerajaan India di bawah pimpinan Modi. Ini kerana HINDRAF asyik berhujah dengan nama Kerajaan BJP tersebut.

3. Perkataan dalam puisi ialah MEMPERTUHANKAN bukan menyembah seperti yang diubah oleh sesetengah pihak. Dalam Bahasa Melayu antara makna 'mempertuhankan' ialah mengagungkan secara berlebihan. Ini seperti seseorang menyebut 'dia mempertuhankan nafsu' maksudnya dia melebihkan nafsu atas segala. Demikian hal yang berlaku di India sehingga sanggup menyiksa ataupun membunuh manusia kerana lembu.

4. Bagi saya HINDRAF adalah pertubuhan pelampau yang mencetuskan ketegangan antara penganut Hindu dan muslim dalam negara ini melalui tindakan-tindakan mereka sejak dahulu. Masyarakat wajar menjauhi tindakan provokasi mereka.

5. Buat non-muslim yang membantah Dr Zakir, anda jangan terikut dengan HINDRAF, sebaliknya carilah bukti dari ucapan beliau yang menunjukkan beliau mengajak kepada keganasan. Bukan sekadar dakwaan semata. Jika ada bukti yang jelas, saya bersedia membantah hal itu.

6. Ada beberapa pihak termasuk muslim yang memberi pandangan kepada saya bahawa mereka tidak setuju dengan beberapa pendekatan DZN. Untuk makluman, saya sendiri sejak awal juga ada memberikan pandangan berbeza tentang pendekatan beliau. Saya beritahu beliau sendiri suasana Malaysia. Beliau ada pandangan yang berbeza setakat ini. Itu hak beliau. Namun, itu bukan alasan dia dituduh terroris dan kena dihantar ke BJP di India.

7. Akhirnya, kepada non-muslim yang tidak terbabit dengan isu ini khususnya penganut agama Hindu yang tersalah faham maksud puisi saya itu, saya secara ikhlas mohon maaf kepada mereka. Saya tidak pernah maksudkan penganut Hindu secara umum yang tidak terlibat dengan isu ini.

8. Satu dialog saya dan non-muslim akan saya aturkan dalam masa yang terdekat dan sesuai.

9. Komitmen saya kepada keadilan antara manusia yang merentasi sempadan agama dan bangsa kekal kerana itu prinsip tertinggi Islam.

DrMAZA.com

11 comments:

  1. Dia dikehendaki utk di adili di negara asal nya sendiri.Tentu nya kerajaan India ada 'ground' nak bawa dia kemahkamah.Sorang yg pengetahuan tinggi dlm agama sewajar nya membukti berani kerana benar.Allah di sebelah org yg benar.
    Cara pentadbiran Modi takda kena mengena dgn kita.India bedagang dgn kita dan mereka tak campur tgn cara kita tadbir.
    Jika kita anggap Muslim di zalimi Modi cara terbaik kumpulkan NGO2 Islam sedunia dan Dr Maza ketuai membuat bantahan kpd kerajaan India dan Bangsa2 Bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan..zaman skrg kdah takda makna buat bantahan dgn pbb..tgk isu rohigya cukup..bukti pembersihan etnik dah ada..tp apa tindakan masyarakat dunia? Segelintir ngo buat bantahan n bg bantuan..tp isu masih blom selesai..

      Berbalik kpd isu dzn..berani kerana benar tak terpakai dlm kes ni..pendakwah islam yg byk convert kan org hindu sudah pasti tak disukai oleh org kafir..hingga penganut hindu dimalaysia pon benci beliau..semua atas dasar promoting terrorism..ni semua alasan org kafir nak stop perkembangan islam..sampai stgh pihak org kafir mengatakan al quran menggalakkan terrorism...kita jgn mengikut rentak diaorg..

      Kalau salman rushdie hina nabi n islam, org kafir bole sanjung dia sampai dpt gelaran Sir..tp bila dzn sebar islam, org kafir tros cop dia sebar terrorism..nmpak tak permainan diaorg? Mmg bias. .

      Delete
    2. Bro..what makes u think dr zakir akan di adili dgn adil nnti?mahkamah kat india tu byk kes rogol dimana pelaku mendapat hukuman tak setimpal..

      Nak bukti kan dia benar? ? Just look at his speeches..khalass..tak payah kita org islam nak blame dia pulak..kita pon tak buat kerja dakwah mcm dia tp pandai2 nak blame dia n suruh serah diri pulak..


      Delete
  2. Anom 8:26 tau tak asal usul rohinga yg asal bangla.Kenapa Raja Saudi tak guna pengaruh nya ke atas kerajaan Myanmar demi org Islam ?
    Anom 8:36 bgmana kalu sorang Muslim di hindukan dikuil secara terbuka ? Kan zakir gemar drama kan org Hindu memeluk Islam dpn penonton2 Islam ?
    Saudi pun tak benar beliau berdakwah di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.APA PENGARUH YANG ARAB SAUDI ADA ATAS MYANMAR?
      2.MALAYSIA NI NEGARA ISLAM DAN ISLAM AGAMA RASMI DALAM PERLEMBAGAAN.PERKARA 11(4) DAH JELAS MENYATAKAN LARANGAN PEMGEMBANGAN AGAMA DAN DOKTRIN2 LAIN DI KALANGAN ORANG ISLAM.TAPI DI REPUBLIK INDIA,ADA KE PERUNTUKAN YANG SAMA DIBAWAH UNDANG2 MEREKA?

      Delete
    2. Saudara..baca sejarah asal usul rohigya bg habis.jgn baca sekerat.berapa ratus tahun diaorg duduk di kawasan tu...n regardless diaorg org bangla kor not tht doesn't warrant org Myanmar bole bunuh rogol menzalimi org rohigya saudara kita ni..imagine kalau org asli di malaysia bunuh org jawa dgn alasan org jawa asal indon..bole ka?

      Hujah 2- Maksudnya kita tak bole berdakwah secara terbuka la? Demi menjaga harmoni agama lain?ni taktik puak liberal..so dakwah kat masjid shj? Yg jehoviah witness tu bole dtg kawasan org melayu n ketuk rumah nak dakwah bole pulak? Kat selangor ni few area dah kena.. Ni dah kembali zaman arab jahiliyah..Pendakwah luar mmg sukar utk dibenarkan berdakwah di saudi..tidak mengairankan pun.. tp dzn bole aja berdakwah di negara arab lain..ok ja..plus Saudi bukan betul dlm byk isu..tgk isu pengeboman org islam yaman..isu syria..isu mesir..isu palestin..n byk lg la...saudi bukan contoh yg terbaik utk diguna pakai. .

      Kesimpulannya akhir zaman ni mmg org kafir akan cuba sekat islam hingga islam menjadi suatu yg asing seperti dlm hadis nabi..Allah pun berfirman umat islam akan berpecah kpd 73 golongan n hanya 1 sahaja yg akan masuk syurga..jalan mana yg kita nak pilih? Dakwah tu wajib utk setiap org islam..Siapa yg kita dah berdakwah or apa yg kita dah buat nak kutuk org lain?dihadapan Allah nnti sahabat atau jiran kita yg kafir akan dpt mengadu kpd Allah yg kita tak pernah sedikit pun menceritakan pasal islam menyebabkan mereka terus jd kafir.again, siapa kita nak kutuk kerja dakwah org lain?Wallahua'lam..

      Delete
    3. Anon 11:29...kat us diaorg bole terbuka mengkristiankan sesiapa ..malah dipaparkan dlm tv..selidik berapa ramai org islam yg dimurtadkan dan dihebohkan.kenapa bila org kafir buat boleh tp bila dr zakir buat dia dikatakan berdrama? Na'uzubillah..org islam sendiri mengutuk beliau..no wonder org islam sanggup bunuh org islam sendiri bak kata org kristian.no wonder org islam jd kelas bawahan di mata dunia.no wonder isu palestian dah berabad tak settle lg..

      Delete
    4. Bro dzn tak islamkan org kafir kat masjid,dia buat kat majlis terbuka n ssiapa2 bole dtg

      Kau bg contoh kalau org islam dimurtadkan kat kuil tu tak tepat la

      agama lain sukar nak buat open forum mcm dzn buat pasal byk soalan berkaitan konsep ketuhanan yg cendekiawan islam or org biasa boleh ajukan n tak terjawab oleh diaorg

      Cuba fikir kenapa sami buddha or hindhu or paderi tak buat majlis ber dialog mcm dzn buat kat india, china sana or mana2 negara? Kenapa zaman dulu bole ja ahmad deedat debate dgn jimmy swaggart n ramai org peluk islam selepas tu? ? Kenapa org kafir tak nak buat dah debate or allow majlis mcm dzn buat? Fikir sendiri

      Delete
  3. Dlm isu ini..pada pendapat saya,kerajaan boleh memainkan peranan dgn meminta bukti2 dimana DZN dikatakan bersalah.Ada kerajaan cthnya spt UStidak menghantar org yg dikehendaki oleh kerajaan Turki kerana dituduh sebagai perancang kepada tindakan menggulingkan kerajaan Erdogan baru2 ini.Kerajaan US minta bukti penglibatan beliau sebelum dihantar pulang ke Turki. Ini hak kita boleh meminta bukti2 sebelum diserahkan secara sembrono.Alasan bahawa DZN dituduh terlibat dgn keganasan menimbulkan kesangsian kerana beliau mmg dibenci disana oleh kerajaan India.Adakah keadilan akan beliau dapati?Menjadi tanggungjawab kita,kerajaaan Malaysia melindungi pendakwah islam daripada diainaya.Perkara yg sama juga berlaku kpd Prof Dr. Qaradhawi suatu ketika dahulu dikehendaki oleh Mesir pimpinan kerajaan tidak sah perampas kuasa rakyat mahukan qsradhawi ditangkap kerana dituduh mencetuskan huru hara di Mesir..Apakah semua tuntutan ini kita harus layan..?Kita ada hak untuk tidak melayan permintaan mereka seperti mana kita tidak melayan tuntutan untjk ananda krisnan dihantar ke India..DZN lebih lagi tidak boleh dihantar ke sana.Syabas DrMaza..kepada pendakwah..mufti2 yg lain ..marilah menyatakan bantahan untuk menunjukkan sokongan kita kpd pendakwah ini..jgn hanya mendiamkan diri membisukan mulut anda.

    ReplyDelete
  4. Rendah sungguh pengetahuan Islam anda hingga dr maza sanggup sokong zakir utk bantu mendakwah kpd org melayu dgn membanding agama2 kalu tidak melayu kurang faham Islam.
    Islam is about compassion to everybody. Apa pun dr maza dah mohon maaf atas puisi lembunya tp masih ada spin .
    I used to respect dr maza for his fair n rationale views unlike other muftis but since his involvement with zakir I have to conclude agama has become a political tool in Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Palawan bugis taknak komen ker?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com