innity

pages

Sunday, April 9, 2017

DAP, PAN ibarat biawak hidup: Tuan Ibrahim [peluk BIAWAK 1MDB Ok?]


12 Rejab 1438H, Ahad – Sikap yang ditonjolkan anggota Parlimen pakatan harapan khususnya DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) pada pembentangan usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 ibarat biawak hidup, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS itu berkata, sebelah pihak tidak berani membawa manakala sebelah lagi tidak hanya menentang, malah cuba menghalang hak membentangkan usul itu menerusi saluran demokrasi yang sah.
“Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang Presiden PAS dan Setiausaha Agong PAS di parlimen mengenai RUU355, kini cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS.
“Namun, strategi lapuk ini tidak akan berjaya kerana PAS yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan di 2015,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai individu rapat dengan PAS yang menerima dana daripada 1MDB.
Malah turut sama mengeluarkan tuduhan terhadap PAS, Setiausaha PAN, Suhaizan Kayat yang mendakwa PAS Johor kini mewah apabila menyatakan akaun parti di kawasan itu mempunyai wang berjumlah RM11,000.
“Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan SPRM agar tindakan dapat diambil terhadap PAS sekiranya ada. PAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” kata Tuan Ibrahim.
Serentak itu, beliau menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai pakatan harapan termasuk mengadakan sebarang kerjasama dengan seterunya, DAP dan PAN.
“Keputusan ini telah terbukti tepat berikutan sikap penentangan berterusan DAP dan PAN terhadap agenda Islam yang dibawa oleh PAS termasuk RUU355.
“PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga,” katanya. - ismaweb

4 comments:

  1. PAN dan DAP ibarat taik dlm tong taik

    ReplyDelete
    Replies
    1. inikah akhlak PAS.. orang lain semua tak betul

      Delete
  2. jangan jadi hipokrit la bro blogger. aksi yang ditunjukkan oleh mp pan, pkr dan dap sudah ditunjukkan depan mata di parlimen tempoh hari. namun tuduhan2 oleh rafizi bahawa dana berjuta kepada pemimpin pas masih lagi tinggal tuduhan. selagi tuduhan masih belum dibuktikan, maka kepercayaan kepada tuduhan itu layak untuk dipertikaikan. jadi, janganlah bersekongkol dengan penentang Islam jika masih bersyahadah. tuduhan yang belumpun dibuktikan dipercayai bulat2, benda berlaku depan mata buat2 tak nampak...

    ReplyDelete
  3. Bila nak saman SR?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com