innity

pages

Friday, April 28, 2017

[BILA NAK LETAK JAWATAN EXCO SELANGOR]Usul PAS putus dengan PKR, Dewan Ulama setuju



Dewan Ulama PAS bersetuju untuk membawa usul agar parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.

"Kalau kita buka (undi) setuju (untuk putus), ramai akan setuju.

"Menyedari PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan PAS, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan, (namun) tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS," katanya semalam.

Beliau berkata demikian pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, ketika membacakan kembali usul yang dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan.

Usul itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan.

Sementara itu, ketika membentangkan usul, perwakilan Negeri Sembilan Mohd Husaini Husin memberitahu, beliau mencadangkan agar PAS memberi kata dua sama ada untuk putus atau tidak dengan PKR.

Antara hujah yang diberikannya, PKR meruntuhkan semangat setiakawan apabila menerima anggota Parlimen Tumpat memasuki parti mereka.

"Usul saya ialah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. (Kalau) nak kaji, (itu) tiga tahun lepas. Kali ini kita nak putus. Nak keputusan nak putus atau tak.

"(PKR) meruntuh semangat setia kawan apabila menerima anggota parlimen kita ke parti dia. Dua tahun PAS bersabar. Sekarang bukan untuk kaji, tapi putus atau tak. Bercerai atau tak," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com