innity

pages

Friday, April 14, 2017

Bercanggah kenyataan Razali, AG Swiss kata tiada MLA dipohon


Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkata bahawa Malaysia tidak pernah meminta kerajaan negara itu membantu siasatan ke atas SRC International.
Ini bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang memberitahu Dewan Rakyat bulan lalu bahawa Malaysia sedang menunggu jawapan dari Switzerland berhubung permohonan mengenai bantuan perundangan bersama (MLA).
"OAG tidak menerima sebarang permohonan MLA dari Malaysia berkaitan dengan kes 1MDB/SRC.
"Kami bagaimanapun bersedia sepenuhnya membantu pihak berkuasa Malaysia dalam kes berkenaan jika diminta," katanya dalam satu e-mel kepada Malaysiakini.
Razali pada 23 Mac lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang berurusan dengan rakan sejawatannya dari Swiss mengenai bantuan perundangan bersama (MLA) dan sedang menunggu jawapan. - mk

6 comments:

  1. Who is lying?

    AG Apandi cuba misrepresent?
    Razali deemed misrepresented?
    Swiss AG not telling the truth?

    ReplyDelete
  2. Mana suara cuepacs ya..duit yg lesap ni ialah dari kwap...wang amanh pencen...duit utk org2 pencen....banyak lak tu..patut lar ari tu ada bunyi tak mau lagi ada skim pencen..kununnya bebang kewangan kerajaan...padahal sebenarnya nak cover duit ilang nak rembat src

    ReplyDelete
  3. lu pikirlah sendiri..

    ReplyDelete
  4. Membohong saje menteri ni. Dah lali dgn membohong, mulalah mencuri.

    ReplyDelete
  5. Membohong saje menteri ni. Dah lali dgn membohong, mulalah mencuri.

    ReplyDelete
  6. Ha,ha,ha,,,,tahu tak ape,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com