innity

pages

Saturday, April 1, 2017

Apakah Hadi bakal disingkir ala Asri tahun 1982?


Presiden PAS mungkin tidak akan melalui jalan mudah pada muktamar yang diadakan bulan depan, menurut seorang veteran gerakan Islam tempatan yang pernah aktif dalam kepimpinan tertinggi parti itu pada era 1980-an.
Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, bekas naib presiden PAS yang melakukan kejutan dengan menyertai Umno pada 1989, berkata apa yang berlaku pada muktamar 1982 boleh kembali menghantui Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ada ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk kepimpinan tertinggi yang semakin mesra Umno.
Saya percaya ada yang akan bangkitkan soal kecelaruan dalam PAS. Itu yang akan muncul. Ada ahli PAS yang tidak senang dengan keadaan apabila PAS ditipu, diumpan dan dipukul Umno,” kata Nakhaie, yang meninggalkan Umno pada 2014 kerana kecewa dengan arah perjuangan parti Melayu itu.
Pada 1982, presiden PAS ketika itu, Dr Mohd Asri Muda, meletak jawatan selepas Pemuda PAS memberontak secara terbuka ketika menyampaikan ucapan dasar pada muktamar yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ia selepas Asri mula berselisih dengan pimpinan PAS Kelantan ketika itu, termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, susulan kejatuhan kerajaan PAS pada pilihan raya umum 1978.
Pemberontakan terbuka pada muktamar 1982 menyaksikan laungan “Murakbar Asri”. Asri yang pernah membawa PAS ke dalam Barisan Nasional pada 1973 akhirnya berundur pada hari kedua muktamar, bersama-sama isterinya yang juga mengetuai sayap wanita PAS, Dewan Muslimat.
Nakhaie berkata, perwakilan PAS harus mengambil contoh apa yang berlaku terhadap Asri.
Tetapi ia bergantung kepada sama ada masih wujud ahli PAS yang berani mempersoalkan Hadi yang membawa PAS semakin hampir dengan Umno sejak penyingkiran beberapa pemimpin “progresif” pada muktamar 2015.
Kepimpinan dan kebijaksanaan Hadi benar-benar dipersoal. Jika ada perwakilan berani, akan ada yang bangkit dan mempersoalkan dan kepimpinan Hadi,kata Nakhaie dalam wawancara bersama FMT.
Nakhaie merupakan pemimpin kanan PAS yang keluar parti Islam itu pada kemuncak populariti PAS di sebalik krisis dalaman Umno, yang menyaksikan PAS menjalinkan kerjasama dengan parti serpihan Umno, Semangat 46, yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah.
Pada pilihan raya umum 1990, PAS menawan semula Kelantan selepas 12 tahun di bawah pemerintahan BN.
Hadi selamat kerana Amanah
Nakhaie percaya penubuhan Amanah oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan 2015 hanya menjadikan Hadi lebih kuat.
Kalaulah ada pihak yang berada di dalam Amanah tidak keluar dari PAS, masa inilah pihak itu berjaya kuasai PAS dan jatuhkan kepimpinan Hadi, tetapi mereka keluar dahulu.
“Tidak ada yang lawan, sebabnya yang lawan dia semua dah keluar. Hanya ada pengikut setia, dan yang ada pula Hadi masih dapat kuasai,” katanya.
Menurut Nakhaie, sikap dan pendakatan diambil PAS ketika ini akan melahirkan golongan baru di dalam PAS yang akan menentang Hadi.
“Tetapi belum tentu aliran baru dalam PAS ini akan menentang dan mengambil tindakan kerana mereka harus ukur kekuatan mereka.
“Mereka ada kebolehan menentang Hadi secara senyap. Kalaulah pihak yang lama itu masih ada dan ada penentang ini, maka Hadi akan terkeluar,” katanya.
Nakhaie berkata perjuangan PAS ketika ini tidak jelas, dan ahlinya juga kabur dengan matlamat dan hala tuju parti.
“Apakah matlamat PAS sekarang ini. Adakah masih berhasrat untuk menjatuhkan BN atau mempertahankan BN, kerana kalau nak jatuhkan kerajaan, perlu ada kekuatan yang seimbang atau lebih kuat dari BN.
“Tetapi kalau PAS tidak peroleh kekuatan itu sudah tentu dia (PAS) tidak boleh bersendirian sudah tentu kena berpakat dengan yang lain,” katanya.
PAS masih belum membuat keputusan secara jelas sama ada mahu meneruskan kerjasama politik dengan PKR, selepas ia menolak pelawaan menyertai parti pembangkang lain untuk memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam setahun.


9 comments:

  1. matlamat PAS , terus totokkan dan taksubkan pengikut. Lelong agama,dan yg penting makan upah (Taek)

    ReplyDelete
  2. Apabila nafsu menjaga kepentingan peribadi mengatasi taqwa pada Allah swt....terimalah balasanNya. PAS parti yang tak dihormati baik lawan atau kawan. PAS praktik rasuah dan zalim pada ahli2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong buktikqn PAS praktik rasuah. Jangan tulis kalau hanya dengar cakap2 org yg juga tak bagi bukti. Nanti kita jadi makin jahil dan mudah ditipu.

      Delete
    2. 90 juta????

      Kalau fitnah...samanlah

      Delete
  3. Orang yg tak dipilih cepat sangat merajuk dan keluar parti. Patutnya merancang kekuatan, tapi tak tahan telinga, keluar. Mahpuz memang gagah telinga, tak simpan dalam kepala, tu boleh kekal.

    ReplyDelete
  4. biarkanlah hadi terus memimpin PAS. yang tak setuju dgn hadi boleh masuk amanah. pakatan harapan sentiasa terbuka..

    ReplyDelete
  5. Masa tu allahyarham dato asri tak ada RM90 juta, sebab tu pemuda memberontak. Sekarang Lebai Hadi malang ada RM90 juta. Cash is king

    ReplyDelete
  6. Guru agama tahap sek rendah mavam hadi generasi sekarang tak pandang lagi

    Guru agsms tahap doctorate macam khairuddin tak erti makna pengurusan ekonomi tapi expert pasal jual kereta harga murah. Dapat 90 juta bolrh neli q7.

    ReplyDelete
  7. Boleh baca soalan wartawan pada yg hadir pada.perhimpunan 355 kat padang merbok. Kebanyakan mereka tak tau yg 355 dua kali ditangguhkan utk dibentang di parlimen. Jadi boleh dikatakan yg mereka ni cuma ikut je. Kata undang undang islam. Mesti ikut. Tak ikut kafir. Lagi, mungkin kebanyakan mereka tidak tahu yg 355 ni bukan Hudud. Bukan ikut alquran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com