innity

pages

Sunday, April 23, 2017

[ALLAH HU AKHBAR] Malaysia perlukan lebih ramai Dr Zakir Naik


SEMUANYA demi menaikkan martabat Islam di negara tercinta ini.
Malaysia memerlukan lebih ramai pendakwah seperti Dr Zakir Naik yang boleh menyampaikan dakwah Islam dengan terang dan jelas.
Malaysia memerlukan lebih ramai pendakwah seperti Dr Zakir Naik yang hebat dalam ilmu perbandingan agama dan mampu menundukkan hujah-hujah salah faham terhadap Islam.
Kemukakan saja apa persoalan agama, nescaya apa-apa yang kabur pasti akan terang. Moga lebih ramai akan memeluk Islam setelah mendengar hujah demi hujah dilontarkan.
Malaysia tak perlukan modal ‘perbandingan agama’ yang membuka ruang agama lain diperkenalkan kepada anak muda Islam seterusnya menjadi medan mencairkan pegangan akidah, jati diri dan identiti Islam orang kita.
Seharusnya perbandingan agama diadakan bagi menjelaskan mana yang haq, mana yang batil dan sudah pasti, tidak akan ada paksaan untuk memeluk Islam, bukannya perbandingan agama yang beri ruang kepada kafir berdakwah mengajak kita ke agama mereka.
Malaysia memerlukan lebih ramai pendakwah seperti Dr Zakir Naik yang tidak takut mempertahankan kebenaran Islam.
Sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawasanya Islam adalah agama negara, begitu juga dengan susur galur sejarah Islam di negara kita.
Namun, wujud segelintir golongan liberal yang berhujahkan ‘keharmonian’ hingga mengenepikan kebenaran Islam dan mengiktiraf kebenaran agama lain lalu terjerumus ke lembah ideologi pluralisme agama.
Kita menghormati kewujudan agama-agama lain di negara ini. Seperti mana Islam boleh diamalkan, begitu juga ibadah agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sekatan.
Kita pun tak tahu apa yang mereka takutkan sehingga jadi tak berani seperti Dr Zakir Naik. Harmoni, toleransi, saling memahami, itu sahaja yang mereka laungkan.
Pedang mahu bertanya, adakah selama 60 tahun ini tiada harmoni, tiada toleransi, tiada saling memahami? Bagaimanakah kaum lain boleh mengecapi nikmat yang mereka kecapi hari ini jika bukan kerana harmoni, toleransi dan saling memahami yang ditunjukkan oleh umat Islam?
Harmoni dan toleransi yang berlebih-lebihanlah yang menyebabkan agama dan bangsa kita dihina dan berani dipijak oleh mereka yang tidak tahu asal usul.
Sekali lagi Pedang membuat penegasan, Malaysia memerlukan lebih ramai pendakwah seperti Dr Zakir Naik untuk mendaulatkan Islam di tempatnya.
Tapi ramai tidak suka Islam berdaulat di atas, sedangkan Islam itu sifatnya membawa rahmah ke sekalian alam.
Mereka hanya mahu Islam itu di masjid dan tikar sembahyang. Mereka tidak mahu Islam mengganggu ‘privacy‘ mereka berbuat maksiat di tempat awam. Mereka tidak mahu Islam mengenakan hukuman lebih berat selari hukuman Al-Quran bagi mencegah kes jenayah syariah.
Mereka tidak mahu Islam yang menyekat kebebasan puak LGBT. Mereka mahu Islam yang mengiktiraf hak songsang dan nafsu kebinatangan mereka.
Mereka mahu Islam diambil sekerat-sekerat, sedangkan Islam itu menyeluruh ke segenap aspek kehidupan. Tolak sebahagian Islam, ertinya menolak keseluruhan Islam.
Ketahuilah Islam tidak akan jadi seperti yang mereka mahu kerana Islam agama wahyu.
Kepada Dr Zakir Naik, Pedang ucapkan tahniah dan teruskan perjuangan. Abaikan suara-suara sumbang yang bising umpama tong kosong di negara ini. Hindraf bising dalam isu ini tapi apa manfaat yang kamum India dapat?
Percayalah bahawa Malaysia memerlukan lebih ramai pendakwah seperti Dr Zakir Naik.
Kata Pedang: Nabi Muhammad pernah berpesan di sebuah hadis, umat Islam di akhir zaman akan menjaga agama mereka seperti menggenggam seketul bara. Susah dan mencabar biarpun tinggal di negara majoriti penduduknya umat Islam dan Perlembagaannya yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama negara. Sama-sama kita pertahankan agama kita.

- ismaweb

3 comments:

  1. Do not do to others what you do want others do unto you.

    Raja zarith Sofia kata respect those who gave you respect.

    Berbuat baik silakan, berbuat jahat jangan sekali.....

    Fikir2 dan taati Allah swt

    ReplyDelete
  2. Ismaweb tolong beri tahun2 mana hadith2 di sampaikan dari Nabi Muhammad s.a.w.kpd sesiasapa n ke siapa. Guna kalendar hijrah atu Gregorian ke tak kisah.

    ReplyDelete
  3. ulamak pas ada ramai katakan.. hhhhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com