innity

pages

Monday, April 24, 2017

Akhirnya MCA Taiping Turunkan Kain Rentang "PERBATALAN" Agong setelah diKECAM Netizen

KAIN rentang ucapan sembah tahniah sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong, yang salah ejaan pertabalan menjadi viral dan mendapat kecaman netizen. Foto ihsan pembaca
IPOH: Kain rentang ucapan sembah tahniah sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, yang mengandungi kesilapan ejaan sudah diturunkan dan diganti baharu. 

Perkataan `pertabalan' dieja sebagai `perbatalan' dan kesilapan itu menjadi viral serta menerima kecaman netizen. 

Netizen beranggapan kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku dan perlu segera diperbetulkan. 

Ketua MCA bahagian Taiping, Ang Sui Eng, berkata kain rentang berkenaan dipasang di bangunan MCA Taiping sejak seminggu lalu tetapi kesilapan ejaan hanya disedari hari ini selepas ia menjadi viral di laman sosial. 

"Pihak kami menyedari perkara itu pagi tadi kira-kira jam 9 pagi dan menurunkan kain rentang berkenaan. 

Kesilapan diperbetulkan segera dan kain rentang baharu dipasang pada jam 10 pagi. 

"Kami meminta maaf atas kesilapan itu kerana tidak menyedari dan terlepas pandang perkataan pertabalan yang tersilap eja. 

"Kami tetap menyatakan kesetiaan kami kepada Seri Paduka Baginda dan negara," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

-Berita Harian Online

3 comments:

  1. Cina bukit, cina tak boleh pakai. kata cintakan negara tapi bahasa melayu kamu punah. Kamu naksekolah cina diteruskan? Kerajaan Haramkan je sekolah cina.

    ReplyDelete
  2. Masuk 60tahun merdeka tentu mereka fasih Bahasa Melayu.
    Yg tersalah eja tu sangat diragui

    Atau pun masih tak fasih Bahasa Melayu walaupun dah masuk 60tahun merdeka.
    Hasil pendidikan guna Bahasa Ibunda yang mereka sanjung.

    Nak tanya datuk2 dan nenek2 mereka yang masuk Malaya dulu guna bahasa Mandarin ke ?

    ReplyDelete
  3. Betol. Ckp rakyat malaysia. Tapi bahasa melayu failed.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com