innity

pages

Thursday, April 13, 2017

Akaun NAJIB Ke Akaun NASHARUDIN, ke Akaun siapa pula??

jelingan manja
Berdasarkan pendedahan Rafizi Ramli melalui akuan bersumpahnya bahawa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ada menerima sejumlah wang - tentunya juta-juta - dipercayai bersumberkan dana SRC International, anak syarikat 1MDB daripada Najib Razak, pihak yang disebut namanya tidak boleh lagi sekadar berdiam diri saja.

Najib yang mengagihkan dana tersebut menggunakan akaun bank peribadinya dan Nasharuddin sebagai penerima wang, adalah dua pihak yang harus segera menjelaskan perkara itu dengan jujur dan ikhlas kepada rakyat.

Ikut logik, tidak mungkin Najib menyalurkan wang tersebut kepada Nasharuddin atas kedudukannya sebagai individu semata-mata kerana kepentingannya terlalu kecil untuk diwajarkan bagi menerima wang daripada seorang Perdana Menteri.

Jika pun pemberian wang itu atas nama individu, kenapa Nasharudin jadi pilihan dan adakah sesiapa yang lain turut diberikan wang juga oleh Najib?

Paling mungkin dan dapat diterima akal atas kedudukannnya sebagai bekas pemimpin nombor dua Pas serta diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan beberapa pemimpin Pas, Nasharuddin boleh jadi sekadar perantaraan saja.

Dalam hal ini, Najib paling tinggi dari segi tanggungjawab moral untuk memberi penjelasan kepada rakyat tentang tujuan sebenar wang itu diberikan kepada Nasharudin.

Apakah ia benar-benar untuk Nasharudin, bagi tujuan apa atau ia untuk disalurkan kepada pemimpin tertentu Pas sebagaimana yang didakwa oleh Rafizi?

Nasharudin pula harus menjelaskan mengapa beliau menerima wang itu, untuk kegunaan peribadinya, untuk pihak-pihak lain dan ke mana ia telah disalurkan?

Jika Nasharuddin seorang yang jujur dan benar-benarkan takutkan Allah, beliau tidak perlu terlalu lama menyembunyikan diri, sebaliknya harus segera tampil beserta bukti-bukti ke mana wang yang diterimanya telah diagih-agihkan.

Kiranya pengagihan dilakukan melalui sistem bank kerana melibatkan jumlah yang besar, tentu lagi mudah untuk beliau membuktikannya. Yang penting, sama ada beliau mahu bercakap benar atau tidak mengenai misteri wang yang diterimanya yang barangkali turut membuatkan isteri, anak-anak dan keluarganya terkejut sama.

Pendedahan Rafizi dengan menyebut nama Najib, Nasharuddin dan dana SRC International, anak syarikat 1MDB adalah yang ketiga ditujukan kepada Pas setakat ini. 

Sebelum ini Sarawak Report mendedahkan dana RM90 juta diterima Pas, manakala Husam Musa pula membangkitkan nama Affin Bank yang digunakan untuk menyalurkan wang tersebut.

Pas mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dan Husam, tetapi sehingga ini sama ada saman akan diteruskan atau tidak masih lagi terawang-awangan serta belum menjadi kenyataan.

Menyusul hari ini, Rafizi  membuat pendedahan yang ketiga terhadap Pas melalui akuan bersumpah kerana  maklumat yang diperolehinya itu adalah berdasarkan apa yang diberitahu kepadanya pada 28 Januari lalu oleh seorang bekas pegawai paling kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah mengetuai siasatan ke atas 1MDB dan dakwaan pembabitan Najib dalam skandal itu.

Pegawai kanan SPRM itu,  menurut Rafizi, setuju namanya dirujuk dalam pendedahan yang dibuatnya ini.

Bagaimanapun, Rafizi masih terhalang secara undang-undang untuk mendedahkan bukti-bukti yang dimilikinya kerana ia adalah sesuatu yang masih diletakkan di bawah OSA atau Akta Rahsia Rasmi. Itulah sebabnya beliau membuat akuan bersumpah dan kemudian akan membuat laporan kepada SPRM dengan harapan agar penyiasatan semula dapat dilakukan.

Kesimpulan mudah sekarang adalah bola kini di kaki Najib dan Nasharudin untuk melakukan tindakan seterusnya.

Najib yang memberi wang dan Nasharudin yang menerima wang harus segera tampil dengan bukti-bukti sahih menafikan dakwaan Rafizi itu. Penafian kosong dengan cakap mulut melalui Utusan atau TV3 tentu saja tidak lagi memadai, malah hanya membuatkan ramai yang senyum sinis dibuatnya.

Paling terbaik sekali ialah jika Najib dan Nasharuddin dapat segera menyaman Rafizi agar segala bukti yang Ahli Parlimen Pandan itu miliki boleh didedahkan di mahkamah semasa perbicaraan nanti.

Dalam masa yang sama, pemimpin tertentu Pas yang ada menerima wang daripada Nasharudin, mestilah juga bersikap jujur kepada diri sendiri, Tuhan dan rakyat. Sekadar menafi atau mengatakan Nasharudin tiada kaitan dengan Pas kerana tiada jawatan dalam parti, pasti juga tidak memadai. 

Menafi mesti ada sandaran hujah yang kukuh atau  lebih baik mengaku saja jika ada menerima wang tersebut sebelum nama mereka didedahkan di mahkamah berdasarkan maklumat perbankan atau bukti yang ada di tangan pihak berkuasa.

Tidak lupa, SPRM di bawah teraju Zulkifli Ahmad yang nampaknya begitu gigih memerangi rasuah, tidak harus berlengah lagi untuk membuka semula penyiasatan berdasarkan maklumat yang diberikan Rafizi.

Bukankah semalam Peguam Negara, Apandi Ali ada meminta SPRM agar segera melengkapkan penyiasatan berkaitan dana SRC International yang menjadi perhatian ramai sebelum ini,  malah katanya NFA (No Further Action) bukanlah  bermakna penyiasatan sudah ditutup, sebaliknya boleh dibuka semula jika terdapat maklumat baru yang boleh membantu penyiasatan.

Apakah tidak cukup membantu lagi akuan bersumpah Rafizi kali ini? (ShahbudinHusin 13/04/2017).

10 comments:

  1. Klau betullah hadi dh kena game dgn najib...tuan guru jgan riszu raja arab ada bagu duit nnti saya bagi sikit.dapat 2.6 b tapu bagi 90m banyak bealance tu..oo lupa mana yg tak pakai najib dh pulang balik kt raja arab yg mati tu hari..camtu la crita yg nsjisb bgitau...yg percaya crita ni org umbo jer biasalah umno kan binggai....korek punya korek ada plak duit dlam akaun negara hilang kebetulan sama jumlah dgn derma yang tok arab bagi..bila tanya jer mana duit tu starr la bakar.pecat.lari dan diam dgn mukw tk malu ngaku diri pahlawsm..eegeli guag...last skali hadi gak kena gAme..cash is kung....umno yg kali baik jgan cakap sebab cakap jer tipu...

    ReplyDelete
  2. Apa PAS kata

    TUAN IBRAHIM TUAN MAN
    - DEPUTY PRESIDENT PAS

    PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has distanced his party from former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa, claiming that the latter had not given any contributions to the party.

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/379085#ixzz4eAfXQcdk

    IDRIS AHMAD
    - VICE PRESIDENT PAS

    PETALING JAYA: PAS has distanced itself from its former deputy president Nasharudin Mat Isa, following a revelation today that he had received funds linked to 1MDB which allegedly also found its way to the prime minister’s personal accounts.
    PAS vice-president Idris Ahmad said Nasharudin no longer held any post in the party and had not been active for some time.
    “So what are the links to PAS?” he asked when contacted by FMT.

    We didn’t get a single sen, says PAS after Rafizi expose

    TAKIYUDDIN HASSAN
    - SECRETARY GENERAL PAS


    The allegation that ex-PAS deputy president Nasharudin Mat Isa received funds from former 1MDB subsidiary SRC International has nothing to do with the party, said a PAS leader.

    PAS secretary-general Takiyuddin Hassan said Nasharudin is just a regular member now, and has no influence on the party leadership.

    "Nasharudin is no longer a leader in PAS... he has no relationship with the PAS leadership...

    SRC fund claim has nothing to do with PAS, says sec-gen

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/379037#ixzz4eAiYJ3tb

    NIK ABDUH NIK AZIZ
    - PAS YOUTH CHIEF

    PAS leaders know a lot of information too, but they don't necessarily divulge it, its Youth chief Nik Abduh Nik Aziz said.

    This, he said, is because the party has ethics.

    "PAS leaders have a lot of information too. But they strive to practise good values, that when the evidence is not complete, then silence is the sheathed weapon, let (the secrets) reveal itself," Nik Abduh said in a Facebook post.

    He said this while admonishing PKR's Pandan MP Rafizi Ramli's penchant for digging up information...

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/379054#ixzz4eAjuH8Op

    Rumusan

    Semus nak jauhkan diri dari Nasha denfan alasan Nasha tak ada conyribution psda party, Nasha tak ada dalam barisan kepimpinan, Nasha in his personal capacity.

    The most interesting part, PAS tahu ada maklumat tapi prefer to remain silent konon maklumat tak lengkap. To me nik abduh's statement is a confession albeit hiding behind incomplete informatipn...

    Inilah barisan manusia parti PAS yang konon gelar mereka sendiri ulamak dan pewaris nabi...sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dgn rumusan saudara. Rafizi membuat tuduhan berserta " pengakuan berkanun " mengapa individu yg terlibat menafikan tuduhan berserta ," sumpah laknat ". Baru kita boleh menilai siapa yg khianat lagi lahanat.

      Delete
    2. Wei...aku tak nampak pun apa yg tak kena pimpin PAS tu komen. Kamu nak cari juga sepatah ayat yg boleh hukum depa bersalah memanglah akan bersalah..
      Sebab kamu dah buat keputusan nak salahkan PAS. Sakit ka?

      Delete
    3. Shahbudin memang berdendam dgn PAS sebab menolak kerjasama dgn PH. Sbb tu nak tulis juga apa2 yg boleh lemahkan PAS wlwpun fakta lemah macam lembiknya rafizi. Budin berdendam dengan UMNO dan Najib jd geramnya amat sgt sebab disangka PAS penyambung hayat Najib.

      Delete
  3. apa punya artikel... ulasan setakat dari hear say ja... tak ada bukti tak ada fakta jus cakap2 dengar dari mereka2 yang sohoh terbukti kaki fitnah spin dan pembohong... tu nabi kata dan Allah juga sebut konsep tabayyun... perlu confirm soheh ada bukti baru sembang... takat rafizi kalau zaman nabi lah dia ni dah di cop munafikun... tak boleh dipercayai langsung kata2 nya...

    jangan nak sembang la kata pas tahu.... najib tahu... sprm tahu... korang yg spekulasikan KONON mereka tahu.... kalau sebenarnya memang tak ada apa2 dan tak tahu? bukan kah itu fitnah??? apa hukumnya?

    bola ditangan DS najib??? r u insane? who start this mess? rafizikan... sidang media macam haram tin kosong... tak ada bukti fakta... expect apa? rafizilah should act... apa dia buat report polis? ada dia buat report pada sprm? tak ada kan... so kalau aku jumpa rafizi aku akan cakap... pukimak kau bull shitt!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro the bull is shitting you instead...PM01 nak saman WSJ dah berapa lama?

      PAShit ke lebai bawang ker...Nik ApaDUHH? Dorang tuh pun masih meleret jer kata nak saman SR....apa susah, saman jer lah Piji tuh tu pun tak boleh....

      Bottom line is when the shits starts to hit the fan...haven't you notice everybody trying to scramble or already did, didn't you see that??? Then again, 3 million dUMNO members could well be DUHHH, but who knows the whole lot of PAShit members are just as bulls pulled by the nose-ring, why? Well, when PAShit was with Pakatan Rakyat, all is well and everything is game..., but now you fell off the wagon, dUMNO is suddenly washed-cleanse-born-again-muslim so far distance from the KAFIR thing your Head Lebai had manifested, what some 20-30 years ago?

      Now, when politics is at your convenience dUMNO or PAShit, suddenly all is forgiven and even religion-ISLAM has a price tag!?

      But, if you're coming back to rebutt trying to put the same situation with Tun M & DAP & Anwar or whatever having the same contention as above-mentioned, then you will be very wrong and disappointed for the real reason/s why the rest of the population is behind this 'new' coalition of Pakatan Harapan, period!

      You have...

      brain - USE
      intellect - THINK
      eyes - OBSERVE
      ears - LISTEN
      heart - WISE UP

      You have CHOICE - DON'T WASTE IT!

      So, go cursing high as a mountain, at the end of the day you're just one dumb-nuts!

      Delete
    2. Terbaik bro 6.40!

      Delete
  4. Apa LA ko mabok ketum,,lapuran sprm dah Buat le bro,,,ko ni tertinggal bas rupanye,,,SR&Husam bila lagi Pas nak saman,,,

    ReplyDelete
  5. Yang teramat terang lagi nyata adalah PAS sebagai anak butir taik UMNO, mutakhir ini terlalu lunak bersama UMNO. InnaUMNOiwainnaUMNOirojiun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com