innity

pages

Friday, April 28, 2017

TIDAK ADA GUNA jatuhkan Kerajaan BN sekarang - PAS



PAS bimbang Malaysia bakal diterajui oleh parti yang berpaksikan kepada perjuangan sosialis jika kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

[BILA NAK LETAK JAWATAN EXCO SELANGOR]Usul PAS putus dengan PKR, Dewan Ulama setuju



Dewan Ulama PAS bersetuju untuk membawa usul agar parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.

"Kalau kita buka (undi) setuju (untuk putus), ramai akan setuju.

"Menyedari PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan PAS, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan, (namun) tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS," katanya semalam.

Beliau berkata demikian pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, ketika membacakan kembali usul yang dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan.

Usul itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan.

Sementara itu, ketika membentangkan usul, perwakilan Negeri Sembilan Mohd Husaini Husin memberitahu, beliau mencadangkan agar PAS memberi kata dua sama ada untuk putus atau tidak dengan PKR.

Antara hujah yang diberikannya, PKR meruntuhkan semangat setiakawan apabila menerima anggota Parlimen Tumpat memasuki parti mereka.

"Usul saya ialah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. (Kalau) nak kaji, (itu) tiga tahun lepas. Kali ini kita nak putus. Nak keputusan nak putus atau tak.

"(PKR) meruntuh semangat setia kawan apabila menerima anggota parlimen kita ke parti dia. Dua tahun PAS bersabar. Sekarang bukan untuk kaji, tapi putus atau tak. Bercerai atau tak," tegasnya.

Thursday, April 27, 2017

[NAK JADI KETUA RUPANYA] Jika nak kerjasama, DAP dan PAN mesti setuju PAS jadi ketua


KOTA SARANG SEMUT, 30 Rejab 1438H, Khamis – PAS menetapkan syarat kepada mana-mana parti yang mahu bekerjasama, mesti bersetuju membenarkn parti Islam itu menjadi peneraju.
Mursyidul Amnya, Ustaz Hashim Jasin berkata, syarat itu ditetapkan bagi mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan PAS.
Katnya, jika DAP dan PAN mahu memujuk PAS menjalinkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik melibatkan ketiga-tiga parti, mereka perlu setuju dengan syarat itu.
“Mengenai tahaluf siyasi, memang PAS tidak pernah menutup pintu untuk berkerjasama umtuk membentuk blok ketiga.
“Cuma pada kali ini berdasarkan pengalaman lampau, PAS banyak bertahaluf, jadi kita letak syarat begitu supaya menjamin kebaikan dan kebajikan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-57 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.
Dalam pada itu, Dewan Ulama PAS pula menyatakan kekecewaan dengan sikap DAP yang menentang usaha PAS memartabatkan Islam di negara ini.
Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, parti-parti yang pernah menjadi rakan sekutu PAS sanggup mengenetepikan Islam hanya kerana mahu mencapai impian untuk menukar kerajaan.
“Apa yang disedihkan rakan-rakan sekutu lalu dalam merintis jalan ke Putrajaya mereka menyanggah Islam.
“Malah, penentangan mereka dalam usaha pelaksanaan Islam lebih kuat daripada UMNO,” katanya.
- ismaweb

[VIDEO] Minta Sesiapa Ada No HP Haji Hadi forward Video Ini Kepada Beliau


Sesiapa yang ada no phone Hadi Awang, tolonglah forward video ini kepada beliau...

[VIDEO] Kita Mesti Rotan Pelajar untuk BERI KEMALUAN kepada mereka



Berkaitan kes ROTAN yang menaikkan kemarahan netizen.. Hari ini sebelom suboh lagi .. ayahanda Mydin tinted VLT 70% premium black dah kejot ayah ajak ke Dang Wangi untok buat ripot.. Sebelom balik.. ayahanda mydin tinted memberi sedikit ucapan ringkas yang jelas, dengan mesej yang mendalam, dan penoh dengan nasihat untok dipikirkan. Kadang kadang bijak jugak akal mydin ibarat cendawan tumboh selepas ujan..ujan tak turon, cendawan goreng tepong///


Ayahanda Abdul Rani Kulup

[BIAR BERTUL] PAS yakin tadbir 5 negeri



Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain mengekalkan kuasanya di Kelantan, parti itu juga menyasarkan Terengganu, Pahang, Selangor dan Kedah.

PAS pada pilihan raya umum 2013, berjaya memenangi 21 kerusi Parlimen tetapi kini hanya memiliki 14 kerusi selepas beberapa pilihan raya kecil dan ahli parlimennya yang menyertai AMANAH.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS di Alor Setar, hari ini.

Enakmen Syariah di Kelantan dan Terengganu juga sebelum ini berjaya dipinda.

Pada bulan Mac lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan pindaan bagi RUU355 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, jika usul memperkasakan undang-undang syariah itu lulus di Parlimen, ia tidak mempengaruhi pelaksanaan di peringkat negeri, kecuali ia juga dipinda seperti dalam kes di Kelantan dan Terengganu.

[video} Ikrar ‘Jahanam PAN’ buka tirai muktamar Ulama PAS

ALOR SETAR: Muktamar Dewan Ulama PAS hari ini bermula dengan doa ikrar “Jahanam PAN”, merujuk kepada singkatan untuk Amanah yang digunakan pemimpin PAS.
Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir meminta perwakilan berdiri dan mengetuai ikrar yang diakhiri dengan “Jahanam PAN”.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar. Jahanam PAN,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Muktamar Dewan Ulama parti itu yang dirasmikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, di sini, hari ini.
Ikrar itu kemudiannya disusuli laungan takbir sebanyak 3 kali oleh perwakilan.
Amanah ditubuhkan sekumpulan bekas pemimpin PAS susulan pemilihan parti 2015 yang menyaksikan kebangkitan penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan puak yang mahu PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR dan DAP.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed menyifatkan perjuangan bekas pemimpin parti Islam itu yang bertindak menubuhkan parti baharu, sama dengan perjuangan Umno yang menjadi musuh tradisi parti berkenaan sejak sekian lama.
“Rakan politik pernah bersama kita dahulu, kini perjuangannya sama dengan Umno,” katanya.
Mahfodz turut meminta pemimpin PAS terus menegak dan memperbetulkan akidah umat Islam yang terpesong dengan mengambil contoh tindakan peguam kontroversi, Siti Kasim yang mempersoalkan kewujudan Tuhan.
“Menegakkan akidah Islam amat penting demi memastikan negara berada dalam keadaan sejahtera,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal kepada pihak terbabit dalam salah laku skandal 1MDB.
“Rakyat telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Umno dan BN yang gagal menangani isu hutang 1MDB.
“PAS mendesak kerajaan tidak terus berada dalam penafian melibatkan isu 1MDB, jika ada pihak yang terlibat, mereka perlu dihukum jika disabit kesalahan,” katanya sambil menambah isu 1MDB mengandungi unsur riba yang dilarang agama Islam.
“Isu 1MDB mempunyai kaitan dengan riba, kerajaan Umno, BN sengaja mengundang peperangan dengan Allah.”
Walaupun parti itu kini kelihatan bebas daripada kontroversi, namun muktamar tahun ini tidak kurang menariknya dengan beberapa isu dijangka dibincangkan perwakilan.
Antaranya hubungan PAS dengan PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Umno dan kerajaan Selangor, selain persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.
Isu lain yang mungkin dibangkitkan ialah nasib Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang lantang mengkritik kepimpinan dan hala tuju PAS kebelakangan ini.

[VIDEO] Hidupkan kembali ISA, gesa NGO Bertindak



Sebuah gabungan baru kumpulan Melayu mengumumkan rancangannya untuk menghidupkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.


Jurucakap Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata mereka akan cuba mengumpul sebanyak yang mungkin tandatangan rakyat Malaysia bagi menyokong akta itu dihidupkan semula.

"Kita akan buat perkara ini untuk memberikan satu isyarat yang jelas kepada kerajaan bahawa majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian mahu ISA itu dihidupkan kembali demi keamanan dan kesejahteraan negara," katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur semalam.

Jelasnya, cadangan tersebut bukan semata-mata HINDRAF, tetapi mana-mana pelampau tidak mengira kaum. 

Dalam pada itu, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata pihak-pihak yang menuntut dan mencampuri hal ehwal agama Islam seolah-olah memberi gambaran bahawa semua agama kelihatan sama dengan Islam.

"Islam adalah agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Agama-agama lain adalah bebas untuk mengamalkan ajaran masing-masing di sini, tetapi mereka tidak boleh mengatakan agama lain sama taraf kedudukan dengan Islam dari segi Perlembagaan.

"Itu dah termaktub dalam Perlembagaan Persekutaan, itu sudah dipersetujui dalam Kontrak Sosial," katanya.

http://www.kinitv.com/video/47517O74 - NGO mahu kerakyatan 1.75 juta orang disemak semula

Terdahulu, mereka merancang untuk mencabar proses pemberian kerakyatan terhadap 1.75 juta orang antara tahun 1957 hingga 1970.

BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA,Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

[VIDEO] Gabungan NGO mahu kerakyatan 1.75 juta orang disemak semula



Sebuah gabungan baru kumpulan Melayu mengumumkan rancangannya untuk mencabar proses pemberian kerakyatan terhadap 1.75 juta orang antara tahun 1957 hingga 1970.

Jurucakap Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata langkah itu akan diambil selepas proses itu didakwa mencabul syarat-syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan berkaitan sumpah kesetiaan warganegara tidak berlaku dalam proses pemberian kerakyatan antara tempoh itu, melibatkan angka sehingga 1.75 juta orang.

“Justeru, ia memberi kita ruang untuk mencabar dan mempersoalkan pemberian kewarganegaraan, ketika diberikan kepada golongan buka Melayu,” katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur semalam.

“Ini isu undang-undang yang perlu dibawa ke mahkamah dan kita mahu mahkamah menentukannya,” katanya.

BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

TS Muhyiddin: Persetujuan 1MDB bayar IPIC, Jelas Mereka AKUI SALAH, ada UNSUR PENIPUAN


KENYATAAN MEDIA
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

KEPUTUSAN PROSIDING TIMBANG TARA IPIC DENGAN 1MDB DAN KERAJAAN MALAYSIA (MOF Inc)

1. International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi melalui satu kenyataan mereka kepada Bursa Saham London telah mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dan menyelesaikan prosiding timbang taranya dengan 1MDB dan Kerajaan Malaysia(MOF Inc) di Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London.

2. Menurut persetujuan itu,

i. 1MDB akan membayar sejumlah AS1.2Bilion (RM5.28billion) pada dua peringkat iaitu pada bulan Julai dan Disember tahun ini. Di bawah syarat penyelesaian, IPIC akan menerima AS $ 602.7 juta (RM2.64 bilion) pada 31 Julai ini dan selebihnya AS602.7 juta(2.64bilion) pada 31 Disember akhir tahun ini.

ii. 1MDB dan Kementerian Kewangan juga berjanji kepada IPIC untuk membayar bagi semua faedah masa depan dan prinsipal di bawah dua bon yang dikeluarkan syarikat kumpulan 1MDB yang dijamin 1MDB dan IPIC. Bon pertama adalah AS$1.75 bilion (RM7.7bilion) pada kadar tetap 5.75 peratus yang dikeluarkan 1MDB Energy (Langat) Limited dan kedua sebanyak AS$1.75bilion (RM7.7bilion) pada kadar tetap sebanyak 5.99 peratus yang dikeluarkan oleh 1MDB Energy Limited. Kedua-dua bon hanya akan matang pada 2022.

3. Persetujuan 1MDB untuk membuat bayaran kepada IPIC jelas menunjukkan bahawa syarikat itu mengaku telah membuat bayaran yang salah kepada satu syarikat yang tiada kaitan langsung dengan IPIC.

4. Persetujuan arbitrasi yang dicapai di antara 1MDB dan IPIC ini juga jelas menunjukkan terdapat unsur-unsur penipuan apabila 1MDB telah membuat salah pembayaran kepada Aabar BVI. Bagaimanakah 1MDB telah tersalah bayar wang sebesar itu? Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC – Aabar Investments PJS tetapi sebaliknya pembayaran dibuat kepada Aabar BVI, sebuah syarikat palsu yang mempunyai nama yang hampir sama atau mirip dengan anak syarikat IPIC.

5. Sebelum ini, pertikaian timbul di antara 1MDB dan IPIC apabila IPIC menyatakan 1MDB tidak pernah membuat apa-apa pembayaran kepada IPIC sebagaimana yang didakwa oleh 1MDB. Inilah yang telah menyebabkan IPIC dan Aabar Investments PJS meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen mereka kepada IPIC. Abu Dhabi telah berulang kali berkata, IPIC atau anak syarikatnya itu tidak pernah menerima sebarang pembayaran atau deposit dari 1MDB walaupun 1MDB bertegas menyatakan bahawa Aabar BVI adalah anak syarikat Kumpulan IPIC.

6. Mengapakah pembayaran sebesar ini dibuat kepada sebuah syarikat yang palsu? Mengapakah tidak ada satu pun tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab yang telah membuat pembayaran yang salah ini? Atau adakah dari awal lagi pembayaran kepada syarikat Aabar yang palsu ini telah dirancang?

7. Persoalannya, dari manakah sumber kewangan yang akan diperolehi oleh 1MDB dan MOF Inc untuk membayar sebanyak RM26.5 bilion kepada IPIC? Jika ianya menerusi penjualan sebuah unit pelaburan 1MDB bernama Brazen Sky Ltd, siapakah yang membeli unit pelaburan tersebut dan berapakah nilainya? Benarkah unit pelaburan ini wujud?

8. Mengapakah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak berminat langsung untuk menuntut semula wang yang telah dibayar kepada syarikat Aabar yang palsu itu?

9. Perjanjian IPIC adalah dengan 1MDB dan Kerajaan Malaysia melalui MOF Inc. Ini bermakna jika 1MDB tidak mampu untuk membuat pembayaran, maka Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kesemua bayaran kepada IPIC.

10. Walaupun Kerajaan Malaysia di dalam satu kenyataan mengatakan gembira IPIC dan 1MDB telah dapat menyelesaikan perbezaan mereka secara baik namun perlu diingatkan di sini rakyat Malaysia lah yang akan menanggung beban berganda apabila pembayaran kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali, bayaran pertama yang dibuat kepada Aabar BVI yang telah hilang dan lenyap dan kini, bayaran kedua yang akan dilaksanakan dengan termeterinya perjanjian timbang tara ini.

11. Akhirnya, rakyat, melalui hasil kutipan cukai yang akan dikenakan ke atas mereka bagi meningkatkan pendapatan kerajaan akan terus menanggung masalah kewangan 1MDB.

Sekian. Terima kasih.

BERSATU BERAMANAH BERMARUAH

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
PRESIDEN 

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
26 APRIL 2017

[PERCAYAKAN UMNO TAPI...] Bendera PAS sempena Muktamar DICABUT oleh MBAS

Kakitangan MBAS sedang mencabut bendera PAS yang dipasang sempena Muktamar PAS ke-63 di Kedah. Muktamar adalah majlis terbesar bagi PAS, dan kita pilih Kedah untuk tahun ini.
Ada banyak kes macam ni zaman PAS jadi kerajaan pun, bendera PAS dicabut.... tapi seboleh mungkin kita elakkan ahli kita bergaduh dengan pegawai kerajaan... Kita sentiasa menjauhi tindakan-tindakan yang boleh menimbulkan kontreversi dan rasa kurang selesa orang ramai. Kita harap para pegawai pun begitu juga.
Seingat saya, tidak pernah ada kes MBAS atau mana-mana pihak kerajaan tempatan dilaporkan mencabut bendera BN atau UMNO semasa PAS jadi kerajaan negeri. Kita reti menghormati orang lain, supaya orang lain juga dapat menghormati kita. Ada apaaa... Pasang bendera saja, bukan curi duit juta-juta punnn.

Gabungan 22 NGO Melayu Islam desak kerajaan haramkan Hindraf


KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam hari ini mendesak kerajaan mengharamkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang disifatkan rasis, ekstremis dan boleh mengancam keselamatan negara.

Barisan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) turut menyifatkan Hindraf sebagai pertubuhan biadap dan boleh membawa malapetaka serta merosakkan hubungan antara kaum.

Ketua Sekretariatnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy ialah individu berbahaya dan memberi amaran supaya tidak campur tangan dalam urusan agama lain.

“Perjumpaan tergempar yang dihadiri NGO Melayu Islam hari ini berikutan kecewa dan mengutuk keras kebiadapan beberapa individu dan Hindraf yang jelas cuba menggugat keamanan negara.

“Perjumpaan ini bukan untuk menzahirkan permusuhan dan kebencian dengan masyarakat India dan Hindu serta lain-lain bangsa.

“Perjumpaan ini berslogankan ‘Melayu Bangkit’ untuk memperingatkan dan memberi amaran keras kepada individu bernama P Waythamoorthy dan Hindraf serta mereka yang berperangai seperti Waythamoorthy supaya jangan menyentuh hak Islam dan Melayu kerana dibimbangi sejarah hitam 13 Mei 1969 berulang.”

Katanya pada sidang media Bertindak yang turut terdiri daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Pembela Islam di Kelab Sultan Sulaiman, hari ini.

Sabtu lalu, Waythamoorthy dilaporkan berkata, Hindraf mahu mengadap Raja Perlis untuk meminta Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipecat ekoran “puisi pagi Jumaat” beliau yang didakwa menghina dan menyinggung perasaan penganut Hindu serta mempertahankan pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik.

Hindraf merupakan antara suara lantang membantah kehadiran Zakir, yang dikehendaki Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) atas dakwaan pengubahan wang dan mempromosikan propaganda pengganas.

Perkasa dan Asri pula merupakan antara NGO serta agamawan yang lantang mempertahankan Zakir, malah menjemputnya menyampaikan khutbah Jumaat di Perlis awal tahun ini.

Pada 15 April lalu, Zakir mendakwa beliau akan diseksa jika pulang ke India, sebaliknya beliau sedia disoal siasat pihak berkuasa negara itu menerusi Skype dan kaedah tele-sidang.
Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, isu status penduduk tetap (PR) yang diberikan kepada Zakir dipolitikkan Hindraf.

Beliau juga mengingatkan kerajaan mengambil tindakan segera terhadap individu dan pertubuhan yang bersifat rasis.

“Kalau kerajaan tidak pandai bertindak, Malaysia majoriti penduduk Islam mesti mendahului kepentingan rakyat majoriti.

“Apa yang dituntut Hindraf ini terutama hal agama seperti sama dengan agama lain. Islam adalah agama majoriti di sini. Masyarakat bukan Melayu perlu tahu, ada kumpulan seperti Hindraf bercakap tentang hak asasi, tetapi untuk kita tidak boleh,” katanya.

Kembalikan ISA

Khairul Azam turut mendesak kerajaan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memandangkan ramai individu dan NGO bukan Islam yang tidak menghormati Islam.

“Sekiranya ISA dikembalikan, saya yakin kerajaan dapat tangani dan tangkap golongan ini supaya tidak merebak. Kita juga menyeru masyarakat India menjauhi kumpulan ini demi menjaga keharmonian negara,” katanya.

Mahu cabar pemberian kerakyatan kepada bukan Melayu

Khairul Azam berkata, mereka juga berhasrat mencabar pemberian taraf kewarganegaraan kepada individu bukan Melayu antara 1957 hingga 1970 di mahkamah.

Ini kerana, katanya, taraf kerakyatan hanya akan diberikan kepada pemohon selepas mereka mengangkat sumpah taat setia seperti termaktub dalam Jadual Pertama Perlembagaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun mendakwa kajian menunjukkan prosedur itu tidak dilakukan pada 1957 hingga 1970 ketika memberi taraf kerakyatan kepada 1.75 juta orang bukan Melayu.

“Ini berlaku pelanggaran terhadap proses kewarganegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Oleh itu, kami meminta diberikan ruang untuk mencabar dan mempersoalkan pemberian taraf kewarganegaraan kepada bukan Melayu yang pernah diberikan. Ini adalah satu peruntukan undang-undang yang perlu dibawa ke mahkamah dan kita nak minta biar mahkamah tentukan.”

- FMT


Wednesday, April 26, 2017

BERNAMA Biadap Letak Logo Di Muka YDP Agong??


Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV bagi tahun 2017 akan disambut pada 29 Julai - JPM

BERNAMA

Jangan biarkan EKSTRIMIS Hindu subur di Malaysia – Firdaus Wong


KUALA LUMPUR: Keganasan ‘ekstrimis’ Hindu di India seperti seolah-olah ingin diimport masuk ke dalam Malaysia oleh segelintir individu dan kumpulan apabila kita melihat cara mereka mengkritik dan masuk campur dalam urusan Islam di Malaysia, kata anak murid Dr Zakir Naik, Firdaus Wong Wai Hung. 

Menurutnya, pihak kerajaan diharap dapat mengambil tindakan keras sebagaimana mereka cenderung kepada ISIS yang sememangnya pengganas. 

Firdaus Wong berkata, dia berharap sahabat yang belum muslim jangan tersilap. 

Kami tidak menyerang anda apabila kami mengkritik Hindraf dan konco-konconya yang masuk campur dalam urusan Islam serta menghina Islam sebagaimana kami, sebagai muslim tidak merasakan anda menyerang Islam hanya kerana anda mengkritik orang Islam berdasarkan fakta. 

Beliau berkata, Hindraf tidak mewakili agama Hindu. Maka, pelampau dan ektrimis daripada agama lain juga tidak mewakili agama mereka. Menurutnya, semua orang perlu sama-sama menolak ektrimis dari mana-mana agama dan kita mesti lebih rasional, bukan emosional. 

“Jangan biarkan ekstrimis Hindu ini subur di Malaysia,” katanya. 

Firdaus menambah, setiap kali berlaku serangan pengganas yang melibatkan umat Islam, maka umat Islam sering terpaksa menyatakan dan membuat penafian bahawa mereka tiada kaitan dengan semua pengganas itu. 

“Pemimpin dan umat Islam dari seluruh dunia akan bangkit mengkritik,” katanya. 

Kata Firdaus lagi, dia terfikir, di mana pula suara-suara organisasi Hindu seperti Hindraf dan Hindu Sangam apabila kes seperti ini berlaku. 

“Tidakkah mahu NGO-NGO Hindu ini mengkritik besar-besaran sikap ekstrimis dan pengganas saudara-saudara mereka yang membunuh manusia kerana haiwan bernama lembu di India itu?”


“Bayangkan, hanya kerana lembu, ekstrimis Hindu sanggup membunuh Muslim di India. Tidakkah itu tindakan seorang pengganas?” tambah Firdaus.

- https://www.menara.my/

Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu


ALOR SETAR, 29 Rejab 1438H, Rabu – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ada pihak dari parti lawan yang menggalakkan ahlinya menyertai PPBM untuk memecahbelahkan parti pimpinan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
“Kita juga maklum ada unsur sabotaj oleh satu parti lawan yang menggalakkan ahlinya sertai Bersatu dengan tujuan memecah belah kita dari dalam. Hasil siasat segelintir itu turut ditawarkan habuan wang termasuk tawaran tertentu. Kami ambil pendekatan berhemah untuk tangani isu ini,” katanya.
Mukhriz berkata, pihaknya turut mempunyai bukti sahih berkenaan isu itu, dan bukannya tuduhan melulu.
“Memang ada bukti yang didedah tanpa sengaja oleh individu terlibat. Mereka pun sudah umum keluar parti, jadi kami tidak berhasrat ambil tindakan perundangan,” katanya selepas majlis penyerahan watikah kepada Ketua Srikandi Bahagian Bersatu Kedah, semalam.
Beliau memaklumkan, pihaknya juga sudah mengenal pasti segelintir ahlinya yang bermasalah termasuk disogok habuan wang untuk merosakkan parti itu dari dalam.
Beliau bagaimanapun berkata, tindakan perundangan tidak akan diambil terhadap golongan itu memandangkan kesemua yang terpalit dengan kontroversi itu sudah meninggalkan parti.
“Ia melibatkan segelintir ahli parti sahaja, kemungkinan jumlahnya hanya puluhan yang terlibat dengan perbuatan itu. Namun saya ingin tegaskan, ia tidak beri kesan buruk kepada parti kerana majoriti ahli nekad pastikan matlamat untuk selamatkan negara diutamakan,” katanya,
Pun begitu, beliau menjelaskan, bukan semua ahli yang meninggalkan parti itu terjebak dengan sogokan wang yang ditawarkan pihak ketiga.
“Sebahagian ahli yang keluar ada berikan alasan peribadi atau alasan lain,” katanya.
Mukhriz berkata, parti itu mahu menerapkan budaya lebih sihat kepada ahlinya sebagai pegangan dengan mengekang budaya makan dedak mahupun mengampu pemimpin untuk jawatan selain menolak rasuah.

[VIDEO] 'Raja Bomoh' tampil BERTAUBAT, aksi hanya drama itu DIARAH PIHAK TERTENTU



'Raja Bomoh' yang dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin membuat pengakuan ikhlas dan bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam berhubung beberapa upacaranya yang menjadi tatapan umum di media sosial.

Ibrahim yang berusia 66 tahun, dalam pengakuannya, memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong dalam membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia, termasuk kes kehilangan MH370.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), hari ini.

Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad.

Menurut Ibrahim, beliau menyatakan segala tindakannya itu, termasuk aksi melihat menggunakan teropong buluh dan angkat kelapa, diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya.

Ibrahim mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, Ibrahim mengaku bersalah atas segala pertuduhan yang dibacakan kepadanya di bawah seksyen 7(a), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 bagi kesalahan menghina Islam.

“Disebabkan faktor kesihatan dan umur, Ibrahim diperintah untuk berkelakuan baik selama enam bulan dan menjalani kelas akidah serta fardu ain.

“Diharapkan hukuman yang diterima dapat memberi pengajaran kepada beliau menyesali dan bertaubat atas semua perbuatannya,” katanya.

Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila dirinya sering melakukan ritual pelik.

Terakhir, pada 13 Mac lalu dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur kononnya 'memagar' Malaysia dari diserang negara asing khususnya Korea Utara.

Antara ritual peliknya yang lain termasuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang dan ‘merestui’ tempat kejadian kemalangan yang membabitkan bekas pemimpin DAP, mendiang Karpal Singh.

Sebelum ini Ibrahim ditahan oleh JAWI di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 22 April lalu.

Tuesday, April 25, 2017

"Saya takkan keluar PAS," tegas Mahfuz




Ahli Parlimen PAS-Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan beliau tidak akan berundur walaupun mendapat desakan daripada pimpinan kanan parti itu.

Kata Mahfuz, beliau begitu sayangkan PAS dan mahu menyelamatkan ahli-ahli parti itu supaya kembali kepada landasan perjuangan yang sebenar.

"Naib Presiden PAS, Datuk Nik Amar dia kawan baik, dia buat kenyataan dia halau. Presiden PAS pun sokong kenyataan dia, halau suruh saya keluar.

"Tetapi saya takkan keluar PAS kerana saya sayang kepada PAS. Orang yang di bawah ini banyak memberikan pengorbanan yang besar ini mesti diselamatkan, bukan sekadar PAS perlu diselamatkan tetapi orang PAS yang ada di bawah ini yang telah banyak berikan pengorbanan kepada perjuangan PAS seharusnya diselamatkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah BERSATU di Ayer Hitam pada Isnin lalu.

Video ucapan tersebut dimuat naik Mukhriz Mahathir FC di Facebook.

Monday, April 24, 2017

Akhirnya MCA Taiping Turunkan Kain Rentang "PERBATALAN" Agong setelah diKECAM Netizen

KAIN rentang ucapan sembah tahniah sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong, yang salah ejaan pertabalan menjadi viral dan mendapat kecaman netizen. Foto ihsan pembaca
IPOH: Kain rentang ucapan sembah tahniah sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, yang mengandungi kesilapan ejaan sudah diturunkan dan diganti baharu. 

Perkataan `pertabalan' dieja sebagai `perbatalan' dan kesilapan itu menjadi viral serta menerima kecaman netizen. 

Netizen beranggapan kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku dan perlu segera diperbetulkan. 

Ketua MCA bahagian Taiping, Ang Sui Eng, berkata kain rentang berkenaan dipasang di bangunan MCA Taiping sejak seminggu lalu tetapi kesilapan ejaan hanya disedari hari ini selepas ia menjadi viral di laman sosial. 

"Pihak kami menyedari perkara itu pagi tadi kira-kira jam 9 pagi dan menurunkan kain rentang berkenaan. 

Kesilapan diperbetulkan segera dan kain rentang baharu dipasang pada jam 10 pagi. 

"Kami meminta maaf atas kesilapan itu kerana tidak menyedari dan terlepas pandang perkataan pertabalan yang tersilap eja. 

"Kami tetap menyatakan kesetiaan kami kepada Seri Paduka Baginda dan negara," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

-Berita Harian Online

[KE PAS SENGAJA CURI MASA] Jangan bazir masa, kata Mapan kepada PAS


Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) dari Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, para pemimpin PAS tidak sepatutnya membazir masa mencadangkan sesuatu perkara yang hampir pasti tidak akan berlaku.
"Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyarankan supaya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mengganggu kerusi PAS.
"Gesaan ini juga tidak selari dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti yang menekankan betapa PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan DAP dan Amanah serta mana-mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam," katanya dalam kenyataan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya, telah menegaskan hal ini dalam beberapa kenyataan bahawa betapa parti Islam itu akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh majlis syura ulama PAS.
"Presiden PAS juga telah memberikan satu ibarat yang sangat menarik iaitu bahawa 'menyertai Barisan Nasional (BN) laksana memikul biawak hidup' manakala 'menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah'," kata beliau.
Berdasarkan kenyataan Abdul Hadi itu, tidak wajar bagi mana-mana pemimpin PAS melontarkan apa-apa cadangan yang membayangkan kesediaan PAS menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN, jelasnya.
"Para pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan bagi memastikan kenyataan mereka konsisten dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti selain memastikan kenyataan mereka tidak bercanggah dengan konsep demokrasi," ujar Kamarul Zaman lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com