innity

pages

Thursday, March 23, 2017

Waspada beli sistem pertahanan dari China

Malaysia perlu berhati-hati dalam perolehan sistem pertahanan canggih dari China, kata penganalisis pertahanan.
Bekas penyelidik kanan Institut Kajian Kemajuan Sosial (Refsa) Lam Choong Wah berkata ini kerana Malaysia dan China masih berdepan pertikaian kedaulatan di Kepulauan Spratly.
“Ini untuk memastikan Malaysia dapat bertindak dan mengatur gerak aset pertahanan dengan berdikari jika pertikaian itu menjadi konflik bersenjata,” katanya kepada FMT hari ini.
Kawasan Kepulauan Spratly menjadi tuntutan bertindih melibatkan 4 negara Asean iaitu Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam selain dari China serta Taiwan sehingga kini.
Tahun lalu, dilaporkan Malaysia dan negara Asean tidak mengiktiraf tuntutan China terhadap Kepulauan Spratly kerana ia tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS 1987).
Bagaimanapun, Reuters kelmarin melaporkan Malaysia dijangka memeterai perjanjian dengan China pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) minggu ini bagi membina 4 kapal misi pesisir (LMS) dan memperoleh teknologi untuk membina lebih banyak kapal itu di dalam negara.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dalam satu wawancara dengan agensi berita itu berkata LMS direka untuk kepelbagaian aspek maritim seperti operasi mencari dan menyelamat, jenayah rentas sempadan, cetak rompak serta anti keganasan.
“Kapal ini mampu berdepan ancaman IS dan masalah keselamatan maritim lain,” katanya.
Lam berkata LMS yang diperoleh dari China bukan merupakan aset canggih atau mempunyai ciri teknologi “cutting edge”, seperti tidak dipasang radar, misil dan sistem elektronik yang sofistikated.
“Misi LMS ini tertumpu pada rondaan pesisir, mencari dan menyelamat, menghindar pencerobohan lanun dan kapal asing tanpa kebenaran.
“Memandangkan LMS ini tidak canggih atau perolehannya tidak akan menyebabkan Malaysia bergantung kepada China sepenuhnya, maka tidak ada masalah besar memperoleh LMS dari China,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com