innity

pages

Sunday, March 5, 2017

VIRAL:Video penculikan pastor Raymond ala filem aksi


Satu rakaman video didakwa memaparkan penculikan pastor Raymond Koh dimuatnaik ke internet, dan dikongsi laman YouTube media tempatan TheSundaily.
Rakaman yang jelas itu memaparkan sebuah kereta berwarna terang, dikatakan milik Raymond, dipintas sebuah SUV berwarna gelap ketika 2 lagi SUV yang kelihatan sama datang dari arah tepi dan belakang, menyebabkan pemandu kereta terpaksa berhenti di tengah jalan.
Kejadian berlaku sejurus selepas 4 kenderaan itu memasuki Jalan SS4B/10 di Kelana Jaya dari lebuhraya LDP.
Rakaman itu, yang nampaknya disunting dengan cermat berserta kapsyen dan ditunjukkan dari sudut bertentangan, juga memaparkan penglibatan 2 lagi kenderaan dan 2 motosikal dalam operasi itu, mengekori dari belakang dan menghalang sebuah kereta Myvi dari mendekati tempat di mana 3 SUV mengepung Honda Accord itu.
Salah satu motosikal itu kemudian memaksa MyVi berundur ke simpang susur lebuhraya.
Semua kejadian berlaku dalam masa kurang dari 1 minit, dan semua kenderaan terbabit, termasuk kereta yang dikatakan milik Raymond, dilihat dibawa pergi.
Menurut kapsyen video, pecahan kaca dari kereta itu, serta nombor plet kenderaan (ST 5515 D) ditemui di jalan raya. Dipercayai nombor plet terjatuh apabila pemandu cuba melanggar SUV di depan dalam usaha untuk melarikan diri.
Rakaman itu, dipercayai diambil dari kamera litar tertutup berdekatan menyokong teori awal mengatakan penculikan pastor itu dirancang secara teratur.
Raymond, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng kurang dari 100 meter dari kompleks perumahan polis.
Rakaman menunjukkan video itu sepadan dengan gambaran yang diberikan anak lelaki Raymond, Jonathan, yang minggu lepas mendakwa keluarganya memperoleh rakaman CCTV kejadian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com