innity

pages

Friday, March 10, 2017

VIRAL VIDEO Pak Arab MENGAMUK Kacau Persembahan Zapin, Ghazal di Riyadh


Insiden kekecohan ketika persembahan zapin oleh delegasi Malaysia di Pavilion Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Riyadh sedang disiasat agensi keselamatan Arab Saudi bagi mengenal pasti individu terbabit.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, kementerian Arab Saudi menjelaskan, ia adalah tindakan individu.
Katanya, pada masa sama, persembahan di Pavilion akan diteruskan berikutan sambutan hangat masyarakat Arab Saudi terhadap zapin dan ghazal tetapi sebagai langkah berwaspada, kawalan keselamatan diperketatkan sepanjang persembahan berlangsung.
"Persembahan zapin dan ghazal memeriahkan pesta buku berkenaan yang berlangsung 11 hari sejak 8 Mac lalu atas permintaan Arab Saudi yang melihat seni sebagai satu antara cabang ilmu.
"Bagaimanapun, penari disyaratkan hanya lelaki dan persembahan dua kali sehari itu antara lain bertujuan menarik pengunjung memeriahkan acara ilmu di pesta buku," katanya.
Hari ini, tular dalam Facebook (FB) video seorang lelaki warga Arab membuat kecoh dengan mencampak mikrofon serta alat muzik ke lantai dan membantah acara berkenaan.
Tarian zapin dan ghazal itu dipersembahkan 12 pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor dibawa delegasi Malaysia sebagai memenuhi permintaan penganjur, Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi.
Kementerian Pendidikan berkata, pihak Arab Saudi turut memohon maaf di atas kekecohan kecil berkenaan yang berlaku jam 8.50 malam waktu tempatan (1.50 pagi waktu Malaysia).



Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2017 @ 6:42 PM

3 comments:

  1. Padan muka, baru ada akai, Johor pulak tu. Tak kesian kah budak2 melayu tu.
    Melayu jumudtotok ni nak dudok bawah tempurong sgt. Bila nmpk mcm arab,bunyi ckp tiru telo Arab, maka wangi syurgawi. Woi Malayu! smell la the coffee...akal dok gadai lagi, 500 tahun tak cukup2 lagi kah?
    Tak beer!!

    ReplyDelete
  2. Wahabi dan salafi tak percaya pada muzik!

    Tarian pun pak arab tak suka!

    Inilah fahaman yg sedang tular!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com