innity

pages

Tuesday, March 7, 2017

Tun M ajak Nazri debat isu 1MDB, pertahan Proton


Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk berbahas secara terbuka berkenaan apa juga tajuk tanpa syarat jika menteri itu hendak sangat mencabarnya.
Tajuk perbahasan termasuklah isu 1MDB, RM2.6 bilion dalam akaun Najib, pinjaman RM55 bilion untuk keretapi pantai dan BMF.
Menulis di entri terbaru di blognya, Tun Dr Mahathir berkata, cabaran Nazri kepadanya untuk bertanding dalam pilihan raya di Padang Rengas adalah cabaran kosong.
“Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong,” kata Tun Dr Mahathir.
Terdahulu dalam satu kenyataan kelmarin, Pengerusi Bersatu itu menyahut cabaran Nazri dengan mengajaknya bertanding di Langkawi.
Dalam tulisan bertajuk ‘Nazri Aziz’, Tun Dr Mahathir juga menyindir Nazri kerana telah membuat kenyataan menghina Proton dengan istilah ‘gajah putih’ dan memperkecilkan kebolehan bangsa sendiri.
“Pada pendapat saya menjadi menteri dalam Kerajaan Najib jauh lebih mudah dari mengeluar kereta.
“Buat salah, menghilangkan berbillion Ringgit pun okay. TV3, Utusan dan New Straits Times akan lapor duit dapat dari raja yang sudah mangkat.
“Gajah putih depan mata tak nampak. Semut di seberang laut ternampak uban di kepalanya. Dunia kata awak anggota geng pencuri. Awak kata awak bukan pencuri, hanya perompak sahaja,” tulisnya.
Nazri sebelum ini mendakwa Proton sebagai satu projek yang gagal daripada Perdana Menteri Keempat itu.
“Ia fakta bahawa saya rasa projek itu adalah gagal. Kenapa saya kata gagal adalah kerana mereka (Proton) minta kita duit berbilion untuk bantu mereka. Bagaimana projek itu berjaya kalau masih setiap tahun jumpa kerajaan untuk minta peruntukan.
“Jadi, ini apa yang kita dapat daripada dia (Mahathir). Ini adalah projek gajah putih. Kalau syarikat itu tutup, masyarakat akan salahkan kerajaan. Jadi, kita kena cari jalan untuk menyelamatkan, China ada ekuiti itu adalah perkara baik,” kata Nazri.
Sebaliknya, kata Tun Dr Mahathir, ketika beliau menjadi perdana menteri, Proton telah mengumpul tabung keuntungan sebanyak RM4 billion.
Proton juga membina kilang baru di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 bilion tanpa pinjaman bank atau bantuan Kerajaan dan pada masa yang sama Proton membayar RM18 bilion cukai kepada Kerajaan.
“Kemerosotan Proton bermula apabila kereta buatan asing dibenar masuk dengan mudah, walaupun negara-negara pengeluar kereta ini menghalang kemasukan kereta Proton ke negara mereka dengan pelbagai alasan.
“Hari ini penjualan kereta Proton memang tidak laris. Sebabnya ialah kerana banyak kereta jenama asing boleh masuk dengan mudah.
“Pengeluar kereta asing adalah syarikat gergasi yang mengeluar berjuta buah setahun.
“Mereka boleh jual dengan harga yang murah sehingga rugi di Malaysia pun tidak menjadi masalah kerana mereka mendapat keuntungan yang besar dari negara mereka di mana mereka dapat lindungan Kerajaan dan mereka dapat eksport ke merata dunia.
“Namun kereta jenama asing sukar didapati di negara mereka kerana sekatan,” katanya lagi.
Selain itu katanya, disebabkan peruntukan dana Kerajaan yang lambat dan kurang untuk pembiayaan dana research and development, Proton telah menggunakan modal sendiri bagi pembuatan tiga model baru dan ia menyebabkan masalah kewangan Proton.
Masalah lain yang dihadapi Proton ialah aliran tunai kerana tidak laris dijual, bukan masalah kualiti.
“Memang ada kelemahan-kelemahan dalam Proton, tetapi teknologinya sesuai untuk Malaysia, Australia dan Asean. Ada bantuan teknologi syarikat Eropah dalam Proton.
“Yang menjadi masalah ialah cashflow kerana kemasukan kereta asing memakan pasaran Proton.
“Saya telah beli ketiga-tiga model baru Proton dan saya tidak menghadapi masalah menggunanya,” katanya lagi. - ismaweb

4 comments:

  1. Nazi pondan,

    Camni je la, kalau ko menang debat dengan Tun, ko kalah,

    Kalau ko kalah debat, double kesipuan ko dapat,

    Maksudnya, debat ni, ko menang atau kalah ker, seluruh rakyat mesia dah tak percaya dengan ko, bijan 4k, umno dan bn.

    Kerana matlamat seluruh rakyat adalah satu (ya,1mesia),

    Tumbangkan bijan 4k, umno dan bn.

    Seterusnya,

    Mengheret ko, bijan 4k dan sewaktu dengannya, ke mahkamah seterusnya sumbat ke dalam.

    Sudah pasti ada suspek, penjenayah yg bersalah dalam isu 1mdb, penyamunan wang dan harta rakyat.

    Ketua penyamun pula, wajib disabitkan dengan penderhakaan (TREASON!) terhadap rakyat dan negara.

    Apakah Hukuman nya?

    Sendri mau ingat.


    ReplyDelete
  2. Tun Madey dicadangkan lawan najib kt pekan.nk gak tengok pahlawan umno no mengelupur .rasanya kelamkabut .tak cukup tanah..
    Nah Jawap...rasanya mau dia bertanding kt serawak tkjadi ler kt pekan
    .tun relax jer
    ....rasanya ramai gak kt pekan rakyat yg tak suka pahlawan ni
    Rasanya ramai gak yg dh kena fencing kt pekan. ..tun low profile jer under dog kalah pun tkda hal nothing to worry about..Tapi kalau pahlawan kalah habisla..sejarah membuktikan hebatnya tun takterkalah dan sejarah akan berulang kembali..

    ReplyDelete
  3. Bukan saJa ajak debat isu semasa, tapi juga isu yg cuba menjatuhkan tun sendiri. Tun memang terbaik. Cuma tgk ape jawapan dari pihak yg dicabar. Bukan ape, nak aibkan org, nanti aib ssendiri yg terdedah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com