innity

pages

Wednesday, March 29, 2017

"Tok Lebai' cetus kecoh di DUN Selangor



Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang ADUN DAP menggunakan istilah 'tok lebai' yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. 

ADUN DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan 'tok lebai' yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit. 

Kemudian, ADUN BN-Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak bangun mencelah dan menegur Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam. 

"Dalam agama Islam, 'tok lebai' merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya. 

Namun, Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu. 

Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam. 

Istilah 'tok lebai' menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini merujuk seorang individu sebagai 'tok lebai' yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.

"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Mohamed Azmin.

2 comments:

  1. Mana ADUN PAS, DAP menghina tapi anda diam saja. Tapi konon perjuangkan Islam...

    ReplyDelete
  2. "Jika ianya menyinggung perasaan, saya tarik balik"

    Adun DAP, LAU WENG SAN.

    ........

    Adun umno BN, ada tak lakukan perkara yg sama apabila bijan 4k, umno dan BN merompak menyamun wang dan harta rakyat?

    Jawapannya...tidak, sebaliknya;

    Setiap hari, Berterusan mereka2 ini menzalimi dan menganaiya rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com