innity

pages

Friday, March 10, 2017

Tak perlu buang masa, Nazri bukan ‘level’ Dr M

Seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berpendapat debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz hanya membuang masa kerana menteri Umno tersebut bukan saingan pengerusinya.
Sebaliknya, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor mahu melihat debat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) antara bekas perdana menteri itu dan perdana menteri semasa, Datuk Seri Najib Razak.
“Dr Mahathir tidak perlu buang masa dengan Nazri. Nazri tak sama ‘level’ dari segi kematangan dan pengalaman. Ia seperti pensyarah universiti berdebat dengan cikgu sekolah,” katanya kepada FMT.
“Kalau nak debat dengan perdana menteri tidak apa,” tambahnya.
Semalam, Dr Mahathir menolak cabaran bertanding di kerusi Parlimen Padang Rengas, Perak dan mengajak Nazri berdebat mengenai 3 perkara tersebut.
Menteri pelancongan dan kebudayaan, yang kini dalam lawatan kerja ke Berlin, Jerman, menyahut cabaran itu dan meminta Dr Mahathir melakukan persediaan sepatutnya.
Nazri dijangka pulang ke tanahair 13 Mac ini. - FMT

5 comments:

  1. Maaf kelluar dari topik kejap.
    Malam tadi semua berita di station TV siarkan Najib berbual dengan kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara. Tetapi saya nampak macam Najib brrcakap pada diri sendiri. Saperti lakonan atau gimmick Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lar..ingatkan tengah ckp dgn diktator Korut..tp pelik lak cakap melayu...hehehehe

      Delete
  2. dok luar negara garang..bila balik telur pun tak ada..
    tak percaya? tunggulah...

    ReplyDelete
  3. Haha.. awak fikir cikgu sekolah bodoh?
    Disekolah juga ada guru yang berkelulusan phd. Malah ramai diluar sana memiki phd. Bukan soal padan atau tidsk tetapi itulah peluang untuk tun memberi penerangan. Cantik kalau tv 3/4 buat siaran langsung.

    ReplyDelete
  4. Tun tak payahlah nak layan anjing kurap melalak. Halau je. Anjing kurap akan lari masuk longkang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com