innity

pages

Thursday, March 23, 2017

[TAHUPUN] China paling tinggi mohon Program Malaysia Rumah Keduaku

China mencatat permohonan paling tinggi dalam Program Malaysia Rumah Keduaku (M2MH) sejak diluluskan 2002 hingga tahun lepas.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, permohonan China sebanyak 7,976 itu diikuti oleh Jepun (4,127), Bangladesh (3,399) dan United Kingdom (2,361).
“Selain itu sebanyak 1,331 permohonan oleh warga Iran, Singapura (1,258), Taiwan (1,175), Korea Selatan (1,174), Pakistan (958), India (861) dan lain-lain negara (7,103),” katanya pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Mohamed Nazri menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang ingin tahu jumlah peserta yang tinggal di Malaysia melalui MM2H mengikut negara asal dan manfaat program berkenaan.
Beliau berkata, program MM2H telah memberi sumbangan kepada ekonomi negara yang dianggarkan sebanyak RM2.9 bilion pada tahun lalu merangkumi kutipan hasil fi visa, pembukaan simpanan tetap dan pembelian hartanah kediaman. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com