innity

pages

Wednesday, March 8, 2017

Tahap integriti kalangan penjawat awam makin buruk


Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam semakin serius berbanding 10 tahun lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM, sepanjang 2016 dan sehingga Februari 2017 sahaja, sebanyak 665 kertas siasatan dibuka melibatkan penjawat awam di negara ini.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan seramai 548 penjawat awam telah ditangkap sepanjang sepanjang tempoh tersebut, manakala 63 kes telah dituduh di mahkamah.

"Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan penjawat awam, dan kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat sekiranya tidak dibendung daripada sekarang," katanya kepada media pada majlis Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), bersama SPRM, di sini.

Sehubungan itu, bagi mencegah masalah tersebut, beliau menyarankan kepada KKLW supaya merangka pelan integriti supaya boleh memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap penjawat awam.

"Jangan disebabkan salah laku segelintir pegawai yang menerima rasuah, salah guna kuasa, integriti dan sistem penyampaian keseluruhan penjawat awam yang lain terjejas," katanya. - SH

1 comment:

  1. "Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan penjawat awam, dan kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat sekiranya tidak dibendung daripada sekarang,"

    -: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki.

    YA ALLAH, KAMI BERMOHON AGAR SELAMATKAN KAMI, LINDUNGI KAMI RAKYAT MARHAEN DARI PELBAGAI JENAYAH YG SEDANG BERLAKU BERLELUASA DAN BERMAHARAJALELA DINEGARA INI.

    KAMI AMAT TAKUT DENGAN BENCANA, MALAPETAKA, KEZALIMAN DAN PENGANAIYAAN YG SEDANG BERLAKU HARI INI.

    CUBA FIKIR,

    JIKA PEMIMPIN MENYAMUN, BAGAIMANA PULA DENGAN KUNCU2 DAN PEMAKAN DEDAKNYA?

    JIKA BERBILLION BILLION WANG RAKYAT BOLEH HILANG SEKELIP MATA, MAKA TIDAK MENGHAIRANKAN HUTANG NEGARA BAKAL MENCECAH SATU TRILLION.

    INI SEMUA BALA DAN MALAPETAKA YA ALLAH!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com