innity

pages

Friday, March 10, 2017

['TEAM JOHOR''BANGSA JOHOR' KHALED NORDIN] SPRM serbu rumah exco Johor, rampas kereta, beg tangan



Kira-kira 150 beg tangan adalah antara barangan yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu serbuan di rumah exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi.
Berdasarkan gambar serbuan itu, antara beg tangan yang dirampas termasuk jenama-jenama mewah seperti Chanel, Hermes, Prada, Luis Vutton dan Gucci.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sekiranya beg tangan itu adalah asli.
Menurut sumber SPRM, barangan lain yang dirampas dalam serbuan itu termasuk RM41,000 dalam bentuk wang tunai dan sebuah kereta Toyota Vellfire.
Abd Latif awal hari ini ditahan oleh SPRM berhubung kes rasuah berkaitan dengan penukaran hak milik tanah bumiputera.
Sumber SPRM memberitahu Malaysiakini bahawa serbuan itu dilakukan pada kira-kira jam 11 pagi, sejurus selepas penangkapan Abd Latif di pejabat SPRM di Johor Bahru di mana beliau disoal siasat.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Sebelum ini, SPRM menahan enam individu atas dakwaan rasuah melibatkan penukaran hak milik tanah bumiputera bagi mendapatkan sogokan.
SPRM turut menahan anak Abd Latif dan pegawai khas anggota exco itu. Selain itu suruhanjaya itu merampas 26 kenderaan mewah dan membekukan 45 akaun bank berkaitan kes itu. - MK

5 comments:

  1. Hidup bangsa johor...

    ReplyDelete
  2. Bangsa Johor bertindak pembersihan..untuk Bangsa Johor yg sejati..bersih rasuah Dan selewengan..Hidup Bangsa Johor..

    ReplyDelete
  3. Kenapa ya bila serbuan libatkan juta2..mesti jumpa bnyk beg tangan...huhu

    ReplyDelete
  4. "Abd Latif awal hari ini ditahan oleh SPRM berhubung kes rasuah berkaitan dengan penukaran hak milik tanah bumiputera."

    Hari ini umno sudah tidak boleh dipercayai, umno menipu org melayu, jual harta pusaka org melayu, tanah milik orang melayu hilang dan dijual, hilang hak milik kekal, menipu org melayu kunun2nya forest city pajakan 99 tahun, sebenar dan sejujurnya, ianya adalah perbuatan jijik umno dan bn yg memerintah.

    Orang melayu dahulu memberi kepercayaan kepada umno, hari ini umno telah mengkhianati kepercayaan ini.

    Hari ini umno sudah menjadi penyamun, perompak dan penipu.

    Adakah kami rakyat akan undi umno dan bn pada PRU akan datang jika mereka (umno) berulang kali menipu dan menjual hak milik dan harta orang melayu?

    Adakah kami rakyat akan undi umno dan bn pada PRU akan datang jika pemimpin, ketua umno itu sendiri seorang penyamun?

    Kepada seluruh rakyat marhaen sekalian, fikir2kanlah masa depan anak2 kita, agama, bangsa dan tanahair jika kita mempunyai pemimpin sebegini.

    Ubah dan ini kali kita pilih dan undi parti pembangkang!

    ReplyDelete
  5. Tangkapan cuma lakonan sprm...
    Tangkapla rosmah najib?.. ape nak kata..
    Ikan bilis tangkap...jerung?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com