innity

pages

Tuesday, March 14, 2017

SPRM kena gempur orang politik - Tan Sri Lee Lam Thye

Lee Lam Thye ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Foto Sinar Harian oleh HALIM WAHID
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye  menyuarakan kebimbangan budaya rasuah yang semakin merisaukan di negara ini. (MCPF)

Katanya, rasuah bukan sahaja melibatkan golongan berpendapatan rendah, namun ia turut dikaitkan dengan sifat tamak sesetengah pihak yang tidak puas untuk mendapatkan pendapatan lebih dengan cara mudah.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, tahap integriti masyarakat di negara ini semakin berkurangan dan ia merupakan perkembangan yang membimbangkan.

"Integriti dalam kalangan penjawat awam, sektor swasta dan tokoh politik juga perlu diberi perhatian bagi menggelakkan golongan ini terlibat dengan budaya rasuah.

“SPRM perlu mengambil tindakan dan memberi perhatian bukan sahaja kepada penjawat awam malahan kepada ahli-ahli politik di negara ini. Gambaran mengenai perkara ini disuarakan sendiri oleh masyarakat ketika saya turun padang untuk bertemu mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas mengadakan kunjungan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), semalam.

Beliau berkata, terdapat banyak lagi kes-kes rasuah lain yang belum didedahkan dan langkah penyelesaian perlu diambil segera terhadap permasalahan ini.

“Apa yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini mungkin hanyalah tip of the iceberg dan banyak lagi kes yang belum didedahkan.

“Jadi sampai bila baru kita dapat atasi masalah ini?” soalnya.

Pada masa sama, sikap tamak walaupun memiliki pendapatan yang mencukupi juga faktor budaya rasuah terus subur.

“Saya anggap budaya ini tidak akan berakhir jika golongan tamak ini masih wujud,” katanya.

Dalam pada itu, Lam Thye memaklumkan bahawa pihaknya menyambut baik langkah diambil oleh kerajaan sebelum ini yang bertindak untuk menubuhkan jawatankuasa integriti di setiap kementerian dalam membendung budaya rasuah daripada berleluasa.

“Namun begitu, sejauh mana jawatankuasa integriti ini benar-benar berkesan ke arah untuk menerapkan nilai-nilai murni, moral dan etika?

“Saya anggap ia telah gagal selama ini,” katanya. - SH

2 comments:

  1. Selagi AG apandi pundek tu kat situ, rakyat tak nampak cahaya la..Kena buang Umno dulu.

    ReplyDelete
  2. Negara kita ni masih bole diselamatkan dr hantu rasuah, penyangak rezeki dengan adanya org yg berani, berjiwa besar dan berhati juang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com