innity

pages

Tuesday, March 21, 2017

SITI KASIM BUKAN ISLAM? Melalui ‘Getaran’ Kita Hasilkan Tuhan – Siti Kasim


AKTIVIS liberal, Siti Kasim mendedahkan dalam sebuah rancangan temubual media berbahasa Cina beberapa tahun lalu bahawa beliau pernah berfikir tentang asal usul kewujudan tuhan.
Beliau mengatakan sekiranya tuhan itu menciptakan segala-galanya, tentulah tuhan itu pun diciptakan oleh sesuatu.
“Tidak ada seorang pun yang mampu memberi jawapan yang memuaskan kepada saya sehinggalah pada suatu hari, seorang lelaki memberitahu kepada saya tentang apa yang dia faham tentang tuhan,” katanya kepada wartawan Pocketimes.
Menurut Siti Kasim, lelaki tersebut mendakwa bahawa tuhan itu wujud melalui ‘tenaga’ yang dihasilkan dalam diri manusia, iaitu setiap daripadanya bergantung sama ada ia mempunya aura tenaga positif ataupun negatif.
“Kita ada aura tenaga positif yang baik, oleh itu saya percaya tuhan yang ‘baik’ akan dihasilkan.
“Akan tetapi sekiranya terdapat kenegatifan di kalangan kamu, lalu kamu akan menghasilkan tuhan yang ‘jahat’,” katanya.
Tambah peguam kontroversi itu lagi, beliau meluahkan rasa tidak menyukai ajaran Islam disebabkan perspektif undang-undang yang diamalkan di negara ini menurutnya adalah kolot, tidak masuk akal dan tidak bersifat keterbukaan.
Melihat segelintir tindak tanduk daripada mereka membuatkan saya tidak mungkin akan mengikut mereka.
Saya tertarik dengan kenyataan Dr. Juanda yang mengatakan segala perkara adalah perlu dinilai melalui common sense (logik akal).
“Jika sesuatu perkara itu tidak masuk akal, maka perkara itu adalah salah, katanya sambil mempersoalkan hukumam hudud yang dikenakan kepada seorang wanita mengandung anak luar nikah, di mana menurut pemahamannya adalah berbeza.
Menurutnya, hukuman hudud tetap akan dikenakan kepada wanita mengandung terbabit tanpa sebarang pemeriksaan dilakukan; adakah dia hamil disebabkan pemerkosaan atau sumbang mahram.
Itu hanyalah pemahaman Siti yang ternyata sangat bertentangan dengan hukum Islam yang sebenarnya seperti yang tercatat dalam kitab suci Al-Quran.
Siti kemudian berbicara, sekiranya golongan bukan Islam ini tidak wujud di sini, tentulah negara ini akan jatuh ke tangan ektremis Islam.
“Secara peribadi sebagai seorang Melayu saya ingin berkata, syukur kepada tuhan disebabkan ada golongan kafir di dalam negara ini! Syukur kepada Tuhan kerana orang-orang kafir, orang-orang bukan Melayu.
“Sekiranya tidak ada bukan Melayu di negara ini, oh tuhan, tentulah golongan ekstremis ini akan mengambil alih negara ini,” katanya.
Siti Kasim juga merayu kepada golongan bukan Islam untuk menghasilkan lebih ramai zuriat agar dapat mengimbangi masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.
“Tolonglah, kaum Cina, kaum India, tolonglah hasilkan lebih ramai anak. Bukan sekadar seorang atau dua orang. Tolonglah, saya benar-benar merayu kamu semua untuk menghasilkan lebih anak.
“Kita harus menjadikannya seimbang. Ada ramai Melayu seperti saya, cukup ramai, akan tetapi mereka tidak berani untuk tampil ke hadapan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

12 comments:

  1. Blum sakit lagi bolelah..takut Mark tubuh badan serupa haiwan

    ReplyDelete
  2. Dari ayat ayat Siti Mariam tu memnag jelas dia jahil dan aqidah dia terpesong dr landasan sebenar. Harap pihak penguasa jgn gentar dgn manusia spt Siti Mariam ini. Jabatan Agama teruskan tugas anda semoga Allah beri kita kekuatan utk hadapi manusia seperti Siti Mariam.

    ReplyDelete
  3. Orang munafik macamni banyak nk cari publisiti murah..kalau nk conpare do a ni dgn cat steven or.m.jackson ker atau mike tyson siti kassim ni siapa ..tu pasalah bloger dinasihatkan takyah la bawak crita org munafik ni..dia ni cari glamour jer...biarkan dia terima balasan..eh banyak kali dh Allah tu tunjuk balasan kt org macamni...to heran..crita dia ni marikita bakulsampahkan sebab tkda munafaat

    ReplyDelete
  4. True meaning of Kafir
    Kafir is not simply a non muslim....Kafir is one that COVERS up the truth!!

    Classical arabic language that is what a kafir is.....If some one doesnt know the truth then how can they cover it up?!Being simple not muslim does not make one a kafir...What would make one a kaffir is they learn about Islam recognize it is the truth and in insolence turn away from Islam

    a good example of a kafir from the Quran would be pharoh...HE had seen all the signs manifest right before his eyes...He knew Allah was the only God and he covered the truth up because of his arrogance...This is why when he was drowning he said he believed in the God of Moses...So all the time he had been covering up the truth....

    ReplyDelete
  5. Salam. Astaghfirullah . Kalau itulah yang dilafaz dan yang difikirkan terhadap Islam oleh Siti Kaassim, saya rasa dia telah tersasar jauh dari landasan agama Islam sebenar.
    Kalau benar dia telah mentelaah penuh semua Juzuk Al Quran tidak mungkin dia boleh berkata bahawa semuanya adalah mengenai common sense. Kalau semuanya mengenai hukum akal niscaya peristiwa israa dan mikraj pun pasti ditolak oleh akal beliau. Apabila salah satu rukun ditolak dan menafikan firman dalam Al Quran maka tiadalah.beliau tergolong dari umat Muhammad saw Dan Allah SWT juga bukan Tuhan bagi beliau. Apabila akal diangkat menjadi Tuhan, nescaya,api kemusnahan bakal membakar dari dalam .

    ReplyDelete



  6. Ada manusia bahawa beberapa tuhan telah wujud di dunia ini, Firaun pun mengalu dia adalah tuhan Dan beberapa lagi tuhan telah wujud di Greek kunu dan Farsi kunu. Bahkan di Malaysia pun ada tuhan harun, di akhir zaman nanti Dajjal akan menjelma dan mengaku dirinya sebagai tuhan.

    Dikisahkan zaman Khalifah Saidina Ali RA memerintah, ada perdebatan dg seorang atheist, org yg tak percaya kewujudan Tuhan, mereka ini tidak kepada semua Kitab2 dari langit, semua dalil dp AlQuran, Injil atau Taurat mereka tolak.

    So akhir sekali Saidina Ali RA berkata, " Sekiranya apa yang kamu kata betul, maka aku sikit pun tidak rugi selepas mati. Tetapi jika apa yang aku kata betul maka kamulah yg akan rugi setelah mati".


    ReplyDelete
  7. Kesian. Sib baik lah tuhan dia bagi rambut dan murahkan rezeki dia utk kasi kaler rambut tu. Makan pun cukup sampai gendut. Harap dia diberikan kesihatan supaya dlm sisa hidupnya sempat menerima semula hidayah dan kembali kepada fitrah.

    ReplyDelete
  8. Kenapa mufti tidak ambil tindakan? Jelas kenyataan nya, tuhan boleh dicipta. Tiada beza dengan penyembah berhala kerana mebuat berhala sebagai tuhan dan menyembahnya dengan mewujudkan tuhan lain dlm fikiran selain allah.

    ReplyDelete
  9. Dia ni mungkin tak pernah mandi hadas, atau tak tau mandi wajib mcm mane. Tu pasal otak senak, pasal badan kotor. Seseorang tolong la ajar dia pasal agama. Kesian pasal takde org ajar kot sebelum ni. Tu la akibat kejar ilmu dunia je.

    ReplyDelete
  10. +Allah is own this world,not humankind just responsibility to manage only,we all come from biology of prophet Adam,Adam is creation and slave of creator ,we as well a slave of creator...we born n die...return to Allah...to fair of judge ...
    Do not being the loser on here after ,
    Al quran the last revelation replace all old holly scripture
    May us be wise to assess
    This the reason why we choose the truth
    THE EVIDENCE OF TRUTH=INCREASE OUR KNOWLEDGE
    THE TRUE RELIGION of ISLAM.THE ONE ALMIGHTY CREATOR
    Based by all past prophets and messenger of creator// [ NO OTHER GOD BESIDE ALLAH]
    ALLAH The supreme almighty creator owner this all universe
    RELIGION MEANS ADVISE
    Islam means= submit with totally only to the one almighty creator as god is name {Allah]
    Allah the supreme almighty creator says in Al quran
    وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
    "And I created not the jinn and mankind except to worship Me." (QS. Adz Dzariyat: 56).
    Allah Almighty says:
    إن الدين عند الله الإسلام
    Surely religion in the sight of Allah is Islam ... [Ali 'Imran / 3: 19]
    Allah Almighty also says:
    ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين
    And whoever seeks a religion other than Islam, it shall not be accepted, and in the Hereafter he is among the losers. [Ali 'Imran / 3: 85]
    Allah Almighty says:
    أفغير دين الله يبغون وله أسلم من في السماوات والأرض طوعا وكرها وإليه يرجعون

    "So why are they looking for a religion other than the religion of Allah, but what is in the heavens and on the earth submit to Him, (good) willingly or unwillingly, and to Him shall they be returned?" [Ali 'Imran: 83 ]
    Everything that God has created, in the heavens or in the earth, there must be a purpose and wisdom. It is not solely due only for fun only. Even a mosquito was not created in vain. Allah Ta'ala says,
    أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا وأنكم إلينا لا ترجعون
    "Did you think that We had created you in play (only), and that you would not return to Us?" (QS. Al Mukminun: 115).
    "Allah is He Who created seven heavens and the earth a similar number. God commands them, so that you know that Allah has power over all things, and because of God really covers everything. "(QS. Ath Divorces: 12).
    God tells us that the creation of the heavens and the earth, so that people know about the Almighty Allah, that Allah is the owner of the universe with perfect knowledge of God. None of the remnant of God's knowledge and control, because His knowledge encompasses all things
    2. To worship Allah alone chapter al Hajj
    mention father of religion prophet Ibrahim or Abraham
    "O ye who believe! Bow down and prostrate yourselves, and worship your Lord and do good that you may succeed. And strive for Allah with true jihad. He has chosen you and has never not laid upon you in religion any hardship. (Follow) the religion of your father Ibrahim. He (Allah) have named you all the Muslims of the first and (so is) in (Al-Qur'an), so that the Messenger may be a witness against you, and ye be witnesses for mankind! So establish regular prayer, regular charity, and hold fast to Allah. He is the protector, then He is the best protector and best helper. "(Al-Hajj: 77-78)

    This is the main purpose of our mission and this is the main purpose of our resurrection. Our primary purpose is to worship Allah. to show people to the right path, guiding all human goodness, and illuminate the universe with the light of Islam.
    for all my beloved friends do not say the almighty as cruel and creator not tell us about truth....sake seek the truth
    religion or advise of Islam is perfect, cannot be added and subtracted. '.
    Allah Almighty says:
    اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا
    "... This day have I perfected for you your religion and I have given enough all My favor unto you, and I accept Islam as your religion ..." [Al-Maa-Idah: 3]

    ReplyDelete
  11. Pempuan ni orang yang sesat lagi menyesatkan

    ReplyDelete
  12. Sama-sama kita doakan bagi Allah sedarkan dia semula..selagi nyawa dikandung badan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com