innity

pages

Friday, March 10, 2017

[SELEPAS DUN MELAKA, DUN JOHOR PULA] Adun DAP dihalau keluar dewan



JOHOR BAHRU, 9 MAC: Kerana mempersoalkan kenyataan bercanggah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung skandal hartanah negeri, seorang Adun DAP diarahkan keluar dari dewan sebentar tadi.
Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong diminta keluar apabila Speaker DUN, Tan Sri Mohamad Aziz menolak usul tergempar yang meminta Khaled menjelaskan kenyataan bercanggahnya mengenai pelepasan status lot Bumiputera di negeri itu.
Sedangkan, usul tergempar itu adalah mengikut peraturan mesyuarat Majlis-majlis Mesyuarat 32(8).
Tung Siong ketika dihubungi Roketkini berkata, sidang itu sepatutnya digunakan Khaled bagi menjelaskan skandal itu secara terperinci kepada semua wakil rakyat yang mungkin keliru dengan isu tersebut.
Menurutnya, Khaled baru-baru ini memberitahu media hanya 3,000 unit rumah Bumiputera yang ditukar status ke lot antarabangsa sejak 2013.
Namun, berdasarkan jawapan bertulis Khaled kepada Adun Bukit Batu, Jimmy Puah pada April tahun lalu, sebanyak 4,503 unit yang mengalami pelepasan status.
“Kerana itu, wakil-wakil rakyat pembangkang jadi keliru dengan kenyataannya. Bagaimana pula jumlah rumah yang ditukar status itu berkurang sedangkan hampir setahun sudah berlalu?” katanya.
Penolong Setiausaha Organisasi DAP Johor itu menambah, reaksi Kerajaan Negeri Johor yang terlalu pasif dalam menangani penyelewengan kuota Bumiputera terbabit turut menimbulkan persoalan di kalangan Adun.
“Isu ini telah mencemarkan integriti dan ketelusan Kerajaan Negeri, justeru perlu dipulihkan secepat mungkin.
“Tapi dalam kes ini, Khaled tidak pun mengambil langkah yang drastik. Malah, (beliau) berkata serahkan saja siasatan kepada SPRM,” ujarnya.
Wakil pembangkang DUN Johor sebelum ini juga telah mengemukakan usul supaya Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Terpilih bagi menyiasat kes rasuah hartanah itu, namun ditolak Speaker.– Roketkini.com

5 comments:

  1. "Menurutnya, Khaled baru-baru ini memberitahu media hanya 3,000 unit rumah Bumiputera yang ditukar status ke lot antarabangsa sejak 2013.
    Namun, berdasarkan jawapan bertulis Khaled kepada Adun Bukit Batu, Jimmy Puah pada April tahun lalu, sebanyak 4,503 unit yang mengalami pelepasan status"

    Bersedia kah kita orang melayu hanya sekadar melihat sahaja perbuatan pemimpin melayu umno ini?

    Tidak malukah? Tidak mengaibkan kah kamu orang melayu yg mempunyai agama dan nilai2 budaya tinggi melihat sahaja kaum bukan melayu iatu parti DAP,berani tampil, berani berada dihadapan, menegur, mengkritik, bertanya dan membela hak dan maruah orang melayu yg sedang dijual dan dilelong?

    Kita biarkan sahaja pemimpin2 umno hari ini merompak, menyamun dan menipu harta dan hakmilik orang melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus punya provoke bro? malu! malu! malu!. tentulah malu. tapi dalam dunia politik apa2 sahaja isu boleh digunakan. cina kononnya berjuang untuk kelangsungan melayu juga tidak mustahil. ini isu untuk survival politik bro. tapi itulah apa yang aku percaya, dunia politik sentiasa tidak jujur. hanya cari apa yang boleh menguntungkan parti, menguntungkan diri. melayu tipu melayu biasa berlaku. cina tipu melayu juga sentiasa biasa. melayu tipu cina susah nak berjaya sebab cina cerdik mengelak. so, aku rasa kau perlu ada sensitiviti untuk tidak tertipu dengan permainan politik adun dap tersebut. dia kena halau dari dewan tu adalah satu keuntungan survival politik dia. nama dia akan harum dicium ole hidung melayu macam kau. aku pulak tak percaya dengan sebahagian politik umno/melayu tapi susah untuk percaya kejujuran politik dap.

      Delete
    2. betul tu bro..mintak abey li rop (suharli masrop) komen sket..kenapa takda seorg pon wakil frm BN yg persolkan isu ni?kenapa semua senyap? jawapan diorg sure tggu hasil siasatan SPRM..

      kita just nak tau kenapa bole ada percanggahan dgn jumlah rumah yg telah diubah status? mcm mana bole beza dekat seribu lebih? sebagai ketua negeri takkan tak tau fakta yg sebenar? c'mon laa

      Delete
  2. 9.49

    "aku rasa kau perlu ada sensitiviti untuk tidak tertipu dengan permainan politik adun dap tersebut."

    ......

    1.Tunjukkan mana penipuan adun DAP, apabila beliau berkata terdapat perbezaan diantara 3 ribu unit vs. 4503 unit ribu unit hak milik bumiputra bertukar status?

    2.kenapa hak milik bumiputra dijual dilelong? digadaikan? Walau satu unit sekalipun? Kenapa?

    3.bukankah umno telah diberi amanah, kepercayaan menjaga kepentingan melayu dan bumiputra?

    ReplyDelete
  3. 9.49,

    "dia kena halau dari dewan tu adalah satu keuntungan survival politik dia. nama dia akan harum dicium ole hidung melayu macam kau."

    ......

    1.keuntungan survival ahli dap ini atau apa2 sekalipun...tunjukkan, berikan satu contoh, adakah kepimpinan umno berani bersuara menyuarakan ketidakadilan,penyelewengan dan kerakusan yg berleluasa dikalangan umno hari ini?

    2.jika lim kit siang boleh berjanji, bersumpah,menjaga,kebajikan,memertabatkan,memperkasakan, kepentingan, masa depan anak2 melayu, bumiputra, agama, bangsa dan tanahair, kami sokong sepenuhnya jika beliau mahu menjadi perdana menteri malaysia!!

    3.ini kali, kami majoriti rakyat malaysia berjanji akan metalkinkan umno yg sudah KORUP!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com