innity

pages

Wednesday, March 22, 2017

Saya mengaku tak akan undi Umno-BN PRU14 - Nakhaei

Bekas ahli Umno Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menegaskan, tiada alasan kukuh yang boleh dijadikan sandaran untuk beliau terus mengundi BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau yang keluar daripada Pas dan menyertai Umno pada tahun 1989 itu berkata, Umno-BN sudah hilang integriti khususnya selepas dakwaan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi perhatian antarabangsa.
"Dengan jujur saya mengaku tidak akan memberi undi kepada Umno-BN dalam PRU14. Sebabnya saya cukup tak puas hati bagaimana isu 1MDB dikendalikan oleh kerajaan.

"Propagandis kerajaan kelihatan merapu dalam memberi penjelasan mengenai isu ini. Hasil-hasil kajian mengenainya diletak di bawah kawalan OSA, pegawai penyiasat ditamat perkhidmatan, ditukar, tindakan yang kelihatan rahsia nengenai 1MDB hendak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.
"Di luar negara isu ini disenaraikan sebagai skandal rasuah yang memalukan negara," tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau berkata, kerajaan langsung tidak membuat sesuatu untuk membersihkan nama mereka demi maruah negara sekaligus memberi isyarat seolah-olah skandal itu benar berlaku dan rakyat terpaksa menanggung beban daripada hutang akibat kerugian 1MDB.
"Rakyat sudahlah dibebankan dengan cukai GST yang kononnya untuk kepentingan rakyat. Yang pastinya, rakyat membayar lebih dalam semua barangan dan perkhidmatan melainkan harga kangkung.
"Kerajaan memujuk rakyat dengan BR1M. Kononnya kerajaan membantu ketika rakyat dalam kesusahan. Tetapi kerajaan menipu mereka. Mengaut hasil titik peluh mereka berganda dan memulang kembali hanya secebis. Mereka hilang banyak kemudahan yang dinikmati sebelum ini; sebelum GST dikenakan, sebelum subsidi minyak dihapuskan," katanya lagi.
Bekas naib presiden Pas itu meninggalkan Pas dan menyerti Umno pada tahun 1989.
Pada tahun 2014 beliau membuat keputusan meninggalkan Umno meninggalkan Umno pada tahun 2014 selepas menyertai parti itu pada tahun 1989.
Beliau meninggalkan Umno kerana berpandangan parti itu sudah lari dari perjuangan asal iaitu membela nasib Melayu sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan individu.
- Malaysia Dateline

8 comments:

  1. Sebelum artikel di atas, ada tulisan mengenai peguam siti kassim. Saya percaya kurang memahami agama islam dan barangkali tidak pernah mengaji di kelas agama memungkinkan beliau berpendapat sedemikian....saya tak salahkan beliau berpendirian sedemikian.

    Namun, saya agak rasa pelik dan teramat sedih apabila orang yang berpendidkan agama sertsa menjawat jawatan tinggi seperti mufti, menteri hal agama, pegawai jakim, majlis islam dan fatwa kebangsaan dan sebagainya GAGAL melihat YANG MUNGKAR DAN TERUS MEMPERTAHANKAN KE MUNGKARAN TANPA RASA BERSALAH DAN BERDOSA.

    Datuk Mohd Nakhaie Ahmad....saya tabik and kerana berani calling a spade a spade. You may have been with PAS and or UMNO before. Perhaps your conscience drives you to REALITY, TRUTH AND FACTS....Alhamdulillah. Kalau ramai yang sedar dan conscience mereka memandu mereka kepada yang benar.....insyaAllah Malaysia akan kembali ke landasan seperti dulu. Kemusnahan negara dapat dielak walaupun penuh dengan kecederaan yang dahsyat namun boleh diperbaiki sikit demi sedikit.....

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. Kamu yang bebal tapi nak salahkan propaganda yang merapu konon..... pasal GST aja pun dah menampakkan sikap penghasut kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya takut pada Allah swt. I call a spade a spade. In this case a thief is a thief. If you wish to be associated with kemungkaran...itu antara kamu dengan Allah swt.

      Sayang seribu kali sayang mimbar jumaat selalu katakan Ittakullah. Masih ada orang yang pekak walaupun konon berpelajaaran agama setinggi gunung.

      Ceramah agama mengajak kita takut pada Allah dan jangan sesekali bersekongkol dengan munafiq dan syaitan. Bagi yang memahaminya...syukur ke hadrat Allah swt. yANG MASIH MAHU MENEGAK BENANG YANG BASAH.....Hanya Allah yang tahu membalasnya

      Wallahuaklam

      Delete
  3. Harga Kangkong dah turun!!!

    Hahahahaha......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kangkung kecut pasti akan turun.

      Delete
  4. org cerdik je yg nampak..orn umngok yg tolol yg boleh cucuk hidung je yg percaya..terutama kaki jilat dan raja bodek

    ReplyDelete
  5. Ada macai masih tegak kan benang basah...kalau dah penyamun...kamu masih sokong...mungkin kamu juga jenis penyamun....

    ReplyDelete
  6. Thor baek bohhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com