innity

pages

Sunday, March 12, 2017

Salahuddin: Malaysia Terlibat Menjual Senjata dari Korea Utara - Najib Perlu Jawab




Kenyataan Media.

MALAYSIA TERLIBAT MENJUAL SENJATA DARI KOREA UTARA - NAJIB PERLU JAWAB SEGERA.


1. Pihak berkuasa Kerajaan Malaysia perlu memberikan penjelasan kepada rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa bahawa terdapatnya syarikat dan individu yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.

2. Masyarakat antarabangsa umumnya sedia maklum bahawa Korea Utara adalah di antara negara penyangak (rogue state) di mana hubungan diplomatik dan hubungan dagang harus ditangani dengan teliti dan cermat sesuai dengan beberapa konvensyen dan peraturan antarabangsa.

3. Apabila berlaku Krisis Kuala Lumpur - Pyongyang ketika ini akibat pembunuhan politik abang tiri Presiden Korea Utara, ada pihak termasuk Reuters telah dapat menimbulkan beberapa penemuan menarik yang semacam tersembunyi daripada pegetahuan umum sebelum ini seperti kemudahan Imigresen tanpa visa oleh rakyat Korea Utara ke negara ini.

4. Terdapat syarikat yang beroperasi menjual senjata buatan Korea Utara yang juga dimiliki oleh orang kuat sebuah parti politik di negara ini. Dikatakan Korea Utara dapat mewujudkan pusat penjualan senjata mereka di sebuah bangunan di Little India, Kuala Lumpur.

5. Perdana Menteri seharusnya memberikan penjelasan tentang keterlibatan penjualan senjata dari Korea Utara oleh Global Communications Company (Golcom) yang kemudiannya menukar identiti kepada International Golden Services (IGS). Di bawah dagu dan hidung pentadbiran Perdana Menteri mana mungkin Najib boleh menafikan bahawa Malaysia telah menjadi destinasi penjualan senjata haram oleh negara Korea Utara yang bertentangan dengan United Nation Arms Embargo. Ini sudah membawa masalah dan reputasi Malaysia di mata badan dunia tersebut.

6. Dalam ertikata lain, kita sendiri yang membuka ruang untuk orang memasang jebak atau perangkap yang hari ini rakyat dan pegawai kita di Pyongyang yang menjadi taruhan. Rakyat pula diminta bersembahyang hajat untuk menutup segalanya?


SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)
12 Mac 2017.
Parti Amanah Negara

3 comments:

  1. Rakyat bangkit bantah dan demontrasi..guling najib guling najib pecat najib pecat najib...

    ReplyDelete
  2. salam, inilah masalah pemimpin kita diphak pembangkang, suka membuat kenyataan persepsi sahaja, saya dah naik muak dengan kenyataan pm perlu jawab, menteri kena jawab, th kena jawab, sepatutnya cari lah bukti, lepas tu terus buat laporan ke pihak berkenaan baru ade logiknya kita buat demonstrasi beramai ramai, ini menyuruh orang bersalah mengaku bersalah siapa yang nak mengaku, ade bukti orang pun tak mengaku ade video gambar orang pun tak mengaku dan boleh kata macam saya tapi bukan saya. so tuan bawak bukti baru buat kenyataan, kalau lah saya kata nampak orang wajah seperti tuan disiam tapi tuan kena buktikan tuan tidak ade disana tuan marah tak, mestilah marah sama je. so tuan jadi lah pembangkang yang professional dan bermaruah jgn jadi hampeh malu kat orang,

    ReplyDelete
  3. Sama jer dengan kes 1mdb, rahman dahlan dah mengaku pun mo1 tuh bijan 4k, bijan plak mulanya beri pelbagai alasan sampai doj dah beri bukti.

    Sama juga kes jualan senjata, veteran umno dah mengaku jual radio tentera bagi pihak korea utara.

    Bukan takder bukti sahih, org umno sendiri mengaku! Setelah berkali kali tunjuk bukti!

    Umno hari ini bukan menjaga kepentingan orang melayu dan bumiputra.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com