innity

pages

Thursday, March 16, 2017

Remaja Cina pandu lawan arus disahkan pemegang kad OKU


Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang maut, dilaporkan memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kad OKU milik remaja berusia 19 tahun itu tersebar di laman sosial, dikategorikan sebagai mempunyai ‘masalah pembelajaran’.
Memetik laporan portal liberal FMT, pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan bahawa kad OKU yang dimiliki remaja itu adalah sah, dan ia dikeluarkan pada tahun 2011.
“Doktor mencadangkan dia menjalani program pendidikan khas apabila berada di tingkatan satu,” kata pegawai itu.
Perkara sama turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid yang dipetik daripada laporan China Press.
Dilaporkan, seorang mangsa cedera turut mendakwa ibu remaja berkenaan memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian.
Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, seorang pekerja kilang maut apabila kereta Proton Gen2 dipandu melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.
Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal. Ujian air kencing mendapati suspek berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.

4 comments:

  1. smlm ckp uturn sbb lori halang jalan, hari ni tiba timbul kad oku.
    Hmm, Model? OKU? ataupun sbb Model byk 'kenalan diATASnya"? hmm...
    hmmm..yg langgar 14 basikal maut tu apa perkembangan, OKU juga? hmmm
    OKU boleh pandu songsang,? hmmhmmhmm.

    ReplyDelete
  2. Amoi yg langgar 8 orng budak yg naik basikal kat johor tu pun OKU jugak ke? Kes senyap je?apa cerita?

    ReplyDelete
  3. Saman MAK BAPAK dialah sebab dah tahu anak OKU,
    dibenarkan keluar malam-malam, bawak keta sorang-sorang,
    minum arak.

    ReplyDelete
  4. cash is king,malaysia is konk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com