innity

pages

Tuesday, March 28, 2017

Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal?




Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan sama ada campur tangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyebabkan Petronas terpaksa membayar harga minyak mentah dari Saudi Aramco dengan harga lebih mahal.

Rafizi berkata, ini kerana dalam laporan Reuters sebelum ini dengan jelas menyebut bahawa sumbernya menyebut Saudi Aramco menyatakan keputusan menggantung penyertaannya dibuat setelah mereka mendapati pulangan pelaburan yang tidak mencukupi.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan itu berkata rakyat perlu memahami bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh Petronas dan Saudi Aramco melibatkan persetujuan untuk membekalkan minyak mentah yang menjadi bahan asas untuk ditapis dan diproses di kompleks penapisan minyak dan petrokimia (Rapid) di Penggerang.

Oleh itu, Rafizi berkata kebimbangan beliau kini berkisar laporan Reuters dan kenyataan Abdul Rahman yang mendabik dada bahawa campur tangan beliau telah “menyelamatkan” penyertaan Saudi Aramco sekali gus mempersoalkan kemampuan menteri kerajaan itu.

Semalam, Rafizi menggesa Abdul Rahman menjelaskan peranan sebenar beliau dalam 'menyelamatkan' perjanjian pelaburan bernilai AS$7 bilion (RM31 billion) antara Petronas dan Saudi Aramco.

Pada sidang medianya itu, Rafizi merujuk kepada kenyataan Abdul Rahman yang dilaporkan pada Sabtu lalu bahawa beliau berada di tempat dan masa yang betul apabila rundingan perjanjian itu tidak berjalan seperti dirancang.

Oleh demikian, Rafizi sekali lagi mendesak Abdul Rahman untuk berbuat demikian.

Dua hari yang lalu, Abdul Rahman mendedahkan peranan beliau dalam perjanjian pelaburan bernilai AS$7 bilion dengan Saudi Aramco setelah ia tidak berjalan seperti dirancang.

Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan beliau ke Riyadh pada akhir 2016 selepas rundingan perjanjian itu, yang telah berlangsung selama kira-kira dua tahun, berjalan dengan perlahan.

3 comments:

  1. Oleh itu, saya menuntut Dato’ Seri Abdul Rahman Dahlan menjawab soalan-soalan ini:
    1. Berapa dan apa formula minyak mentah yang perlu dibayar oleh PETRONAS kepada Saudi Aramco seperti yang telah dipersetujui dan bagaimanakah ia berbeza dengan harga/formula sebelum campur tangan beliau dan Dato’ Seri Najib?
    2. Apakah peranan yang telah dimainkan beliau dalam merundingakn butiran pulangan pelaburan di antara PETRONAS dan Saudi Aramco sehingga projek yang sebelum itu dikira tidak memberi pulangan yang dikehendaki tiba-tiba memenuhi kriteria pelaburan Saudi Aramco?

    KREDIT : Rafizi Ramli

    .........

    Persoalan utama yg ingin diajukan kepada bijan 4k dan rahman dahlan adalah :

    ADAKAH RAKYAT DAN NEGARA MENDAPAT KERUGIAN HASIL PERJANJIAN INI? DAN ADAKAH SAUDI ARAMCO MENDAPAT KEUNTUNGAN? DISEBALIK ATAS NAMA PELABURAN ARAB SAUDI YG DI WARWAR KAN?

    BIJAN TAK KAN JADI SEBEGINI BODOH HASIL PENAMPAR SEMAH?

    TAK KAN PENAMPAR SEMAH SEHINGGA JADI UTURN 360 DEG. BERPUSING MENJADI SEPERTI PATUNG?

    ReplyDelete
  2. Insyaallah ya allah..hapus lenyap umno bn rahman dahan najibrazak..amin

    ReplyDelete
  3. Mintak maaf bebanyaklah ye. Rahman Dahlan ni dulu dah bangang dan sekarang lagi bangang. Hidup dia ni memang membodek pasal dia pun tahu dia ni bebal. Dahlah bebal dan bahlol, cakap besarlah tu. Aku ni adalah pengalaman sikit berunding dengan Aramco. Arab ni tak peduli langsung org macam rahman dahlan apalagi nak dengar cakap dia rahman bahlol. Tak payahlah nak tunjuk pandai. Berentilah bodohkan rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com