innity

pages

Thursday, March 23, 2017

[PULOK DAH, U-TURN LAGI?] Pas yakin RUU 355 lebih mudah dilulus jika dibentang wakil kerajaan - Takiyuddin


KOTA BHARU: Kesediaan pihak kerajaan membawa usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah - Bidang Kuasa Jenayah atau RUU 355 di Parlimen akan memberi lebih peluang ia diluluskan.

Menurut Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan, ini kerana apabila RUU berkenaan dibawa oleh wakil kerajaan, maka semua ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang terdiri dari ahli Parlimen BN terikat dengan arahan ketua whip BN untuk menyokong usul pindaan berkenaan.

Usul pindaan itu juga akan lebih mudah dibentangkan kerana ia hanya perlu melalui bacaan kali pertama, dan bacaan kali kedua untuk undian, berbanding sekiranya ia dibawa oleh wakil pembangkang, yang perlu notis 14 hari, dan hanya boleh bentangkan selepas rang undang-undang lain wakil kerajaan selesai dibahaskan.

Tambah Takiyuddin, beliau yakin usul pindaan ini akan diluluskan walaupun tanpa sokongan ahli Parlimen dari PKR dan DAP kerana gabungan ahli Parlimen beragama Islam dari BN dan Pas sudah mencukupi untuk mendapatkan majoriti mudah dalam undian pindaan RUU 355 sekiranya ia dibentangkan.

“Saya yakin kita akan dapat cukup (undian daripada) UMNO, Pas. Yang bukan Islam ni mungkin dia tak dating dan tak hadir masa hari pengundian.

“Sebabnya satu lagi aspek, RUU 355 ni apabila lulus, undang-undang ini bukan wajib kepada negeri-negeri, negeri ada pilihan nak guna pakai atau tidak. Kalaulah Pulau Pinang tak nak guna pakai pindaan 355, dia tak perlu ambil, dia guna 356 yang sekarang ni.

“Begitu juga Sarawak. Sarawak kata dia tak setuju. Jadi kita nak beritahu, bukan bermakna bila lulus 355, Sarawak wajib ambil. Tidak, tak wajib,” ujarnya yang menambah semua keputusan adalah di bawah Dewan Undangan Negeri tu sendiri.

Takiyuddin ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah perdana di sini malam tadi.

Jumaat lalu, semasa berucap merasmikan persidangan berkelompok persidangan UMNO cawangan peringkat negeri Terengganu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan  usul pindaan RUU 355 akan dibawa oleh wakil kerajaan BN dalam sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Beliau yang juga ketua whip BN berkata, ia untuk membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan pihak lain. - Astro Awani

1 comment:

  1. Sebelum ni punya lah gebang pas ,siap kerah penyokong turun berdemo ,akhir nya yg kaya tikey jual T shirt ungu .Penyokong pas kena tipu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com