innity

pages

Thursday, March 9, 2017

[PULAK DAH] Rundingan PAS-PPBM: Idris Ahmad tidak tahu dakwaan Muhyiddin

Idris Ahmad tidak tahu menahu dakwaan PPBM yang mengatakan parti Islam itu mahu berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad tidak tahu menahu dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mengatakan parti Islam itu mahu berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Selain tidak tahu bila perbincangan tersebut diadakan, Idris turut menegaskan PAS masih belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung pembahagian kerusi dengan PPBM.

“Belum ada tarikh ditetapkan, untuk tarikh itu kita tidak tahu.

“Pas tak ada kata putus lagi,” jawab ringkas Idris ketika ditemui di Parlimen hari ini.

BACA: PAS jemput PPBM runding pembahagian kerusi PRU - Muhyiddin
Beliau pada masa sama tidak dimaklumkan oleh mana-mana pimpinan PAS berhubung perbincangan kerusi dengan PPBM.

“Mungkin saya terlepas pandang, tapi tak ada (dimaklumkan tentang perbincangan),” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi memaklumkan satu mesyuarat kepimpinan PAS Pusat akan diadakan pada Isnin depan.

Namun, beliau tidak memperincikan agenda mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat PAS di ibu negara.

Semalam, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah mendapat jemputan daripada PAS untuk rundingan agihan kerusi bagi menghadapi PRU14.

5 comments:

  1. Kalau pas masih berkeras Takpe la. Nak buat camne. Rakyat kebanyakan memang harap 1 by 1. Tapi kalau atas 1 kapal terlalu banyak kapten ni la jadinya. Yg kat utara ok, yg kat selatan masih bincang, yg timur KO yg barat pulak tak tau ape cerita. Jadi yg dibawah ni tunggu la mcm tunggu buah jering gugur. Ape pun pandai2 lah korang. Tapi ingat ape pun keputusan, yg terkena tempias tetap kami yg dibawah, Rakyat.

    ReplyDelete
  2. PAS ni sebuah parti sesat yg tidak boleh dibawa berbincang langsung.Parti munafik yang suka berbohong dan suka mempermainkan orang lain.

    Saya berharap sangat kepada kepimpinan PPBM jadikanlah ini adalah kali terakhir berbincang dengan PAS,jika selepas ini masih lagi keluk kelik ayuh tendang saja parti jahat tu....tak perlu dibawa berbincang lagi.Padan dengan muka parti sesat ni sekarang sedang dipermainkan oleh Umno!!...

    ReplyDelete
  3. La nie pihak bunga raya main wayang dan main perang persepsi dan perang saraf, dengan harapan dapat bodohkan orang melayu untuk sokong/simpati dengan pakatan jadah, dan juga untuk huru-hara dan kelirukan orang-orang Pas. Ini semua strategi dan tektik agar dapat sokongan Dap dan pengundi cina.

    ReplyDelete
  4. ahli pas diam diam beralih sokong ppbm.. hanya pemimpin pas masih berangan partinya kuat. anak buah dah macam ikan main arus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli PAS grass root mrk kuat tak senang berubah hati beralih parti mcm ahli umno dan parti baru Bersatu. Jadi percaturan politik tak akan jd semudah idea anda.
      Kalau nak menang PRU kena fikir tindakan dan kesan tindakan. Nasib baik anda tak ada jawatan apa2 dlm parti BERSATU. Kalau tak, BERSATU akan tinggal bendera sahaja.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com