innity

pages

Tuesday, March 14, 2017

PPBM akan sertai GABUNGAN HARAPAN secara rasmi tetapi mahu NAMA,LOGO, Manifesto baru



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengemukakan permohonan rasmi menyertai gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN), tetapi meminta nama itu ditukar.

"Kita (BERSATU) akan menyatakan pada mereka pendirian BERSATU untuk menyertai (HARAPAN) dengan tujuan mungkin menyesuaikan sedikit nama dia.

"(BERSATU) juga bersetuju bahawa polisi yang kita persetujui ialah, kita perlu - selain daripada mengadakan nama yang baru - kita juga ingin ada suatu logo dan simbol untuk (menghadapi) pilihan raya dan mempunyai satu manifesto," kata Tun Dr Mahathir Mohamad di Petaling Jaya hari ini.

Pengerusi BERSATU itu berkata, secara dasarnya BERSATU bersetuju selain nama pakatan baru, mereka juga ingin suatu logo bersama yang baru serta manifesto untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

3 comments:

  1. Apabila Tun mengumumkan penyertaan bersatu dalam gabungan parti pembangkang, rakyat memandang dengan penuh minat dan harapan yang tinggi.

    Rakyat melihat tun sebagai penyelamat kepada keadaan negara hari ini yg sedang berada dalam keadaan bermasalah, tenat, kacau bilau dan di landa pelbagai musibah mala petaka ailih berganti.

    Maka tun adalah tempat letaknya kami bergantung harapan menyelamatkan negara.

    Kami rakyat sudah tepu, tidak dapat mengira betapa banyak bala yg dihadapi dan dibawa oleh pentadbiran bijan 4k.

    Sudah tiba masanya bijan 4k, umno, dan bn diajar dan ditalkinkan kerana parti yg telah banyak berjasa ini rosak akibat perbuatan bijan 4k dan kuncu2nya.

    Sudah pasti kami akan mengundi gabungan parti pembangkang selagi ada nama tun dr nahathir didalamnya.

    Tidak kiralah siapa yg memimpin dan pemimpin gabungan parti pembangkang ini, kerana tugas mereka dan sumpah mereka adalah berkhidmat untuk rakyat dan tidak sekali kali memasukkan berbillion billion didalam akaun peribadi seperti dilakukan oleh bijan 4k.

    rakyat tidak perlu khuathir atau was was jika gabungan kuasa baru memerintah, jawatan Perdana Menteri tetap dipegang kaum melayu dan bumiputra!

    Jaminan GST dihapuskan, BRIM diteruskan malah akan diperbaiki dan ditambah nilai! jaminan ini bukan dari mulut kumbahan bijan 4k yg terkenal dengan kencing kuat merata rata, sebaliknya datang dari tun dr mahathir yg telah terbukti pentadbirannya selama 22 tahun!

    Tun sendiri mengakui sebagai pemimpin beliau tidak sempurna pentadbirannya, ada cacat celanya, tetapi kamu sebagai pemimpin keluarga, pandanglah diri kita rata2 sebagai bapa kepada anak2 kita, adakah kita sempurna?

    Kami mohon kepada mu ya ALLAH SWT agar diberi peluang, merasai, kembali semula zaman kegemilangan Tun Dr Mahathir!

    Ayuh rakyat! INI KALI!(memetik kata YB Lim Kit Siang)...

    TUMBANGKAN BIJAN 4K! UMNO! DAN BN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, Amin, Amin....Ya ALLAH!

      Delete
  2. Jangan kata rakyat Malaysia sahaja yang benci dengan kelakuan MO1 namun seluruh dunia turut membencinya,,kecuali para penerima biasiswa "dedak"........!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com