innity

pages

Friday, March 17, 2017

[PERHIMPUNAN HARAM] Polis: Tiada Permohonan PERMIT untuk Debat Tun M - Nazri



17 Mac (Bernama) -- Polis Perak belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk menganjurkan majlis perdebatan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dirancang minggu depan.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.

"Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.

Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.

Hasnan berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.

Menurutnya, pihak polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Media baru-baru ini melaporkan, Mohamed Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, mengesahkan untuk berdebat dengan Dr Mahathir, iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dalam laporan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa perdebatan itu akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

-- BERNAMA

13 comments:

  1. Sdh dijangka dr awal..nanti akan muncul lg alasan2 lain..biasalah malaysia

    ReplyDelete
  2. 1. Nothing to hide
    2. Not representing govt says Johari
    3. Not involving umno says Annuar
    4. No police permit says PDRM
    5. No preparation required says nazri.

    Think.....

    I have booked my flite to KL to join my friends to attend the debate.
    If cancelled, lose my RM1000 and airticket burn....sigh

    ReplyDelete
  3. Tanda tanda tak akan ada event perdebatan. Lokasi dipilih adalah dilarang. Permit pula tak minta. Siapa yg sebenarnya main wayang?

    ReplyDelete
  4. Nazi pondan,

    Ko jangan berlagak jer dengan perangai samseng baju kolar tinggi dan rantai tebal kat leher.

    Ko jangan jadi macam bijan 4k, dengar je tun hadir forum nothing 2 hide, terus menikus lari lintang pukang sembunyi celah kain semah.

    Ko jangan jadi macam bijan 4k, suruh ali tinju dan samseng2 hadir bikin kecoh forum nothing 2 hide.

    Dan ini resepi bijan 4k paling ummmph,

    Mengarahkan polis halang debat ni dengan alasan takder permit la, mengganggu ketenteraman la dan boleh mengakibatkan negara berada dibawah perintah berkurung atau curfew.(alasan jer)

    Ketua penyamun no 1 negara nih, boleh lakukan apa sahaja jika kedudukan beliau terancam. Perlu diingat bijan 4k mempunyai kuasa esekutif mutlak untuk meletak
    negara dalam perintah berkurung atau curfew.

    Tak percaya?

    Hari ni tali dah tersimpul kuat kat leher bijan 4k tuh, gerak kiri gol, kanan gol, ke depan gol ke belakang.....mati.

    Topik debat?

    1mdb, skandal bmf dan 2.6 billion dalam akaun peribadi bijan 4k!

    Tak tau apa strategi sebenar nazi pondan nih, soh bijan 4k cepat M@# P*S kot???

    ReplyDelete
  5. Nazi pondan,

    Ko nak kena lempang dengan semah ke?

    ReplyDelete
  6. Nazi pondan,

    Ko tau tak? Bijan 4k kena pelempang semah, berpusing UTURN 360 degree!!!

    Bijan tuh kalau citer meme kencing kuat, cakap tun UTURN, tapi dia sendiri kena pukulan semah sampai lunyai!

    ReplyDelete
  7. g le dapatkan permit nazri ooii..tpt ko..ko menteri..senang kawtim..nak lari macam raja kepit le tu...telur tak de..cakap je besar..."nothing to hide version 2???"

    ReplyDelete
  8. "4. Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat."

    : chedet.blog

    .......

    Nazi pondan,

    Ko, kalau nak debat tak perlu beri syarat itu ini, tak perlulah beri syarat tempat tertutup ke, dewan mesti muat hanya 200 org sahaja, tak boleh letak screen besar kat luar dewan, control environment dan terbaru perlu ada permit polis.

    Ehh, ko ni macam puteri gunung ledang plak?

    Takkan orang tua umur 92 tahun pun ko takut? Ko bukan ker samseng umno? Baju Kolar tinggi? Rantai leher,rantai gelang tangan tebal ko mana...? Tak nak tunjuk ibu jari ko?

    Atau ko PONDAN?

    ReplyDelete
  9. Rasenye kalau buat dlm sekolah tak payah permit kot. Cukup mintak kebenaran pengetua sekolah. Dlm dewan pun sama. Kebenaran ketua kampung. Kalau yg tempat publik baru nak permit. Kalau tak silap la. Si nazri ni silap2 tak jadi atau dia umum masuk PPBM. Mane la tau, dia merajuk semua tak support dia. Semua seolah menjauhkan diri. politik ni takde yg kekal.

    ReplyDelete
  10. Ayahanda Tun M dulu masa jadi PM tak mau lak nak berdebat dengan PAS... Sekarang byk berani dengan UMNO bukan Melayu mudah LUPA tapi MAHATHIR yang MUDAH LUPA.... tapi takpa kasi ajaq itu NAZRI mangkuk...

    ReplyDelete
  11. auwww, ab bhanggh, jgn le marrre

    ReplyDelete
  12. KDN dah arah luluskan. Jangan tak jadi. Sapa yang withdraw...says sumpah jadi tugu batu tak berkote.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com