innity

pages

Sunday, March 19, 2017

PAS Permatang Pauh PUTUSKAN Hubungan dengan PKR


Tidak menghormati kerjasama yang terjalin - itu alasan PAS Permatang Pauh hari ini apabila mereka membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata pihaknya tidak senang dengan sikap PKR apabila terus mengadakan kerjasama dengan dua parti seteru mereka iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Omar juga mendakwa PKR menggunakan sebilangan ahli PAS dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka.

"Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli PAS bahawa PKR meminta ahli kami keluar parti dan menyertai mereka bagi tujuan memegang jawatan tertentu dalam kerajaan.

"Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setia kawan dan boleh menjejaskan PAS," katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Seperti beberapa kawasan lain, PAS Permatang Pauh mengadakan mesyuarat tahunan mereka hari ini.

Hubungan PAS Permatang Pauh dengan PKR memang tidak seakrab dulu dan mereka pernah dingin ketika pilihan raya kecil parlimen itu pada April 2015.

Parlimen Permatang Pauh kini diwakili Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Semasa mesyuarat berlangsung usul memutuskan hubungan dengan PKR dibawa perwakilan PAS Cawangan To' Kandu. Malah mereka mencadangkan supaya PAS meletakkan calon di kawasan parlimen serta tiga kawasan dewan undangan negeri (DUN) di bawahnya.

Tiga DUN di bawah Permatang Pauh ialah Seberang Jaya dan Penanti - masing-masing diwakili PKR - dan Permatang Pasir (PAS).

Sinar Harian melaporkan, usul itu diterima sebulat suara.

Kata Omar, PKR dilihat gagal membela serta mempertahankan Islam di Pulau Pinang apabila secara terbuka menurut kehendak DAP.

Omar kemudian mendakwa beberapa fatwa dilengah atau ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui exco agama Pulau Pinang.

"Tindakan PKR itu memberi pelbagai implikasi antaranya merugikan Islam, bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi dan menjejaskan kedudukan PAS untuk berhadapan dengan pengundi Islam dan Melayu di dalam PRU ke-14 kelak," katanya.


Berita ini semasa BENCI UMNO, sekarang TIDAK lagi

Tidak mudah lupa khianat Umno terhadap PAS – Nik Aziz


KOTA BHARU, 22 Jun 2009 (Hrkh) – Kini sudah terbukti Umno terlalu mengharapkan polemik kerajaan perpaduan benar-benar menjadi kenyataan.
Media harian yang menjadi alat kepada Umno mengharapkan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan idea tersebut.
Maka tidak hairanlah apabila ada media membuat tafsiran sendiri Mursyidul Am PAS itu sudah berlembut dengan isu kerajaan perpaduan.
Rencana pengarang akhbar terbabit juga menganggap Menteri Besar Kelantan sudah hilang arah kerana menolak cadangan tersebut.
Sedangkan apa yang berlaku semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau terus istiqomah membantah cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Menteri Besar menafikan tuduhan yang menganggapnya sebagai degil kerana menolak cadangan terbabit, sebaliknya beliau tetap istiqomah dalam perjuangan.
“Ini kerana istilah degil dimaksudkan mempertahankan sesuatu yang salah di sisi agama, namun sekiranya mempertahankan sesuatu yang benar dan hak, ia bererti istiqomah.
“Orang istiqomah dipuji Allah dan mana-mana mereka yang mempertahankan yang hak itu akan mendapat sokongan daripada malaikat secara berterusan.
“Apa yang saya lakukan hanya sekadar mempertahankan keputusan yang dibuat pada muktamar PAS di Ipoh tahun lalu iaitu PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di JKR 10 petang semalam.
Menurut beliau sekiranya ada pihak dalam PAS yang ingin mengadakan hubungan dengan Umno dan pada masa yang sama meneruskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, ia adalah sesuatu yang kacau.
Bagaimanapun katanya sekiranya hasrat itu ingin diteruskan juga, ia harus dibawa dalam Muktamar PAS terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat negeri bersama Pakatan Rakyat.
“Ini tidak, rakan-rakan dalam Pakatan pun marah kepada kita, di mana Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan PAS mesti menjelaskan isu tersebut,” katanya.
Beliau juga turut mempertikaikan kenapa pemimpin PAS yang beriya-iya hendak menjalinkan hubungan dengan pemimpin Umno tidak mendesak pemimpin Umno menukar dasar pentadbiran negara kepada Islam.
Katanya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak boleh membicarakan soal bangsa semata-mata kerana Rasulullah saw tidak pernah mengutamakan bangsa Arab.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, PAS sebenarnya telah berjaya meredakan fobia kaum bukan Islam terhadap agama suci itu.
Ditanya impian Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak yang mengharapkan kerajaan perpaduan dilaksanakan segera, beliau enggan mengulas lanjut.
“Saya tak mahu cakap apa-apa lagi, saya tidak mahu langsung terlibat dengan Umno, biar dia bercakap dengan orang lainlah, tetapi saya nak jaga parti saya mengikut peraturan.
“Jika silap langkah PAS sama PAS berpecah, PAS dengan Pakatan juga berpecah akhirnya Umno akan berpesta di atas apa yang berlaku itu,” ujarnya.
Katanya, PAS selamanya tidak akan mempercayai Umno kerana banyak sejarah yang berlaku tidak memperlihatkan kejujuran pemimpin Umno.
Kata beliau sampai bila-bila pun Umno tidak akan berubah tambahan pula parti itu juga menyingkirkan dengan aib bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Sekiranya Pak Lah boleh mereka tendang, apa lagi PAS yang berada di luar kelompok mereka. Mana ada parti yang sanggup menendang keluar presiden mereka sendiri kecuali Umno,” katanya.
Beliau juga mempertikaikan hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu PAS melupakan sejarah silam yang pernah dilalui ketika bersama Perikatan.
“Ia tidak mudah untuk dilakukan. Oh suruh lupa… oh senang aja suruh lupa, adakah manusia boleh lupa. Ingat ni barang automatik. Kalau lupa tak ada sejarahlah dan tak perlu buat sejarah. Lupa lupa begitu saja.
“Untuk bermaafan biar pemimpin parti itu itu mengaku terlebih dahulu kesalahan mereka lakukan sebelum ini,” katanya.
Katanya, beliau boleh memaafkan sekiranya pemimpin Umno sanggup berbuat demikian. Bagaimanapun beliau yakin Umno tidak akan berbuat demikian

4 comments:

  1. aku dapati ahli-ahli pas sekarng ini ditanamkan pemikiran dengan menyalahkan PKR kerana tidak hormat kerjasama.....aku rasa langkah di permatang pauh ini adalah strategi menanamkan sikap membenci PKR dan DAP agar ahli2 PAS akhirnya bersetuju bahawa parti mereka dianiya oleh pembngkang....dan akhirnya membantu memenangkan UMNO BN dengan pelawanan 3 penjuru akan dapat direalisasikan....stategi ini juga akhirnya membantu meredakan kemaharan ahli pas kepada UMNO yang sejak sekian lama


    walhal pengkhianatan umno suatu masa dulu jauh lebih teruk berbanding apa yg berlaku dalam pembangkang

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Najib dah sangat-sangat tersepit sehingga dia terpaksa beli Pas dengan harga sangat-sangat tinggi,hanya dengan wang manusia akan menjadi buta,, !!
    Yang konon alim boleh bertukar jahil,, yang penting fulus masuk berlimpah ruah,, yang haram pun bisa jadi halal......!!

    ReplyDelete
  3. Kat selangor bila nak putuskan. Jgn cakap hormat mandat rakyat. Pas ni elok pilih samaada nak join PH, umno dan yg ni sesuai, BADUT.

    ReplyDelete
  4. APA PKR PULAU PINANG DAH BUAT
    KG PALA KG KERINCI SUMA DIKHIANAT
    ISLAM DIMULUT PLURALISMA DITAAT
    PRU NANTI RAKYAT AJAR SAMPAI LUMAT...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com