innity

pages

Sunday, March 26, 2017

Nazri, Tadi sungguh-sungguh nak jumpa, dah jumpa diam pula - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Datuk Seri Nazri Aziz yang disifatkannya terlalu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya di Kuala Kangsar pada petang Sabtu. -Bernama

PADANG RENGAS: Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang disifatkannya terlalu bersungguh-sungguh mahu bertemu dengannya di Kuala Kangsar pada petang Sabtu.

Mantan perdana menteri memberitahu dalam pertemuan singkat selama 30 minit itu, beliau tertanya-tanya mengapa Nazri langsung tidak berbual dengannya walaupun sebelum itu Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut menunggu beliau berjam-jam lamanya.

“Hari ini dia (Nazri) bersungguh-sungguh nak jumpa dengan saya, saya pun tak tahu kenapa. Tapi bila jumpa dekat tempat jual cendol, dia tak kata apa pun.

“Nak jumpa tapi tidak cakap kenapa?” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kota Lama Kiri, di sini, pada malam Sabtu.

Tambah Dr Mahathir, Nazri langsung tidak memandang wajahnya dalam pertemuan berkenaan walaupun sebelum itu telah menunggu ketibaan beliau bersama isteri di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah selama empat jam.

“Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja. Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak... saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya,” ujar beliau.

Beliau dalam pada itu turut meragui kebolehan Nazri memimpin negara kerana dakwanya Anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak mampu menjaga serta membangunkan kawasannya sendiri.

“Saya datang ke Padang Rengas nak lihat kawasan menteri (tapi) tak nampak macam kawasan menteri, kawasan sendiri pun tak tahu jaga,” katanya lagi.

Pada petang Sabtu, Dr Mahathir dan Nazri telah meluangkan masa bersama hampir 30 minit di sebuah gerai cendol di Lembah Sungai Perak.

Kedua-dua ahli politik itu sebelum ini dijadualkan berdebat di MRSM Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu namun ditunda pada 7 April depan kerana gagal mendapatkan permit daripada pihak berkuasa. - Astro Awani

15 comments:

  1. Macam ayam sabung... belum masuk gelanggang dah mengepak2 bangga..... bukan main bongkak yer..... sukahatilah Tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ke bangang nye lar komen ko nie suharli masrop..

      Tun cuma mengulas kedatangan nazri jer..

      Apa yg tun ulas adlh apa yg blaku antara mereka bdua di pertemuan tsebut..

      Jika dh mmg si nazri tue dh x ckp apa2.. Betul lar kata tun..

      Sekiranya x betul.. Kita nantikan jawapan balas nazri..

      Yg ko nak berkokok mcm ayam sabung menyabung tue kenapa..

      Tun hanya ulas apa yg berlaku ketika itu.. Tidak nmpak pun tun mengepak2 bangga atau bsikap bongkak..

      Yg aku nmpak, nazri sgt pelik jika betul lar kata tun itu..

      # nantikan jawapan balas nazri..

      Delete
    2. Bangang kau ni ..takyah komenlah. Suharli maarop

      Delete
    3. Suharli,

      Itulah Allah nak tunjuk yang mana dewasa dan yang mana budak hingusan.

      Budak hingusan suka memekik melolong kononnya macho, gah, berani macam jaguh kampung.

      Yang dewasa, cool and composed, full of wisdom.

      A show of highly experienced statesman and a fool who think he is handsome but no grey matter.

      Delete
    4. Sukahati kepala bapak kau suharli ...

      Delete
    5. Suharli ini terencat akal orangnya,, cakap macam orang mabuk brandy

      Delete
    6. yang macam ayam sabung tu si Nazri.dah tau debat x adakan kat situ dok tunggu berjam kat tengah panas tu pasal apa?dah tu si nazri tu yang macam ayam sabung bila terus bergeraka ke tempat tun berada seolah-olah dah x sabar nak berlaga.tapi bila dah berdepan,terus kecut.

      Delete
  2. samseng taek minyak jampi.kincin lobai

    ReplyDelete
  3. Kawasan tercemar habuk kilang simen YTL kat Pdg Rengas tu, beruk dan monyet pun tak mau duduk... kasihan manusia2 yg tinggal disana. Intervension Najib sangat diharapkan... Harap MP kat situ mcm haram jadah!!!!!

    ReplyDelete
  4. Nazri ni menteri pelancungan ..dia nak bagitau tun yg sebelah kedai cendol tu sungai perak. Itu pun taraf dia kalau banding ngan tun. Cakap macam petir tapi bila jumpa org jadi tikus. Tulah nazri aziz. Sokong boss dia bagai nak gila walaupun dia tau boss dia pencuri

    ReplyDelete
  5. Tunggu 7 hb ni la bodooo.... sapa tg bising sapa yg bisu... dah 91 tahun dah pergi check dulu kat umah mamak ni dulu anak perempuan marina tu elok bawak bawak belajar mengaji dan ajar mengucap 3 jali syahadah lagi bagus dari jadi barua dan anjing Singapork melalui proksinya DAP..... balik umahh ajar anak perempuan mengucap lagi bagus... kubo dan panggil dng suara nyaring ssgt dah tuhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dgn anak dia buka sekepala..mmg zaman dr m dlm kerajaan lg anak dia mmg tak sebulu dgn dia.tak tau ka? plus anak dia dah akil baligh.bukan tanggung jawab dia lg..bang, belajar islam biar secara keseluruhan..jgn ambik sekerat-sekerat.

      dia kerjasama dgn DAP bukan sebab dia sokong DAP..kalau tak paham konsep geopolitik Malaysia jgn komen..

      enemy of my enemy is my friend ->two opposing parties can or should work together against a common enemy or that they are also enemies. got it? kalau tak paham buka dictionary or google translate..

      Delete
  6. hati niat lain..mulut cakap lain..otak fikir lain.. sebab itu sikap dia kelihatan agak pelik..

    ReplyDelete
  7. Mungkin perasaan bersalah dan hormat menguasai. Mcm marah seorang anak pada bapa. Berapa lama nak simpan. Tapi apa yg dia nak marah dgn kat Tun.

    ReplyDelete
  8. Nazri cakap, ITU SUNGEI PERAK.
    Tun patut jawabg, INI CENDOL............hehehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com