innity

pages

Saturday, March 4, 2017

Nazri CABAR Dr Mahathir, Muhyiddin bertanding di Padang Rengas

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen Padang Rengas pada PRU14. - Gambar fail
PADANG RENGAS: Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Nazri, juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, membuat cabaran itu selepas dimaklumkan Dr Mahathir akan turun ke Padang Rengas bagi menyertai siri jelajah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hujung bulan ini.

Katanya sekiranya Dr Mahathir enggan bertanding di Padang Rengas, cabaran tersebut dibuka kepada Presiden Penaja PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya difahamkan Muhyiddin akan datang ke sini pada 23 Mac ini dan diikuti oleh Dr Mahathir pada 25 Mac.
"Saya nak ucapkan selamat datang dan saya alu-alukan mereka tetapi jangan hanya datang...mereka mesti bertanding di Padang Rengas, lagi elok kalau Mahathir bertanding tapi kalau tak boleh biar Muhyiddin lawan saya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan pemimpin bersama Ahli Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Padang Rengas di Dewan Pusat Khidmat Kampung Kubang Panjang di sini, hari ini.

-- BERNAMA

7 comments:

  1. Kalau sapa2 nak cari orang bodoh sombong yang asli nak buat menurun no.ekor atau nak buat tokkong inilah orangnya

    ReplyDelete
  2. Sombong dan bongkak adalah pemikiran si nazi ni, insya Allah jika kita melakukan koordinasi nazi boleh ditumbangkan.

    Nazi dari dulu SOP apabila tiba Pilihanraya dikawasannya adalah, menyogok wang dan habuan kepada ketua cawangan, ketua kampung dan penduduk kampung.

    INI KALI,

    kepada seluruh rakyat marhaen sekalian....

    1. Ambil jika di beri habuan dan wang
    2. Ingat janji dan jaminan Tun dr mahathir, GST dihapuskan, BRIM di tambah baik apabila parti pembangkang menang pada PRU akan datang.
    3. Undi parti pembangkang tidak mengira warna mereka.
    4. Pemimpin yg baru wajib mempunyai intergriti, bersih, cekap dan amanah.

    ReplyDelete
  3. Nazri ..insyallah kalah muflis terus

    ReplyDelete
  4. Nazri...oh nazri...mana la ada standard nak letak Tun M dgn muhyidin lawan kamu. Kamu dlm UMNO pun tak menang. Dpt jawatan percuma.

    Level Kamu layak lawan dgn pak man telo je, pandai putar sana sini.

    ReplyDelete
  5. JANGAN TERLALU BONGKAK DAN EGO....ALLAH MAHA MENGETAHUI......AKAN KEBONGKAKAN DAN KEEGOAAN MANUSIA DI MUKA BUMI INI...... JANGAN DAH TERDUDK BARU HENDAK INGAT KEPADA ALLAH.....

    ReplyDelete
  6. GST dihapus, BRIM di tambah,... Ini baru betul2 muflis.

    ReplyDelete
  7. Anjing kurap dia ..kaki betina dam mewah dgn duit haram. Bongkaklah selagi boleh. Insyaallah mati aib dia ni ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com