innity

pages

Friday, March 31, 2017

Najib tak tamat belajar?


KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1438H, Khamis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa gagal menamatkan pengajian di Universiti Nottingham di England pada 1974.
Dakwaan itu dilemparkan oleh salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Abdul Rahman Mohd Noor menerusi sebuah video berdurasi 2:52 minit.
Abdul Rahman mendakwa, beliau berada di UK pada masa itu dan Najib tidak menduduki peperiksaan akhir di University of Nottingham. 
Beliau mendakwa mendapat maklumat itu ketika bertugas sebagai atase pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Britain selama lima tahun selepas tamat belajar dari Universiti Malaya pada 1972.
Dalam video tersebut, Abdul Rahman turut mendakwa bahawa beliau sedia mencabar Pengerusi BN itu di kerusi Parlimen Pekan pada PRU ke-14 nanti.
Menafikan dakwaan tersebut, Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib menyifatkan ia sebagai penipuan dan fitnah terdesak PPBM melemahkan pengaruh BN.
“Saya nak menjawab tuduhan bagi tuduhan yang nampak sangat bohong ni. Kalau nak bertanding awal-awal lagi dah nak membohongi saya tak boleh nak terimalah sebagai pemimpin.
“Ini saya tidak boleh terima. Saya nak jelaskan di sini kenyataan itu seratus peratus adalah bohong. Semasa saya berkhidmat di London, Datuk Najib ada datang sebagai alumni di Universiti Nottingham, takkan dia dapat pergi majlis itu sekiranya dia tidak tamat belajar?,” soalnya dalam satu video yang dimuatnaik ke Youtube.
Mengulas lanjut Ahmad Azmey berkata, beliau sendiri pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London ketika Najib berada di negara berkenaan untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi di universiti berprestij tersebut.
Bahkan, Ahmad Azmey menjelaskan bahawa untuk memasuki Universiti Nottingham juga bukan mudah dan calon disaring ketat mesti memperoleh keputusan cemerlang di peringkat A-Level.
“Najib sebenarnya berjaya menamatkan pengajian menerusi bidang Industrial Economics daripada Universiti Nottingham pada 1974 sebelum pulang ke tanah air untuk aktif dalam politik di Malaysia lebih daripada 40 tahun,” katanya.
Semakan secara langsung dengan laman web rasmi University of Nottingham turut mengesahkan bahawa Najib merupakan alumninya: http://www.nottingham.ac.uk/news/pressreleases/2009/april/alumnusbecomesprimeministerofmalaysia.aspx

13 comments:

  1. Apa susah..tunjuk jer lar scroll

    ReplyDelete
  2. Nak jadi ahli alumni ni bayar yuran pun dah cukup. Habis ke tak abis belajar tu belakang cerita. Najib tak abis belajar. Tun Razak meninggal masa dia tengah belajar. Lepas tu terus bertanding polihanraya. Bila masa lak dia sambung belajar. Takut sangat kena fitnah, beli jelah macam azeeeeeeez rahim. Nak Phd pun boleh. Duit samun 1mdb banyak lagi. Bayar jelah ..

    ReplyDelete
  3. menimbulkan persepsi negatif dan berbohong tu dah jadi modus operandi pembangkang. yang peliknya ahli bersatu adalah berasal dari penyokong parti pemerintah, namun bila dah bergelar pembangkang maka pembohongan terpilih menjadi ulam-ulaman. pelik sungguh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi, benyai! saman la. Alumni aluminiun tak pakai. Saman la. Takuut jugak?!...hmmm, king of cin

      Delete
  4. Nk jd alumni tak perlu tamat belajar pun.
    Alasan tak reliven.

    ReplyDelete
  5. Support Rahman jpc.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  6. Serba serbi membohong si MO1 ini.......!!
    Sudah menjadi darah daging sifat pembohong dalam dirinya.......!!

    ReplyDelete
  7. Support Rahman Jpc.
    .. tunjuk sj la scroll, apa? baru nk print?
    Ingat Aluminium tak cukup utk bujti taww? Dont be noti tipu tipi.
    Agak2 la nk kingcin yer.

    ReplyDelete
  8. Najib dan kuncu2....please sue dato Frahman jpc if he has slandered Najib. Otherwise STFU

    ReplyDelete
  9. Sokong pak Rahman..ayuh cabar najib diPekan.

    ReplyDelete
  10. Su pekan azmey..makan taik umno..punya orang

    ReplyDelete
  11. berapa umur najib ms dia msk U? bila ms dia amek A level? berapa umur dia ketika kononnya dia grad? x kn najib terlalu bijak. 26 - 9 pn dia x tau. susun bata pn x reti. ade org caye ke dia bijak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com