innity

pages

Saturday, March 4, 2017

Mufti Perlis Ulas Pertemuan dengan Ketua Penerangan Ulama PAS


Banyak pihak bertanya tentang kunjungan (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ke kediaman saya. 
Apakah isi yang dibincangkan.
Beliau sebagai sahabat secara peribadi memohon maaf atas perkataan yang kurang sesuai. Katanya, ia ketika dalam satu 'suasana'.
Saya menegaskan, seperti yang saya jelaskan dalam artikel sejak sekian lama, bukan isu sebat zina, qazaf dan arak. Isu yang dibangkitkan ialah 30 tahun dan 100k denda.
Ini kerana di bawah mahkamah syariah kesalahannya terbatas. Sebahagiannya bersifat undang-undang yang boleh dipolemikkan dan boleh bersifat sektarian.
Ini seperti poligami tanpa izin, ceramah tanpa tauliah, pandangan agama yang menyanggahi fatwa negeri dll. Banyak lagi undang-undang baru yang boleh dibuat oleh pihak berkuasa agama.
Setiap negeri ada kuasa tersendiri dan tidak seragam. Di beberapa sudut, ia tidak sama dengan cara parlimen menggubal undang-undang.
Hal ini boleh disalahgunakan jika tidak berhati-hati. Maka, kenapa jika betul nak buat hukum yang ada secara jelas dalam Quran dan hadis; perlu ditambah 30 tahun penjara dan RM100,000 denda?
YB Dr Khairuddin secara umum bersetuju hak mengkritik dalam hal tersebut.
Saya jelaskan kepadanya jika hanya untuk kepentingan peribadi, saya suka dengan pindaan itu secara yang PAS cadangkan. Ia boleh menambahkan kuasa saya di sudut undang-undang. Namun saya berfikir untuk Malaysia secara umumnya.
Soal debat saya dengan beliau tidak timbul seperti yang beliau sebutkan. Namun beliau bersetuju secara umum meneruskan dialog ataupun muzakarah dengan Dr Rozaimi jika perlu.
Diolog saya dengan Presiden PAS tidak dibincangkan. Pertemuan dalam suasana sahabat dan ukhuwwah.

DATUK DR ASRI ZAINUL ABIDIN adalah Mufti Perlis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com