innity

pages

Wednesday, March 8, 2017

"Minat Sangat, sekarang DRAMA KOREA sudah di depan mata"


Ketegangan terus melanda hubungan Malaysia-Korea Utara.
Bagaimanapun, di media sosial, berlaku kebanjiran pelbagai reaksi spontan – antaranya sedih, marah dan takut.
Naib Presiden PAS Iskandar Samad antara yang mengulas keadaan itu, dengan sudut pandangnya tersendiri.
Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Selangor mengaitkan apa yang berlaku dengan minat mendalam rakyat Malaysia terhadap drama-drama Korea.
“Rakyat Malaysia minat sangat dengan drama Korea, sekarang drama Korea depan mata kita,” tulisnya di Facebook.
Antara drama-drama terkenal Korea termasuklah Winter Sonata (2002), Autumn in My Heart(2000) dan Descendants of the Sun (2016).

Bagaimanapun semua ini dihasilkan oleh syarikat Korea Selatan, bukan jirannya Korea Utara.
Ketegangan kedua-dua negara bermula apabila Korea Utara mempersoalkan siasatan Malaysia terhadap pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin republik itu Jong-an.
Ketegangan itu membawa kepada sekatan keluar negara kepada rakyat Malaysia di Korea Utara dan dibalas tindakan sama oleh Malaysia.

Ia juga memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincangkan isu keselamatan dengan negara kuasa nuklear itu.
Patriotisme untungkan pemerintah
Dalam siri tulisan ringkas di Facebook, Iskandar membayangkan bahawa isu patriotisme selalunya akan menguntungkan pemerintah.

Beliau mengimbau pengalamannya ketika belajar di United Kingdom (UK) apabila perdana menterinya ketika itu Margaret Thatcher dikecam kerana masalah pengangguran.
“Tetapi tiba-tiba Argentina serang Falklands. Thatcher hantar tentera dan kalahkan Argentina. Thatcher pun menang besar pada pilihan raya selepas itu,” coretnya.
Jsuteru, dalam status lain, beliau berkata, “kita akan pertahankan kedaulatan negara tetapi kita tidak akan lupa dosa-dosa BN”.
“Apa akan jadi lepas ini?
“PRC (Republik Rakyat China) akan jadi orang tengah, orang Umno akan terbang ke Pyongyang dan bawa balik orang kita, kita semua akan berterima kasih dan berhenti mempersoalkan pelaburan PRC di sini, dan mengundi BN,” sindirnya.
Kerajaan Malaysia berdepan kritikan pembangkang susulan kemasukan pelaburan besar China ke negara ini. - MK

2 comments:

  1. Itu lah kebimbangan kita,sekali lagi komunis Cina akan ambil kesempatan .Kerajaan kleptrokrasi pun akan serah segala gala nya

    ReplyDelete
  2. Mcm drama sulu pru13 kn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com