innity

pages

Tuesday, March 28, 2017

[MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara?


Kerajaan belum membuat keputusan untuk menutup 30 pejabat kedutaan Malaysia di luar negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. 

Beliau berkata, kajian mengenai perkara itu dilakukan secara berkala bagi menilai keperluan mengekalkan pejabat kedutaan Malaysia di luar negara. 

Katanya, Malaysia memiliki 108 pejabat kedutaan di luar negara tetapi jumlah itu tidak melambangkan hubungan yang substantif antara negara terbabit. 

"Untuk makluman, ada negara seperti Singapura yang hanya ada 80 pejabat kedutaan, manakala Indonesia memiliki lebih sedikit kerana mereka 10 tahun lebih awal merdeka, Thailand ada 102 dan Filipina memiliki lebih sedikit dari kita. 

"Kadang-kadang kita lihat ada negara yang tiada keperluan (ada pejabat kedutaan Malaysia) tetapi tidak bermakna kita tidak ada wakil, kadang-kadang ada duta untuk membolehkan hubungan dua negara tetap terpelihara. 

"Saya boleh nyatakan ketika ini tiada sebarang keputusan untuk menutup 30 pejabat kedutaan kita di luar negara," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. 

Terdahulu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN-Kuala Terengganu) pada sesi perbahasan membangkitkan isu mengenai cadangan kerajaan mempertimbangkan penutupan 30 pejabat kedutaan Malaysia di luar negara. 

Beliau berkata, perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini. 

"Tindakan ini akan menjejaskan operasi dan juga kepercayaan negara luar mengenai kehadiran Malaysia di negara berkenaan," katanya.

6 comments:

  1. Tengok roper macam hantu x cukup vitamin

    ReplyDelete
  2. Tutup jelah, staf kedutaan bukan ada kerja pun lebih kpd makan angin di negara org. Bila blk msia sombong mcm bagus sgt kerja dgn kedutaan..boleh jalann lah.

    ReplyDelete
  3. This bloody ex PAC traitor, you are actually telling the whole nation that the country has no money, yet giving shits as reasons.

    Just wonder when you and nur jazlan will repent over your sins when leaving PAC.

    ReplyDelete
  4. Rezal merican...dom meriam je budak ..legam ni

    ReplyDelete
  5. Bila negara dipimpin org lembab dan kenyang. Tak reti pentingnya kedutaan

    ReplyDelete
  6. Rezal siamang ni memang patut berenti dulu. Dia ni hampas dan hidup bodek bolehlah. Otak pun bukan ada sangat. Dia ni tambah bini bolehlah. Lain dari tu memang buang duit rakyat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com