innity

pages

Wednesday, March 8, 2017

Ketua PEMUDA UMNO bahagian, teman wanita DITAHAN REMAN


Seorang ketua Pemuda Umno bahagian di Johor ditahan reman bersama teman wanitanya bagi membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) 
Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan tahanan reman selama tiga hari  terhadap suspek yang berumur 41 hingga 43 tahun bermula hari ini sehingga Jumaat.
Keputusan berkenaan dibuat hakim Majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.
Lelaki bersama peniaga wanita itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret kira-kira jam 3 petang dengan berpakaian lokap berwarna unggu dan diiringi beberapa anggota polis.
Terdahulu, kedua-dua suspek ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri kira-kira jam 5 petang semalam untuk diambil keterangan.
Kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki RMMJ melibatkan empat mangsa dengan jumlah kerugian RM120,000 sejak tahun lalu.
Difahamkan penipuan itu terbongkar selepas mangsa mendapati namanya tidak terdapat dalam rekod permohonan selepas membuat semakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 

6 comments:

  1. Mana bulldog tengku palsu adnan? Berita ini tak sahih sebab rasuah bukan budaya umno...hehehe

    ReplyDelete
  2. shove this news to Ku Nan's arse hole. Konon bukan culture UMNO....piiirraaah

    ReplyDelete
  3. Who in umno are confirmed and proven great liars?

    Najib and his RM2.6 bil donation
    Zahud and his alleged meeting with the arab donor/arab donors/arab donor (pick your choice)
    Bulldog Nan and his CORRUPTION not A CULTURE in Umno....hahaha

    ReplyDelete
  4. Tidak pernah umno sebegitu buruk seperti hari ini.

    ReplyDelete
  5. Johor exco member Abdul Latif Bandi has been arrested in relation to a probe concerning housing and land issues.

    According to Star Online, he was arrested at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) office in Johor Baru where he was being questioned this morning.



    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/375063#ixzz4anYoUamj

    Tangkap lagi....sapa? Orang Umno. Sapa?....orang umno. Sapa?....orang umno.

    I ingat umno ni bel bangsa, agama dan negara...ishh ishh

    ReplyDelete
  6. Ku Nan mana, mana Ku Nan?

    Dah macam budaya umno dah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com