innity

pages

Wednesday, March 15, 2017

"Kenapa syarikat itu DITUTUP TIBA2 sejurus kes pembunuhan Kim Jong Nam?"


Parti Amanah Negara (AMANAH) menghantar memorandum menggesa ketua polis negara menjelaskan segera mengenai kewujudan syarikat senjata yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara.
Timbalan presidennya Salahuddin Ayub menuntut Sri Khalid Abu Bakar memberi penjelasan dalam tempoh tiga hari terhadap laporan bersumberkan agensi berita antarabangsa Reuters.
"AMANAH menggesa Khalid memberi penjelasan segera dan siasat tentang dakwaan media antarabangsa terhadap penglibatan Malaysia dalam penjualan senjata haram Korea Utara.
"Bagaimana syarikat tersebut pernah beroperasi secara sah di Malaysia dan adakah pihak polis mengetahui kewujudan syarikat tersebut?
"Kenapa syarikat yang didakwa tersebut ditutup secara tiba-tiba sejurus kes pembunuhan Kim Jong Nam?" memorandum itu dipetik.
Salahuddin menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai bahagian komunikasi korporat, di Bukit Aman.
Beliau juga membangkitkan penglibatan orang politik yang dikaitkan dengan syarikat-syarikat berkaitan.
Syarikat itu dilapor beralamat di Brickfields, Kuala Lumpur. - MK

1 comment:

  1. Nanti jawan macai....syarikat ditutup adalah perkar biasa..hari2 ada syarikat ditutup...huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com