innity

pages

Thursday, March 9, 2017

Kenapa Ah Long SUKAR DITANGKAP Sedangkan No. Telefon pada IKLAN

IPOH: Kebanyakan pemilik nombor telefon yang tertera pada poster pinjaman wang tanpa lesen atau ah long di Perak tidak didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran yang betul, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Lee Ewe Kiang.
Beliau berkata kebanyakan pendaftaran pemilik nombor telefon langsung tiada kaitan dengan ah long, malah terdapat antaranya terdiri daripada penagih, pendatang asing serta identiti yang tidak dikenal pasti.
“Ada pihak yang mempersoalkan kenapa kami (polis) tidak mengambil tindakan terhadap pemilik nombor telefon yang tertera pada banner.
“Saya menegaskan pihak kami membuat semakan serta risikan dan mendapati nombor-nombor itu tidak didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran yang betul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lee berkata polis Perak memandang serius isu ah long terutama yang menggantung banner di kawasan perumahan dengan membuat pemantauan berterusan selain tangkapan.
Katanya sepanjang tahun lalu, polis Perak menerima sebanyak 194 aduan berkaitan ah long dan daripada jumlah itu, 117 tangkapan dibuat dengan 4 daripadanya ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).
“Sepanjang tahun ini pula sebanyak 30 aduan diterima dengan 10 tangkapan telah dibuat dan kami mempunyai empat lagi sasaran untuk diambil tindakan di bawah Poca,” katanya.
Beliau berkata polis turut menjalankan operasi bersepadu menurunkan banner dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan sepanjang tahun ini sebanyak 3 operasi telah dijalankan. - FMT

3 comments:

  1. tak logik lah alasan polis ni, tak kesah lah daftar kan atas nama sapa pon, ko call no tu, lepas gi jumpa je lah ahlong tu

    ReplyDelete
  2. Aku pernah kol no ahlong ni, tup tup diaorg smpi kat kita, no kita diaorg boleh trace beb...

    ReplyDelete
  3. Bukan saje menteri banyak yang b...
    h
    Polis pun 2x5

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com