innity

pages

Sunday, March 5, 2017

kembalikan subsidi minyak,Beri baucer khas


Pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Sulaiman, bahawa harga siling minyak akandiumumkan pada setiap minggu bakal menambah beban hidup rakyat yang sudah terseksa dengan kenaikan kos sara hidup, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), salah urus tadbir negara, korupsi dan penyelewengan.
Kerajaan BN menjadikan rakyat sebagai mangsa kepincangan tatakelola pentadbiran negara. Kerajaan hari ini tiada cara lain untuk menampung keperluan kantung negara selain daripada menghisap wang rakyat.
Melalui dasar terbaru itu kerajaan akan memperolehi keuntungan yang lebih kerana harga minyak berubah pada setiap minggu berbanding bulanan seperti yang dilaksanakan selama ini.
Penetapan harga siling minyak secara mingguan ini pasti akan menjejaskan bajet rakyat yang kini masih terawang-awang mengenai pelaksanaan dasar yang menyebabkan harga minyak boleh berubah setiap minggu.
Kesenjangan pendapatan dan perbelanjaan akan berlaku kerana rakyat negara ini dibayar gaji secara bulanan. Justeru sukar bagi mereka membuat anggaran perbelanjaan kerana harga minyak akan berubah setiap minggu.
Selain seperti mencurah garam ke atas luka rakyat, perubahan harga minyak umpama kepingan domino yang memberi kesan kepada harga barangan lain.
Pada masa sama, agak mustahil peniaga sektor menurunkan harga barangan jika harga minyak turun pada minggu tertentu.
Kesannya, rakyat akan terus terbeban dengan kenaikan harga barangan.
Justeru, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mendesak kerajaan memberikan baucer bulanan khas kepada golongan B40 dan M40 bagi membantu mereka jika harga minyak naik melepasi harga tertentu.
Syarat kelayakan bagi penerima baucer ini pula boleh ditetapkan kerajaan.
Pemuda AMANAH juga mendesak kerajaan supaya mendedahkan dengan telus mekanisme pengiraan harga minyak, serta jumlah "cukai minyak" yang diambil oleh mereka daripada rakyat sejak pemansuhan subsidi sebelum ini.
Kerajaan BN tidak seharusnya berlepas tangan begitu saja dengan menyalahkan kenaikan harga minyak mentah sebagai alasan penetapan harga minyak secara mingguan.
Maka, Pemuda AMANAH mengulangi gesaan agar kerajaan mengembalikan subsidi minyak agar bebanan rakyat dapat dikurangkan.

FAIZ FADZIL ialah timbalan ketua pemuda AMANAH.

3 comments:

  1. pandangan aku;
    i. tak perlu beri baucer sebab ada potensi penyelewengan
    ii. tetapkan harga siling minyak. jika harga minyak naik maka lebihan harga ditanggung oleh subsdi dari kerajaan
    iii. melalui harga siling maka syarikat2 minyak dibenarkan bersaing untuk mendapatkan pelanggan. syarikat minyak dibenarkan untuk menurunkan harga minyak untuk menarik pelanggan. pemberian insentif oleh syarikat minyak juga wajar dibenarkan kepad pelanggan masing2.

    bukan susahpun nak sejukkan hati rakyat yang terbeban ni tapi kekadang menteri kehilangan akal, tak boleh berfikir dengan baik. poket rakyat yang tidak dijaga oleh kerajaan sehingga makin mengempis akan memeberi kesan kepada senario politik. kerajaan tak percaya? cubalah buat bodoh...

    ReplyDelete
  2. Tambah saja ke akaun BRIM tu, mudah saja kan?

    ReplyDelete
  3. Matilah umno bn..hapus lenyap ..ya allah amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com