innity

pages

Friday, March 10, 2017

[KAFIR SALAH SATU DARI 8 ASNAF?] Perlis benarkan hasil zakat diedarkan kepada bukan Islam

Perlis mengambil ketetapan membenarkan hasil pungutan zakat diedarkan kepada bukan Islam, negeri pertama yang mengambil pendirian sedemikian.
Ia diumumkan Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, susulan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 3 Feb lalu.

Mesyuarat itu antara lain berpandangan bukan Islam tergolong sebagai salah satu daripada 8 asnaf (golongan layak menerima zakat).
Menurutnya, bukan Muslim boleh dikategorikan sebagai “muallafah qulubuhum” atau golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.
“Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan Muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih,” menurut kenyataan Jabatan Mufti Negeri Perlis yang dimuat naik Asri hari ini.
Zakat merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam.
Lapan asnaf zakat ialah golongan fakir, miskin, petugas pungutan zakat, muallaf, riqab (mereka yang terbelenggu di bawah suatu kuasa), gharimin (penghutang yang tidak dapat membayar hutang), fisabilillah (mereka yang berjuang menegakkan agama Allah), dan Ibnus Sabil (mereka yang terputus bekalan dalam pengembaraan). - FMT

2 comments:

  1. berat tanggungan. maknanya mufti perlis nekad benar dengan fatwanya. berani buat berani tanggung.

    ReplyDelete
  2. Kafir tu miskin dan perlu dibantu.. Tpi pukul keliling Perlis bantu org Islam dulu, kmudian baru bantu kafir

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com