innity

pages

Wednesday, March 8, 2017

JAWAPAN PARLIMEN: Lebih 1,000 penjawat awam bankrap tahun lalu


KUALA LUMPUR - Seramai 1,093 penjawat awam diisytihar bankrap tahun lalu berbanding 960 orang tahun sebelumnya, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, 606 kes kebankrapan melibatkan golongan itu direkodkan pada 2014 dan 617 pada 2013, menjadikan 3,276 penjawat awam diisytihar bankrap dari 2013 hingga 2016.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, rekod Jabatan Insolvensi Malaysia bagi 2013-2016 menunjukkan 82,383 individu telah diisytihar bankrap oleh mahkamah.

Daripada jumlah itu, Selangor mencatat bilangan tertinggi iaitu 22,593 kes manakala Perlis mencatat kes terendah iaitu 354.

Dalam pada itu, Azalina berkata Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 yang telah dibaca kali pertama pada 21 Nov tahun lalu akan dibaca buat kali kedua pada sidang kali ini.

Rang undang-undang itu antara lain akan memberi tumpuan kepada penjamin sosial iaitu mereka yang menjadi penjamin kepada geran pendidikan, sewa beli kenderaan dan pinjaman perumahan. - Bernama

1 comment:

  1. Rakyat bangkrap takpelah. Azalina kumpul porshea kat umah dia. Beza langit dan bumi. Kalau cakap lebih pun mesti azalina cakap rakyat tak pandai jaga kewangan. Semua salah rakyat jugak. Memteri yg pandai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com