innity

pages

Saturday, March 4, 2017

Ingatan Untuk Najib: Akan ada Pemimpin Kanan UMNO minta jawatan PM dalam masa terdekat


1. DATUK Seri Najib Tun Razak perlu belajar mengawal emosinya kerana akan ada pula di kalangan pimpinan kanan Umno yang meminta jawatan Perdana Menteri daripada beliau dalam tempoh waktu terdekat.

2. Nampaknya Datuk Seri Najib begitu terdesak apabila terpaksa mendedahkan ada pimpinan utama Umno yang meminta jawatan Ketua Menteri daripada beliau yang pastinya diketahui umum merujuk kepada bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal.

3. Adalah dipercayai krisis dalam Umno tidak bernoktah walaupun telah berlaku penyingkiran kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa bulan yang lalu. Pembersihan tidak sepenuhnya berjaya, ada beberapa orang Menteri dan Menteri Besar yang pro Muhyiddin mengambil jalan selamat, langsung mendiamkan diri.

4. Pergelutan kuasa di antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun
Hussein adalah satu rahsia umum yang sedang melanda dalaman Umno. Jalan penyelesaian adalah mengharap Najib memberi laluan demi menyelamatkan Umno.

5. Rakyat tidak akan terkejut sekiranya ada pihak atau individu yang berpengaruh datang menemui Najib dan meminta jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada orang baru bagi memastikan survival Umno yang sarat dengan pelbagai skandal mega yang mengaibkan rakyat serta negara.

SALAHUDDIN AYUB, Timbalan Presiden, Parti Amanah Negara (Amanah)

- SH

1 comment:

  1. Bijan 4k berambus bleh ganti mana2 pemimpin, ingatlah pemimpin adalah berkhidmat untuk rakyat.

    Pemimpin wajib sifatnya adalah bersih, cekap dan amanah!

    Runtuhkan! Runtuhkan! Runtuhkan!

    Hapuskan Pemikiran feudal, kuno ini perlu bermula dari kita seluruh rakyat marhaen, langkah pertama adalah dengan menyingkirkan bijan 4k.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com