innity

pages

Wednesday, March 1, 2017

Hindraf, Puak Liberal MELAMPAU minta Dr Zakir Naik di tangkap, diusir


Sebuah akhbar menyiarkan sekumpulan individu menuntut agar pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ditangkap. 

Tidaklah pelik jika mereka itu dari kumpulan bukan muslim ataupun kafir yang tidak suka dengan dakwah. 

Namun yang pelik jika ada yang mendakwa diri mereka muslim tetapi meminta supaya tokoh pendakwah muslim yang terkenal dengan hujahnya itu ditangkap. 

Apakah bukti dia mengancam? 

Apakah hanya kerana ada hindu yang menganut Islam lalu mereka ini begitu sensitif? 

Atau apakah alasan yang lain?! - DrMAZA.com


Mahu Dr. Zakir naik Ditangkap dan Diusir
Hari ini sekumpulan aktivis dengan diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, hari ini memfailkan tuntutan mahkamah menuntut antara lain, satu perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah Zakir Naik.
Saman itu difailkan olehnya bersama 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee.
“(Kami memohon) satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap Zakir Naik.
“(Juga), satu perintah untuk membatalkan status Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, jika ada diberikan (dan) satu perintah untuk mengusirnya dengan segera dari Malaysia,” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas memfailkan tuntutan mahkamah itu, hari ini.
Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini.
Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa bahawa ajaran Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.
Waythamoorthy berkata, Zakir juga telah diharamkan di beberapa negara, termasuk Kanada dan United Kingdom.
Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.
Waythamoorthy berkata, mereka telah mengutus surat kepada Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Perdana Menteri mengenai status imigresen Zakir dan kedudukannya di negara ini namun usaha mereka tidak mendapat sebarang maklumbalas.
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka percaya bahawa Zakir masih berada di Malaysia ketika ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com