innity

pages

Tuesday, March 28, 2017

GURU aktif burukkan Kerajaan DINASIHATKAN BERHENTI - Mahdzir


Guru yang aktif dalam mempromosi pembangkang dan asyik memburukkan kerajaan dinasihatkan berhenti daripada perkhidmatan.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setiap kakitangan awam sepatutnya sedar bahawa mereka terikat dengan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am dan tindakan mengkritik hingga berbaur fitnah tidak sepatutnya berlaku.
"Jika dia masih lagi guru kemudiannya naik pentas hingga menghentam kerajaan...bagi syarahan, lepas tu ada unsur fitnah dalam tu...saya ingatkanlah elok kalau dia meninggalkan profesion dia.
"Jika dia duduk dalam ni (kerajaan) dan hentam kerajaan...saya rasa tidak sihatlah. Bukan saya kata kita tutup demokrasi tetapi pegawai kerajaan tertakluk kepada perkhidmatan awam, ada pekeliling dan perintah am," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi dialog bersama warga pendidik mengenai dasar-dasar utama Kementerian Pendidikan di Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.
Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh
negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.
"Saya rasa guru bukan menyokong pembangkang...tetapi mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan kerjaya mereka untuk kerajaan betulkan dan sebagai tindak balas atas rasa tidak puas hati itu...kerajaan akan membuat pemantauan untuk perbaiki.
"Kerajaan akan sentiasa berusaha dan saling membantu bersama sokongan guru. Saya nasihatkan agar mereka jangan keterlaluan. Kalau hendak tular pun fikir dulu," katanya.
Sementara itu mengenai pembantu guru yang sepatutnya telah dilantik,Mahdzir berkata ia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya seperti yang dirancang sebelum ini ekoran kekangan kewangan.
Katanya, setakat ini hanya Sabah, Melaka dan Kedah yang menjadi perintis program tersebut sejak dua tahun lalu dan ia mungkin akan diteruskan sekiranya mempunyai kemampuan sewajarnya.
"Pembantu guru yang telah dilantik di tiga negeri tersebut akan meneruskan khidmat mereka seperti biasa,"katanya.
Mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), beliau berkata setakat ini pelbagai usaha telah dilakukan termasuk memberi penerangan kepada guru dan masyarakat.
Tambahnya, sehingga kini semua pihak menerima secara positif dan berganding bahu bagi memastikan perancangan sehingga 2025 itu mampu dicapai malah pelbagai kajian dilakukan agar guru dan pelajar dapat menerima transformasi yang cuba dilakukan demi masa depan pendidikan negara. - Bernama

7 comments:

  1. Mari semua guru dan penjawat awam guling umno bn...ya allah beri kemenangan besar pribumi. Pkr.dap.warisan.amanah
    Ya allah beri pakatan harapan memerintah malaysia
    Insyallah amin..

    ReplyDelete
  2. Mari semua guru dan penjawat awam guling umno bn...ya allah beri kemenangan besar pribumi. Pkr.dap.warisan.amanah
    Ya allah beri pakatan harapan memerintah malaysia
    Insyallah amin..

    ReplyDelete
  3. Kepada Menteri,

    Mengapa guru2 sekarang maarah dengan kerajaan? Ingat setengah daaripada mereka ini telah menjadi guru era tdm. Jarang kita dengar rintihan dari gurur2 ini dan jika ada...itulah pendirian mereka. Mengapa era najib ini terlalu ramai guru dan kakitangan kerajaan critical of ruling government???????

    Menteri pendidikan in langsung tiada karisma, macam orang kampung tak pernah lihat bandar.

    Umno now is really at a crossroad. Whatever they are doing now are proofs of the party in desperation. They may have seen the EXIT DOOR wide open from far but refuse walking towards the door. They will do all necessaary thing albeit illegal and or nonsical things to cling to power. Their denials are all laughable and at times kiddy staff.

    Sedih dengan negaraku

    ReplyDelete
  4. DIVERSION......

    Bila MTU bermesyaurat lagi....esok rabu? Mereka bincang pasal debat nazri - mahathir.

    JASA boys....hahahahah....dah tau kepuusannya?:):):):):):)

    ReplyDelete
  5. xper...pru14 kita ni berhentikan jer menteri mangkuk ni

    ReplyDelete
  6. Insyallah ya allah mohon pada mu ya allah..hapus lenyap mahazir kalid umno bn...amin

    ReplyDelete
  7. maksudnya guru n penjawat awam x boleh menentang kerajaan la yek?cuba huraikan perbezaan maksud 'menentang kerajaan' dan 'menentang parti kerajaan'.kalau menentang 'parti kerajaan' menyalahi undang2, adakah ia bermaksud para guru n penjawat awam perlu meletakkan jawatan dalam kerajaan jika parti pembangkang pula yang menjadi kerajaan?atau perlukah penjawat awam ini perlu berubah arah dan perlu menyokong sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan setiap kali pilihanraya?ini bukan sahaja menyekat hak seseorang malah menggalakan seseorang itu hidup tanpa prinsip dan idea sendiri dan hidup seperti lalang.bagaimana pula penjawat awam yang bertugas peringkat negeri di negeri dikuasai pembangkang,nak sokong yang mana satu?penjawat awam bukan berkhidmat untuk parti baik di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang,sebaliknya penjawat awam berkhidmat demi agama,bangsa dan rakyat.p/s: teringat pula para guru diarahkan 'berlatih' bertepuk tangan gara2 menteri dan pembodeknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com